Friday, September 18, 2015

Kami Bagaikan Saudara : Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari

Sabtu 12/9

Pagi sabtunya aku cergas bangun...siap2kan diri ....anak2 biar inchik dd yang uruskan....inchik dd bagi aku peluang untuk bergaul dengan rakan2 blogger lain ....ada di antaranya yang baru pertama kali berjumpa...walaupun baru pertama kali berjumpa tapi macam dah kenal lama....sebab selama ni cuma borak2 saja dalam group whatapps....jadi takderlah kat situ ada yang membawa istilah sombong malu dan bajet retis kat situ...seronok bak angg

Pagi tu selepas sarapan....kitorang diajar menari poco2....walaupun aku pemalu tahap dewata raya....tapi semua itu aku tolak tepi...aku mahu jadi seorang yang sporting....aku mahu jadi diri sendiri ....aku mahu keyakinan membawa diri.....inchik dd pun join sama...anak2 pun gembira jer....dan takderlah diorang berkepit ngan aku 24jam....ahahaha

Sebelum tu masing2 dah tahu apa warna rumah sukan masing2...Mari berkenalan dengan

Team Biru Power



Saidila Angah Judin Qaseh Dalia Kyle Razi Nani Zati Bella Idura Azwar  Nina Mirza dan Yayah Cendana



Lepas poco2 buat chicken dance pulak...tarian yang aku ngan anak2 biasa buat kat rumah untuk hiburkan diri....see bertapa pemalunya aku kann....nak belari dikhalayak ramai pun aku segan weihh...tapi di hari itu semua aku campak masuk tong sampah....kalau malu jangan jadi blogger....jangan jadi macam sesetengah orang....pandai baling batu tapi tak berani angkat tangan....boooo jer aku boleh bagi.....

Habis skill rappers aku keluar.... masa untuk bergayut...bukan panjat pokok tapi kena panjat bukit...tu dia aihhh.....walaupun aku gemok...tapi semua tetap cakap aku kurus....tengok bertapa positifnya ahli2 kelab blogger ben ashaari nih.....saja2 nak daki bukit idakler weihhhh....tapi disebabkan bersama kawan2 tersayang...aku gagahi juga....serius kurang rasa penat ....macam tak penat pun yer....dia macam ada satu aura kekuatan bila mendaki dengan kawan2 yang kita sayang dan menyayangi kita.....

Oleh kerana Cinta dah menangis masa aku nak naik...aku ambik keputusan untuk turun awal....lagipun giliran yang aku dapat memang agak awal...iaitu nombor 3.....Allah dah aturkan apa yang terbaik untuk aku....hebatkan....


Melayang dari ketinggian dan kejauhan Flying Fox terpanjang di Selangor buat aku teruja sangat....dah habis posing...sempat lagi guard Flying Fox tu pedajalkan aku...dia stop'kan aku kat tengah2 atas jalan dan biar aku tergantung beberapa saat...tapi lepas tu dia lepaskan aku....aku menghayati pemandangan dari atas sambil melayang....dekat hampir check point...aku kena pose ala2 model gitu...maklumlah kann retis...ramai yang nak ambik gambar...wakakakaka.....the best shot adalah dari Kaio Studio...gila gempak bak angggg...semua cakap gambar tu paling win.....happy mak nakkkk.....ahahahaha




Habis semua aktiviti Flying Fox...makan tengahari pulak....lepas makan semua balik bilik rehat....aku bukan rehat tapi tertidur.....sudahnya gambar aku takder semasa ahli kumpulan begambar bersama rumah pasukan masing2...mujur anak beranak aku yang lain ada jadi wakil....ahahahaha


Acara sukan yang paling ditunggu-tunggu....masyaAllah...seronoknya aku rasa.....memang serius best....banyak2 program Hari Keluarga yang aku pernah sertai...ini adalah Hari Keluarga yang paling TERBAIK pernah aku sertai....maksud aku bukan ahli keluarga sendiri tak bagus tapi Program Hari Keluarga syarikat lain2 yang pernah aku sertai.....rata2 semua ahli pun cakap perkara yang sama....sangat2 berbeza tapi kami semua sehala sehati dan sejiwa.....**dah macam tema hari kemerdekaan pulak.....ehehehe

cara2 menimbang bola

Masa tu semua perangai budak sekolah rendah keluar.....no hide and seek....terbogel semua perangai keanak-anakkan...yang mencuri tin lawan...yang acah2 tak puas hati...yang tak nak mengalah dan yang nak menang jer pun ada....tapi takder rasa marah takder rasa nak terajang orang takder rasa jengkel dan rasa tak best....semuanya bermula dengan kelakar sangat dan diakhiri dengan kelakar nak mapoh .....

