Thursday, November 19, 2015

Gagal Itu Biasa

Tiap kali peperiksaan akhir tahun keluar , maka berlomba-lombalah para ibubapa mengupdet kejayaan anak masing2 dilaman-laman sosial media....facebook , instagram ,twitter penuh ucapan dan hashtag #tahniah #bangga #proudofyou dan macam2 lagi ayat yang menzahirkan kegembiraan mereka pada hari itu....

Giler tak bangga....!! Kalau aku pun aku bangga bak angg....tapi sokeh jer jika sebagai ibubapa untuk tidak rasa malu untuk updet pencapaian anak2 yang tidak cemerlang.....tak perlu jadikan orang lain sebagai contoh...aku sendiri ada....jadikan orang lain contoh tak elok weihh...sama macam mengumpat dia....



Tapi janganlah updet sampai buat orang rasa simpati dan kesian seterusnya menimbulkan rasa marah orang lain pada ibubapa yang updet kecemerlangan anak2nya....walaupun anak aku gagal sengaja aku updet siap tunjuk slip gagal diorang dengan selamber ... buat apa nak rasa malu...itulah nanti esok lusa diorang tengok dan bandingkan dulu aku teruk tapi sekarang aku bagus....motivasi untuk diorang benaunya.....tak setuju tak apa.....tunggu jerlah anak korang masing2 besar....

Ada tapinya lagi......tapi janganlah pulak ada yang lagi banggang pergi updet status kata...
" dulu kawan aku dapat C D E tapi sekarang gaji berpuluh ribu berbanding ngan kawan aku sorang lagi periksa A saja dapat tapi kerja operator kilang jer....."

Dari kata gitu baik ko cakap gini.....ada kawan aku tu sekolah tak berapa bijak....tapi sekarang jadi Menteri.....kan senang....biar semua budak2 tak payah belajar sungguh2 tak payah belajar pandai2 tak payah jadi bijak sebab yang bijak belum tentu jadi Menteri...**hanya di Malaysia


Makanya....aku tak rasa apa2pun melainkan mencari bagaimana cara mereka didik anak2 mereka sehingga berjaya....tugas mendidik budak2 cemerlang ni bukan saja terjatuh pada bahu ibubapa...tapi pada cikgu2 sekolah , pada sekolah , pada cikgu2 tuisyen dan juga pembantu rumah jiran sebelah .**ohh sorii..takder kena mengena...maafkan aku



Aku nampak bertapa budak2 akhir tahun sekolah rendah menjadi stress kerana dipaksa terpaksa mengikuti pelbagai program kecemerlangan untuk mencipta bijak pandai yang disediakan sekolah mahupun ibubapa....

Aku sendiri pun tak tahan tengok bhaii....

Nak contoh takpayah pergi jauh2...depan mata aku sendiri berlambak... anak buah aku tiap2 tahun ada jer yang melalui saat2 penting mereka.....kalau yang sekolah satu sesi jer takper...majoriti anak buah aku sekolah dua sesi....pagi sekolah kebangsaan ...petang sekolah agama...dua sekolah ada peperiksaan penting yang menentukan..... kemana kita niiiiiiii......!!!!

Dengan kem , bengkel , ceramah , motivator jemputan , tuisyen kat sekolah , tuisyen private , solat hajat , bacaan yassin dan macam2 lagi program....silap2 ngan makbapak pun terlibat sama...tapi takperlah...itu semua bukan paksaan pun tapi itulah pilihan yang ada...nak sesuatu perlu korbankan sesuatu....


Tahun depan giliran aku.....tak tahulah camner aku ngan inchik dd nak hadapi....perlu ker aku jadi makbapak yang agak hipster....lain dari kebiasaan yang dibuat...?? ada cara...?? ehehehe....

Takderlahhh....ingat aku tunggul ker apa....cuma aku akan buat apa yang aku termampu buat untuk pelajaran diorang...aku bukan nak didik anak jadi manusia bijak semata....tapi aku nak anak aku jadi orang yang berilmu....ilmu yang dapat dimanfaatkan....dunia dapat akhirat pun dapat.....

La tahzan....innallaha ma'ana



Wednesday, November 18, 2015

Singgah Petang Di Kedai Kopi Sijangkang

Wahahaha....inipun nak masuk blog jugak'kan...tapi ginilah....bila aku rasa ada benda menarik yang aku rasa aku nak kongsi maka inilah jadinya...

Bagi aku kedai dan kampung Sijangkang ni memang sangat unik dan sangat ok....

Setahun aku duduk situ maka aku taulah...sikap ramah diorang tu ada dimana-mana.....baik kat kedai kopi atau kat klinik....


Pertamanya ..kampung yang sangat aman damai....majoritinya walaupun ko tak kenal sesiapa kat situ amalan bersalam dengan orang lain tu macam dah jadi tradisi wajib...itu jer cara nak tau orang tu penduduk kampung sijangkang atau sekadar pendatang....

