Friday, January 23, 2015

Cerita Paling Pendek Tahun Baru 2015

Salam semua...

Dah nak masuk 3 per 4 bulan Januari 2015 baru aku terhegeh hegeh nak letak entry.....aku memang bizi....buat apa pun tak tau....ehhh jap ...oohhh banyak benda lorr kena buat.....lagi2 sejak buat perkhidmatan membekal line2 secara online....rezeki Allah nak bagi mana pernah salah alamat.....#alhamdulillah

Baru nak masuk tahun baru ni pun negara Malaysia kita yang tercinta telah diduga dengan pelbagai kejadian sehingga dengan cepat telah melakar sejarah awal tahun....dengan kapal terbangnya....dengan banjirnya dan macam2 hal ehwal remaja malaysia yg tersilap naik pentas.

Yang paling hot sekarang ni rasanya pasal penaja AJL dan peserta pengganti AJL....aku nak komen lebih2 pun tak tau sebab aku tak tengok AJL dan apa yang viral tentang perkara itu.....

Bagi akulah...adalah lebih baiknya kita elakkan diri dari komen2 benda2 yang tak berfaedah.....oleh kerana kita tengok benda tak berfaedah maka tak hairanlah akan keluar komen yang sama level....bukan semua benda boleh buat suka2 jer.....kiri kanan kita kita ni ada yang menulis...ingat kita sorang jer ker yang terer tulis komen.....komen malaikat sebelah menyebelah ni takmo ambik kira ker....???

Aku sedar aku pun kadang2 terlupa yang ada pencatit kat kiri kanan aku...makanya kadang2 akupun terover komen......mujur2 aku bukan orang popular dan hikmahnya sewaktu aku komen lantang bebas bak gagak waktu petang sebelum kena tembak Majlis Bandaran...Allah masih sudi melindungi aku dari popular secara bodoh kerana komen2 bodoh dan cari pasal dilaman sosial...

Jika kesedaran pun dah diberi.....harap kita semua dapat mengelakkan diri ....kalau boleh jangan sampai lupa diri bila menulis komen....tu yang bahaya....silap2 Allah izinkan orang lain meng'viralkan komen atau perlakuan kita dan membuat kita popular secara tak rela......diri sendiri  , ahli keluarga , saudara mara dan kawan yang sayang kita pun terkena tempiasnya...umpama kerana nila setitik...rosak susu sebelanga......

Oklah.....itu jer....ada masa aku nak tulis lagi...banyak nakciter ni....ada pasal sekolah anak2...ada pasal kereta xsident dan macam2 lagi....

Entry ni takder gambar......mahap yer.....