Tuesday, October 20, 2015

Best Seller : Keagungan Cinta Murobbi

Aku bukanlah manusia berhati tisu walaupun aku perempuan.....aku kecik2 dah kena training ...air mata kalau nak kasi jatuh bila perlu jer.....aku tak tahu camner orang lain boleh nangis ngan mudah....sapu bawang bawah mata ker apa.....??

2 hari sudah aku ke kedai buku kegemaran aku kat Giant iaitu SMO ( Syarikat Muda Osman ).... anak2 aku beli komik dan buku kegemaran masing2...aku plak cari buku yang aku suka jugak....paling aku suka kumpul sekarang ialah buku2 berkenaan ulama2 dan sejarah2 islam......

Tak kira ulama mana ....kat luar negara atau pun dalam Malaysia sendiri....kalau dalam Malaysia dah semestinya Arwah Tuan Guru Nik Aziz adalah ulama yang semua masyarakat dan lapisan generasi menghormati beliau...sungguh tak dapat dinafikan....akhlak beliau memang hebat dan menjadi contoh ikutan umat manusia zaman sekarang....

Hati kita ni kalau tak dipaksa melakukan kebaikkan dan menyukai kebaikkan memang sampai bila2 pun tak akan sedar dan takkan berubah....aku pun memaksa diri aku untuk memilih jalan terbaik memilih jalan yang Allah redhai....apa yang Allah suka...apa yang Nabi suruh...apa yang ulama pesan...takdernyalah otomatik kita ni jadi baik atau otomatik jahat melainkan kerana dorongan atau hasutan....


Tengah pilih2....aku ternampak satu buku baru...cover muka Arwah TGNA....ok aku ambik tanpa baca sinopsis kat belakang sebab aku tahu buku tu aku belum ada....

Semalam aku baca....sikit...itupun pasal aku skip ke tajuk yang best....selak2 jer sampai ker mukasurat kisah Imam Hasan Al Banna ....kalau korang nak tahu...tarikh meninggalnya Arwah TGNA adalah sama dengan tarikh kematian Imam Hasan Al Banna iaitu 12 Februari yang matinya beliau kerana dibunuh....pembunuhan Imam Hasan Al Banna adalah hasil rancangan dan komplot pihak istana dan Perdana Menteri Mesir pada waktu itu....

Pasti ada sebab Allah menetapkan tarikh kematian yang sama  untuk dua ulama tersohor dari negara dan zaman yang berbeza.....cari , baca dan fikirkan kenapa....

Hari ini....aku selak lagi....maka terbaca satu ayat....dan2 aku nangis.....ibaratnya ko sambil baca sambil bayangkang kata2 tu dibacakan tepat kat muka ko....waktu tu ko nak rasa apa....???

Apa ayatnya....?? nak tahu korang gi beli dan baca sendiri.....aku nak taip balik tapi aku tengok jer buku tu pun aku dah nangis...