Monday, June 1, 2015

Perlu Ker Kenal Orang Popular Untuk Menjadi Seorang Blogger...???

Sebenarnya aku suka menulis....suka dari kecik....impian aku pernah nak jadi penulis.....aku pernah tulis cerpen tapi bula aku mintak org yg lebih senior baca diaorang bantai gelakkan aku kata cerita aku cerita rekaan....sejak tu aku batalkan niat aku nak jadi penulis cerita ....sejak tu aku malu nak karang kata2 yang aku tak pernah guna atau faham maksudnya....nak berimaginasi pun aku malu....mengarang atau mereka cerita pun dah macam serba tak kena ....

Pastu aku beralih suka untuk menulis kebenaran ....aku mula suka menulis tentang sesuatu yang aku tahu atau menulis dari apa yang aku dengar....

Aku pernah rasa kalaulah aku ni wartawan .....mesti lepas sebulan aku kerja pastu kena tendang sebab aku suka cerita kebenaran....setahu aku dalam malaysia ni ramai wartawan yang dah tak jujur....

Berita sensasi tapi penuh kebohongan...tapi bab agama insyaAllah takder kot....yg lain2 banyak menipu sahaja....walaupun bukan semua...

Tulislah apa yang kita tahu...Jangan sampai tulis apa yang kita tak tahu sebab itu dah namanya menipu ...

Terima kasih kat YB Adnan Ibrahim a.k.a Che Mat Gebu sebab bagi aku satu persoalan yang jawapannya tak perlu pun kita nak kenal orang popular untuk kita berdiri sebagai seorang blogger....




Boss aku +Ben Ashaari lagi sempoi....sebab dia bijak dan dia tahu aku camner sebenarnya......

Tak lupa gak komen dari kawan2 yang lain buat aku rasa tak bersalah tak kenal orang popular bila aku memilih untuk menjadi seorang blogger.....

Lupa lak satu benda penting....masa zaman mula2 blog ....aku cuma nak jadi kawan kepada 2 orang jer....iaitu Ben Ashaari dan YB Adnan Ibrahim a.k.a Che Mat Gebu sahaja ....dua orang ni dah cukup buat kita kenal asam garam dunia blog yang berwarna warni ....

Sekarang....nahhhh...punca dari dioranglah aku kenal korang semua tauuu......hebat kannnn.....ehehehe

Ok geng....status tu sebenarnya dah belegar-legar kat kepala aku dekat seminggu...cuma tadi aku baru dapat kuasa jari untuk menaip.....

***nampak tak berapa ramai org popular komen kat status tadi....itulah namanya teknik memancing tanpa umpan......lalalala









#AkuPilihMenjadiSeorangBloggerUntukMenulis

cc +eynda yusoff +Nina Mirza +Akif Imtiyaz +Ieta Mat Saad +Prince Noob +Farah Waheda Wahid +Nur Misnan +Julia Johari +Sis Lin +Mat Gebu +Ben Ashaari