*** tengah taip ni pun aku masih terbayang muka masing2 yang tengah ketawa dan senyum dengan gembira....miss you koranggg

Habis acara darat kitorang beralih ke acara air....masa untuk melenjunkan diri sendiri dan orang lain....yang menang adalah kumpulan yang ada strategi.....tapi aku tak rasa apa2 melainkan mengiktiraf kumpulan yang tanpa startegi adalah kumpulan yang paling havoc....bergembira dengan kesalahan dan kelemahan masing2....takdernya pulak hari tu mulut puaka kata...ehh ko ni tak pandai main ker...eehh ko ni lembab lahh dan apa2 ayat puaka yang bakal keluar dari mulut puaka....serius takder langsung puaka hari itu...semua happy walaupun kalah....

Ada yang jatuh sebelum kena tolak...ada yang tersepit terhentak dan ada yang mengalah sebelum lawan....tapi itu semua tara apaa punya hal....masing2 mencipta memori.....masing nak gembirakan hati kawan2......

Habis game air...aktiviti bebas pun bermula......masing2 tunjuk bakat buat back flip.....seronok gilerrr....aku jadi tukang rakam bidio2 yang osemm....edit sikit letak lagu pastu taraaaaa.....Alhamdulillah semua suka.....next time aku akan ambik gambar yang lagi bagus walaupun tak sehebat Kaio.....

Antaranya.....

Video 1 : https://youtu.be/cZDaK-flwZc

Video 2 : https://youtu.be/111XALT6VVk

Video 3 : https://youtu.be/pzGbPS1e5Jg

Dah penat tonggang terbalik dalam sungai baru semua naik....kalau ikutkan memang tak puas lagi...banyak aksi2 yang belum sempat dibuat.... tapi dek kerana sungai tu ada kumpulan lain nak guna maka kitorang terpaksa naik kedarat dan seterusnya kebilik.....

Malam pukul 8.00 pergi kedewan makan untuk makan malam....kali ni hidangan ala2 western dan kambing golek juga.....dalam masa yang sama....diadakan penyampaian hadiah dan juga cabutan bertuah untuk para blogger yang bertuah....

Dalam pukul 10:30 pulak kitorang diajak ke padang untuk meyaksikan persembahan sarkas ...ehh
silap bukan sarkas tapi persembahan Abang Api2.....dari awal kemunculan pun dah macam orang baru kena ketum...high semacam...tapi mungkin itu adalah salah satu cara diorang nak menghayati watak dan persembahan ala2 red indian.....

Mula2 tengok...hurmmm wakper pusing2 gitu jer....takder apa2 pun....sebab host cakap dorang Abang Api2....

Rupa2nya lepas ambik mood ketum baru dia pasang lagu Kitaro....masa itu'lahh diorang tunjuk skill togok minyak gas dan disembur pada jamung api...humang aihhhhh...mercik panasa bahang dia sampai ke penonton......

Selesai persembahan makanan kat tray semua lesap diangkut dek kakak kecik penjaga makanan....haishhhh....air pun takdop......sebab tu nama tempat tu terpaksa dirahsiakan....

Pastu acara potong kek oleh semua yang berkongsi bulan kelahiran..

Walaupun layanan pihak resort kurang meuasakan ahti...tapi oleh kerana kami adalah keluarga maka kelemahan2 yang ada kami tutup dengan ukhuwah dan hadapi segalanya bersama ....


Kekurangan bukan sebab kami tak boleh bergembira.....

Selesai habis segala majlis rasmi....kami para blogger diminta berkumpul oleh inchik boss Ben Ashaari untuk beliau menyampaikan beberapa amanat kepada anak buah....