Masa aku ngan inchik dd singgah situ atas satu urusan....hari dah petang perut pun dah lapar.....jadi aku ngan inchik dd singgah kat kedai kopi berhadapan padang kat Jalan Mawar untuk alas perut sikit sebelum kitorang sambung urusan lain....

Dengan meja panjang dan bangku panjang dah macam duduk kat tepi sawah rasanya pun ada....lepas order minuman ambik kuih yang berkenan sambil telinga aku menangkap bunyi radio dari dapur....bukan slow rock atau lagu2 zaman kini..tapi lagu klasik....dan2 fe'feeling zaman 60's....

Dalam duduk melayan kopi....ada pelanggan lain datang...bukan minta minum dulu dan buat hal sendiri...tapi diorang salam dulu dengan semua pelanggan lain yang ada kat kedai tu....tapi dengan yang boleh bersalam'lah....yang haram bersalam memang haramlah diorang nak salam weihh....

Orang sana ramah tamah....tanya kita dari mana dan layan borak.....serius nice lho....

Lepas habis minum dan menyekik kitorang balik...nak balik pun bersalam jugak....this is silaturohim..



Paling best bila time bayar....aku order kopi O...inchik dd teh tarik pastu kuih 9 ketul...kata tauke kih 1 40sen.....kira2 semua total Rm5.00....terkejut ok....murahnyaaaa....kalau kuit satu 40sen....berapa pulak harga kopi  ngan teh segelas....???

Rupanya dia bagi diskaun....takder GST plak tuuu......

Sebelum balik tapau lagi kuih untuk mak dan anak2 kat rumah....karipap sedap sebab panas2 ngan putu bambu yang jugak sedap.

Alamat :
Kedai Kopi ( depan padang futsal ) , Jalan Mawar , Sijangkang




Tuesday, November 17, 2015

Bila Anak Gagal Dalam Peperiksaan

Jumaat semalam patutnya aku pergi ke Sekolah Kebangsaan anak2 untuk mengambil keputusan peperiksaan akhir tahun diorang...tapi sebab inchik dd keja dan aku pulak kena standby nak ambik Cinta balik Tadika awal...makanya aku tak pergi kesekolah anak2 yang bersekolah rendah...

Lagipun sekarang ni dah mudah....keputusan ujian dan peperiksaan dah boleh cek online siap boleh cetak....

Semak Keputusan ---> SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

Pada mulanya memang agak kecewa tapi tak lama.....hati aku kembali tenang sejuk dan senyum sebab subjek yang aku target itulah yang anak2 aku dapat usahakan dengan baik sekali....

Result Akhir Tahun 2015 Kakak



Keputusan kakak paling teruk.....mata pelajaran utama gagal skor A....subjek Matematik pulak gagal dengan 44% dapat E......tapi bila tengok subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam...hati aku terus jadi sejuk.....memang dia sangat berusaha belajar dalam subjek Agama....alahamdulillah.....aku rasa mungkin inilah yang buat aku sedih tapi gembira....aku panggil kakak dan cakap..."ini keputusan peperiksaan kakak....matematik jer kakak gagal...tapi mama gembira sebab dalam bab Agama kakak sangat cemerlang.....tapi itu tak bermakna kakak tak perlu berusaha.....tahun depan cuba buat yang terbaik lagi....." dia cuma angguk2 kata baiklah mama ....

Bandingkan dengan result exam pertengahan tahun....memang ada peningkatan tapi dalam subjek Matematik jer kakak punya result makin menjunam jatuh.....

Result Pertengahan Tahun 2015 Kakak




Result Akhir Tahun 2015 Babang Dan Maya Zaaara

Yang ni pula keputusan babang dan Maya Zaara.....bila dikaji balik memang anak2 aku lemah subjek Matematik...








Takder rungutan dah....aku belajar menerima seadanya anak2 aku...nak membandingkan diorang jauh sekali...cuma aku minta diorang lebih berusaha dan mencontohi apa yang baik....

Orang lain nak cakap apapun lantaklah....aku nak harap anak aku pandai sangat macam anak orang lain pun tak boleh sebab aku sendiri pun sekolah tak tinggi....

Masih bersyukur sebab anak2 aku masih taat pada perintah allah dan ibubapa....mohon doakan mereka jadi anak2 yang soleh dan solehah....

Nanti aku share ngan korang keputusan peperiksaan SRA ( Sekolah Rendah Agama ) anak2 aku....seriusnya memang rare....terutama kakak...ada sesuatu yang mengejutkan ustazah....ehehehe

Apapun aku harap biarlah Ilmu dan Akhlak seiring dalam kehidupan mereka.....

Tak berjaya dalam pelajaran bukan bererti kita akan gagal dalam hidup selamanya.....yang penting usaha kena kuat semangat mahu hebat.....ingat tu anak2....!!




Tuesday, November 3, 2015

Apa Itu IPSC Dan Cara Mendaftar Sebagai PSSTLDM

Baca Entry Terdahulu ---> DISINI

Apa Itu IPSC....?

