Monday, November 2, 2015

Mengutip Pengalaman Dengan Kementerian Pertahanan Dan TLDM

Selasa / 22 Sepetember 2015

Satu lagi program rahsia aku dan SueIzza dan Salina Johari berjalan dengan lancar....jemputan ni sangat2 private ok....hehehe...acah mak enon....taklahh....program ni open untuk Media sahaja....

Nama program pun Hari Bersama Media....blogger pun kategori media jugak ok....jangan tak tau....tak semestinya media tu orang sotkabar , radio dan tv sahaja....

Pada mulanya aku memperkenalkan diri sebagai penulis....tapi mungkin sebab diorang hebat maka diorang boleh hidu aku adalah media kategori blogger....siap mintak link blog aku....***matilahhh nakkkk



Persepsi Pertama 

Sebenarnyakan tujuan aku terima jemputan ni sebab aku nak tahu orang TLDM ni sebenarnya macamana....setahu akulah...set2 navy ni biasanya sombong...

Aku bukan serkap jarang ok....aku ada pengalaman dengan kawan yang berlakikan navy...bapak sombong nak mapoh....sejak tu aku terus cop navy sombong.....ehh aku pedulik apa.....dah itu tanggapan pertama yang pembawa nama navy bagi kat aku...maka itulah yang aku cakap.....cuba navy pertama yang aku jumpa tu tak sombong...jadi aku mesti cakap navy tak sombong walaupun navy kedua dan seterusnya sombong....

***aku memang suka judge orang gitu jer.....esok2 aku tahu hal sebenar aku akan betulkan persepsi aku....macam apa yang aku lakukan sekarang....huhuhuhu

Belum jejak lantai KD Sri Gombak pun diorang dah sapa aku dengan Sue baik sangat... peramahnyaaa....rasa nak muah muah jer....protokol aku memang out.....jadi kalau aku kurang bersopan harap maklumlah yer......ehehehe


Aku memperkenalkan diri aku sebagai penulis pada mulanya....menurut kata pegawai yang jemput ada orang tak suka blogger jadi lebih baik kenalkan diri sebagai penulis....aku pun ok jerlah ..no hal....siapa kita itu belakang kira yang penting apa yang kita buat dan kita bangga dengan apa yang kita buat....

Sebagaimana aku ada persepsi buruk terhadap navy...begitu jugaklah ada sesetengah orang punya persepsi buruk terhadap blogger....huhuhu...sedih bak angg....tapi itulah hakikatnya

Aku tak mampu nak tunjuk benda yang indah sebab aku bukan blogger berbayar....aku suka nilai ikut apa yang aku nampak dan apa yang aku rasa...kalau setakat dengar2 saja memang tak boleh pakai....

Ok sambung....

Sesi Pendaftaran 

Lepas daftar....kitorang dibagi goodie bag....tapi jangan fikir goodie bag tu ada isi jajan....dalam tu cuma ada tshirt , topi dan towel muka biru yang best.....**elehhh..nak jeles ler tuuuu

Dah siap salin dan bertukar-tukar saiz baju...aku ngan sue duduk kat meja makan yang disediakan sambil2 isi borang....

Soalan dalam borang tu memang pelik2....sebenarnya tak pun..kira ikut prosuder'lahh....cuma bagi aku yang orang awam ni peliklah.....tu jerrr...

Sempat jugak berborak dengan personaliti TV3 iaitu  Izwan Azir Salleh....sangka aku dia cuma cover berita untuk program hari itu.....lepas aku skod dia punya instagram baru aku tahu yang dia juga adalah salah seorang Anggota Simpanan TLDM....wowwwww sangat....respek...!!!



Lokasi Pertama , Lapang Sasar PULAPOL ( Pusat Latihan Polis )

Selepas makan tengahari dan solat zohor di Masjid berhampiran...rombongan media semua menaiki bas TLDM menuju ke lapang sasar PULAPOL untuk program Demonstarsi Menenmbak Dan Latihan Menembak....



Sementara menanti ketibaan Laksamana Muda Dato' Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Bin Syed Osman untuk merasmikan acara...kitorang diberi sedikit taklimat oleh pegawai bertugas...selepas ucapan dan bacaan doa...acara pertama petang itu pun bermula...


Acara petang itu dimulakan dengan demonstari oleh penembak tepat TLDM Lumut.

Mata aku tak berkelip tengok Sharp Shooter TLDM melepaskan tembakan kesasaran dengan tepat...pergerakan yang lincah dan kemas serta sasaran juga tepat....

Rupanya salah seorang dari sharp shooter tu adalah seorang perempuan...Norhidayah Mohd Fuad ...dia juga yang pernah ke peringkat sukan SEA dan memenangi acara menembak tempat ketiga....semoga beliau terus sukses dalam bidang yang memang beliau minat....

Rujuk Artikel Berkaitan --> DISINI


Belajar Langkah2 Keselamatan Pengendalian Senjata

Sebelum para media dibenarkan untuk memegang dan menggunakan senjata...para media diberikan taklimat keselematan oleh pegawai TLDM yang bertauliah..