Masing2 diberi peluang untuk memperkenalkan diri....rata2 semua dah kenal aku...sebab diorang gelarkan aku " kak long kawasan " ...tah camner lekat pulak gelaran yang +sohoque Ismail  bagi tu kat aku...apa punca pun aku tak tau....tapi tak apalah...bukan boleh matipun.....lagipun gelaran ni buat kita senang dikenali...maka mesti ada bagusnya.....yerr dakkk....

Antara blogger2 yang berkongsi pendapat pada malam itu selain inchik boss +Ben Ashaari sendiri dan yang lain2 adalah ratu tutorial +Lyssa Faizureen ratu pavlova +safurara fadhlan ratu typo +yaya cendana ratu edit blog +Cikk Mimin dan raja travel +Faizal Fredley dan ratu iklan berbayar +Emas Putih .....masing2 ada pengalaman dan cara yang berbeza untuk menjadi seorang blogger yang disegani...

Opps...lupa...sebenarnya bukan menjadi blogger dah matlamat kami...tapi kami juga ingin menjadi Media Influencer .....dan aku tahu itu bukannya mudah...kami kena aktif dalam 4 medium sosial...iaitu Blog , Facebook , Instagram dan Twitter....buat masa ni aku cuma menguasai 2 platform...iaitu facebook dan instagram....blog dan twitter semua setakat ini masih so so jer ....ahahahaha

Dan buat pertama kali dan buat julung kalinya aku patah hati bila inchik boss kata...kekuatan aku bukanlah terletak pada blog tapi pada Facebook....dalam hati aku cuma kata....WHAT...?? **tolong buktikan yang kata2 boss aku tu salah.....

Dah aku tanya...maka itulah jawapannya....hahahaha...tapi takperlah....menulis di Facebook atau Blog atau dimana-mana itu bukan persoalannya....persolannya ialah mampu ker aku bertahan...?? mampu ker aku menjadi seorang Media Influencer seperti yang didambakan oleh inchik boss...???

Yakinlah yang setiap kita yang dipilih oleh inchik boss pasti ada sesuatu yang menarik....at least beliau bukan pilih aku sebab kesian....kalau kesian pun apa salahnya.....yer dakkkk...??

Aku sangat berterima kasih dengan inchik boss sebab dia nampak aku dan menilai aku dengan pandangan yang berbeza....dia nampak apa yang orang lain tak nampak...beliau sudi berkawan dengan aku sewaktu beliau dipuncak glamer....dan aku respek beliau sejak hari pertama aku kenal blog beliau dah berjumpa selepas 6 tahun mengenali beliau di alam siber....

Sebenarnya banyak perubahan2 besar yang telah terjadi dalam kehidupan aku sejak aku engambil keputusan untuk aktif dan bergaul dengan ahli2 kelab blogger ben ashaari......

Aku dapat keyakinan ....aku dapat keberanian dan aku dah tak peduli apa orang kata....bersama diorang semua aku rasa aku lebih dihargai dihormati dan disayangi.....entahlahh weihh...tetiba aku rasa sebak....sebak bila mengenangkan yang macamana kawan sebantal sepinggan boleh buang dan lempar aku jauh2 dari hatinya tapi kawan2 baru pulak menerima aku seadanya.....

Rahmat Allah swt....aku aykin dengan rancangan dariNya....100 tahun pun kita bersahabat tapi ikhlas tak ada dalam hati memang tak kemana.....

InsyaAllah aku akan hargai dan mendoakan semoga persahabatan kami biarlah sampai hingga ke liang lahad.....

Dah dah jom tidur.....

Senarai Penaja 

Penaja Terbesar : COSMODERM ( penginapan , goodie bag , hadiah cabutan bertuah dan hamper )

Gambar Dan Video Rasmi : Kaio Studio

Penaja T-shirt Sukan : AJ Cetak District

Penaja T-shirt Santai : Az-zuha Tours & Travel

Penaja Cabutan Bertuah : PTS ( buku )

Penaja Cabutan Bertuah : Qaseh Su ( mesin jahit mini dan kain ela )

Penaja Cabutan Bertuah : Karya Seni ( buku )

Penaja Cabutan Bertuah : Team Umie Official ( buku )

Penaja Cabutan Bertuah : Dkna Abza ( produk ephyra )

Together We Are Unite