Tuesday, November 3, 2015

Apa Itu IPSC Dan Cara Mendaftar Sebagai PSSTLDM

Baca Entry Terdahulu ---> DISINI

Apa Itu IPSC....?

IPSC ringkasan kepada "International Practical Shooting Confederation" iaitu salah satu Sukan Menembak Ekstream. Sukan menembak ini memerlukan kemahiran yang tinggi dalam tiga aspek iaitu Ketepatan , Kepantasan dan Kemahiran Pengendalian Senjata Api.

Sukan menembak IPSC telah pun wujud di Negara eropah pada era tahun 70'an lagi dan mula di perkenalkan di Malaysia pada awal tahun 90'an dimana ketika itu Y.B.M Tunku Abu Bakar ( kerabat kesultanan johor ) dilantik sbgai Regional Director IPSC Malaysia yang pertama dan kini telah diambil alih oleh Y.B.M Tunku Jalil Osman selaku Regional Director IPSC Malaysia .

Untuk makluman , sukan IPSC telah pun berkembang di Malaysia dengan baik kerana penglibatan dari jabatan kerajaan ,pasukan keselamatan , agensi penguatkuasaan dan orang awam yang telah mendaftarkan diri di kelab-kelab menembak di seluruh negeri .

Sukan IPSC juga telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penganjuran kejohanan IPSC sepanjang tahun oleh kelab-kelab menembak dan pasukan keselamatan .

TLDM juga tidak ketinggalan menganjurkan kejohan tahunan pada bulan Februari setiap tahun dari tahun 1994 sehingga sekarang .

Sukan memembak IPSC sangat sesuai bagi pasukan keselamatan dimana kemahiran yang diterapkan didalam sukan ini bersesuaian dengan tugas anggota keselamatan diantaranya :

a ) kemahiran pengendalian senjata secara selamat dan cekap

b ) ketepatan menembak sasaran dalam pelbagai keadaan dan situsi

c ) melatih daya pemikiran dan bertindak pantas dalam sesuatu situasi

d ) meningkatkan tahap daya keyakinan diri

e ) teknik praktikal yang digunakan dalam pertandingan hampir sama dengan situasi bertempur jarak dekat

Walaupun sukan menembak ini ekstream tetapi tahap keselamatn amat dititik beratkan melalui undang-undang yang telah ditetapkan oleh International Range Officer Association ( IROA )

Untuk pengetahuan juga , pencapaian pasukan TLDM dalam sukan IPSC sangat membanggakan dimana pasukan ini seringkali menjuarai kejohanan yang telah dianjurkan di Malaysia .

Selain itu pasukan ini juga telah menyertai kejohanan IPSC di luar Negara dan mewakili Negara hingga ke peringkat Asia . Sokongan penuh yang diberika pucuk pimpinan TLDM kepada pasukan ini telah menyuntik semangat bagi mencapai kejayaan yang membanggakan sehingga kini.

Baca Entry Berkaitan Sukan IPSC ---> DISINI
Baca Entry Berkaitan Sukan IPSC ---> DISINI 
Baca Entry Berkaitan Sukan IPSC ---> DISINI 
Baca Entry Berkaitan Sukan IPSC ---> DISINI 
Baca Entry Berkaitan Sukan IPSC ---> DISINI 


Daftar Sebagai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia



Andai kata korang sendiri atau ada kawan2 atau ada saudara mara yang berminat nak meyertai TLDM boleh kongsi maklumat ini yang sah terpakai sehingga bila2....

Syarat2 pun mudah.....

KELAYAKAN
Individu yang ingin berkhidmat dalam PSSTLDM sama ada sebagai anggota biasa(LLP) atau pegawai mesti memenuhi syarat asas seperti berikut;
- Warganegara Malaysia
- Berumur diantara 18 hingga 40 tahun
- Sihat Tubuh Badan
- BMI antara 20 hingga 26.9
- Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.

Penerima masuk tertakluk pada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah) dan lulus temuduga yang dikendalikan oleh Markas Tentera Laut.

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke page FB PSSTLDM atau ke laman sesawang rasmi PSSTLDM

Senarai Kem2 Berdekatan 

Markas Tentera Laut
Kementerian Pertahanan, KUALA LUMPUR.
Tel : 03-2071 4799 Faks : 03-2692 7767
Pusat Latihan PSSTLDM
KD SRI PINANG
Jalan Akuarium, PULAU PINANG
Tel : 04-6583 012
KD SRI MANJUNG
Pangkalan TLDM, Lumut, PERAK
Tel : 05-6802 117
KD SRI KLANG
Pulau Indah, Pelabuhan Klang, SELANGOR
Tel : 03-3169 4525
KD SRI MEDINI
Kem Tebrau, JOHOR
Tel : 07-3541 366
PSTL CHENDERING
Jalan Pantai Pandak, Kuala Terengganu, KUALA TERENGGANU
Tel : 09-6175380
PSTL KUANTAN
Pangkalan TLDM, Tg Gelang, Kuantan, PAHANG
Tel : 09-5833601 samb 2194
PSTL SANDAKAN
Taman Samudera, Batu 5 Jalan Putra, Sandakan, SABAH
Tel : 089-247579
PSTL TAWAU
Jalan Tanjung Batu, Tawau, SABAH
Tel : 089-772857
PSTL KUCHING
Seksyen 64 KTLD, Kuching, SARAWAK
Tel : 082-370469 Faks: 082-370476
PSTL LABUAN
Pangkalan TLDM Labuan, Jalan Tg Purun, WP LABUAN.
Tel : 087-590842



Post a Comment