Petang itu demostarasi semua menggunakan senjata api berupa sejenis pistol yang dipanggil G'Lock17....

Rujuk Video 
1. Langkah Keselamatan Pengendalian Senjata - Part 1
2. Langkah Keselamatan Pengendalian Senjata - Part 2



Pengalaman Pertama Bersama G'Lock17

Inchik didi . aku dan sue sama sekali tak sia2kan peluang keemasan ini...pada awalnya memang susah nak kendalikan senjata G'Lock17...tapi aku usaha jugak....akhirnya usaha aku berjaya membawa aku sampai ke Final walaupun ada kesalah fahaman antara aku dan peserta media yang lain...



Apa yang sebenarnya yang nak disampaikan dengan memanggil media turut serta pun aku cukup jelas selepas mendengar ucapan dari Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia , Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pada malam itu.....beliau sangat2 humble orangnya.....menyapa semua tetamu yang ada dari meja kemeja....sporting bila diajak selfie....dan paling best bila beliau kata...jika berkesempatan lain kali kalau nak merasa naik kapal pun boleh....beliau tak kisah....fuhhh memang respek.....


Semasa acara tembak piring yang melibatkan pasukan Media , TLDM dan Polis pada petang itu sangat sengit...akhirnya berjaya jugak pasukan Kumpulan 8 menjuarai acara Media VS Media dan Meia VS TLDM...yang VS Polis semua pasukan kena tapau....aku baru guna sebutir peluru...Polis dah settle jatuh semua piring....giler bapak tepat dan pantas....respek.....walaupun ada berlaku kekeliruan tapi semua tu dapat diselesaikan dengan profesional....


Tak sia2 menunggu sehingga tamat majlis sebab rata2 tetamu dari media semua membawa puang hadiah2 dari acara cabutan bertuah....ada yang menang hamper makanan , kamera , powerbank , handphone , periuk nasi pun ada jugak dan lain2.....

Mulanya aku ngan sue bercadang nak balik petang tu selepas tamat acara...tapi oleh kerana memang tiada aktiviti lain maka kitorang pilih untuk stay selain menghormati jemputan dari sahabat blogger kitorang iaitu Salina Johari....

Rezeki tak pernah salah alamat...itu jerlah yang aku nak cakap....aku , sue dan inchik dd masing2 bawa pulang hadiah....inchik dd dapat hamper makanan , sue dapat external hard disk dan aku pulak dapat kamera mini...alhamdulillah

Kalau Bukan Kita Siapa...?

Terfikir apa yang dikatakan....memang jika tiada siapa ingin menyertai TLDM sebagai anggota tetap ataupun simpanan...siapa lagi yang perlu diharapkan selain dari warganegara Malaysia sendiri yang menjaga dan melindungi perairan Negara....siapa kalau bukan kita....jangan tau nak pumpang2 jika ada lanun2 yang dapat menceroboh perairan Negara sekaligus mengancam keselamatan warganegara Malaysia...keluarga kita...saudara mara kita dan oarang yang kita sayang...

Dan2 malam tu aku nak train anak bujang aku bila besar nanti memilih untuk berkhidmat kepada Negara dengan menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia....kalau bukan kita siapa...?

Amat besar jasa diorang kepada kita....memang layak digelar perajurit sebab bukan semua orang mampu dan layak serta punya hati secekal dan setabah mereka....

Tabik untuk semua anggota keselamatan Negara tak kira samada mereka Polis , ATM , TUDM , TLDM dan juga yang lain2.....

Demi Negara Malaysia Tercinta

Di akhir acara.....masih sempat aku bersembang dengan beberapa pegawai tinggi yang ada....bila aku perkenalkan diri sebagai blogger...mereka terkejut tapi dalam masa yang sama mereka rasa suka sebab mereka kata mereka juga perlukan blogger untuk menyampaikan maklumat yang betul kepada orang awam yang lain...


Yup...walaupun aku sedar aku bukan blogger terhebat...tapi aku akan usaha sampaikan perkara yang benar tiada yang tak benar melainkan benar belaka....

Nak tipu2 pasal info penting ni bukan ada faedah pun...boleh merosakkan serta membahayakan keselamatan negara tercinta.....

Selain kempen untuk orang awam sertai TLDM secara tetap atau sebagai anggota simpanan ...tak lupa juga Kementerian Pertahanan memperkenalkan serta mempromosikan sukan IPSC....nak tahu sila baca artikel dibawah.....( rujuk link )

InsyaAllah jika ada rezeki dan berpeluang serta dijemput lagi...pasti aku akan meluangkan masa bersama mana2 Pasukan Keselamataan Negara untuk mengutip pengalaman dan berkongsi dengan kawan2 diluar sana.....

Entry Berkaitan : --> DISINI

Aktiviti Sepanjang Hari ( Gambar )













Baca entry berkaitan : ---> DISINI

Post a Comment