IPSC ringkasan kepada "International Practical Shooting Confederation" iaitu salah satu Sukan Menembak Ekstream. Sukan menembak ini memerlukan kemahiran yang tinggi dalam tiga aspek iaitu Ketepatan , Kepantasan dan Kemahiran Pengendalian Senjata Api.

Sukan menembak IPSC telah pun wujud di Negara eropah pada era tahun 70'an lagi dan mula di perkenalkan di Malaysia pada awal tahun 90'an dimana ketika itu Y.B.M Tunku Abu Bakar ( kerabat kesultanan johor ) dilantik sbgai Regional Director IPSC Malaysia yang pertama dan kini telah diambil alih oleh Y.B.M Tunku Jalil Osman selaku Regional Director IPSC Malaysia .

Untuk makluman , sukan IPSC telah pun berkembang di Malaysia dengan baik kerana penglibatan dari jabatan kerajaan ,pasukan keselamatan , agensi penguatkuasaan dan orang awam yang telah mendaftarkan diri di kelab-kelab menembak di seluruh negeri .

Sukan IPSC juga telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penganjuran kejohanan IPSC sepanjang tahun oleh kelab-kelab menembak dan pasukan keselamatan .

TLDM juga tidak ketinggalan menganjurkan kejohan tahunan pada bulan Februari setiap tahun dari tahun 1994 sehingga sekarang .

Sukan memembak IPSC sangat sesuai bagi pasukan keselamatan dimana kemahiran yang diterapkan didalam sukan ini bersesuaian dengan tugas anggota keselamatan diantaranya :

a ) kemahiran pengendalian senjata secara selamat dan cekap

b ) ketepatan menembak sasaran dalam pelbagai keadaan dan situsi

c ) melatih daya pemikiran dan bertindak pantas dalam sesuatu situasi

d ) meningkatkan tahap daya keyakinan diri

e ) teknik praktikal yang digunakan dalam pertandingan hampir sama dengan situasi bertempur jarak dekat

Walaupun sukan menembak ini ekstream tetapi tahap keselamatn amat dititik beratkan melalui undang-undang yang telah ditetapkan oleh International Range Officer Association ( IROA )

Untuk pengetahuan juga , pencapaian pasukan TLDM dalam sukan IPSC sangat membanggakan dimana pasukan ini seringkali menjuarai kejohanan yang telah dianjurkan di Malaysia .

Selain itu pasukan ini juga telah menyertai kejohanan IPSC di luar Negara dan mewakili Negara hingga ke peringkat Asia . Sokongan penuh yang diberika pucuk pimpinan TLDM kepada pasukan ini telah menyuntik semangat bagi mencapai kejayaan yang membanggakan sehingga kini.

Baca Entry Berkaitan Sukan IPSC ---> DISINI
Baca Entry Berkaitan Sukan IPSC ---> DISINI 
Baca Entry Berkaitan Sukan IPSC ---> DISINI 
Baca Entry Berkaitan Sukan IPSC ---> DISINI 
Baca Entry Berkaitan Sukan IPSC ---> DISINI 


Daftar Sebagai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia



Andai kata korang sendiri atau ada kawan2 atau ada saudara mara yang berminat nak meyertai TLDM boleh kongsi maklumat ini yang sah terpakai sehingga bila2....

Syarat2 pun mudah.....

KELAYAKAN
Individu yang ingin berkhidmat dalam PSSTLDM sama ada sebagai anggota biasa(LLP) atau pegawai mesti memenuhi syarat asas seperti berikut;
- Warganegara Malaysia
- Berumur diantara 18 hingga 40 tahun
- Sihat Tubuh Badan
- BMI antara 20 hingga 26.9
- Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.

Penerima masuk tertakluk pada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah) dan lulus temuduga yang dikendalikan oleh Markas Tentera Laut.

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke page FB PSSTLDM atau ke laman sesawang rasmi PSSTLDM

Senarai Kem2 Berdekatan 

Markas Tentera Laut
Kementerian Pertahanan, KUALA LUMPUR.
Tel : 03-2071 4799 Faks : 03-2692 7767
Pusat Latihan PSSTLDM
KD SRI PINANG
Jalan Akuarium, PULAU PINANG
Tel : 04-6583 012
KD SRI MANJUNG
Pangkalan TLDM, Lumut, PERAK
Tel : 05-6802 117
KD SRI KLANG
Pulau Indah, Pelabuhan Klang, SELANGOR
Tel : 03-3169 4525
KD SRI MEDINI
Kem Tebrau, JOHOR
Tel : 07-3541 366
PSTL CHENDERING
Jalan Pantai Pandak, Kuala Terengganu, KUALA TERENGGANU
Tel : 09-6175380
PSTL KUANTAN
Pangkalan TLDM, Tg Gelang, Kuantan, PAHANG
Tel : 09-5833601 samb 2194
PSTL SANDAKAN
Taman Samudera, Batu 5 Jalan Putra, Sandakan, SABAH
Tel : 089-247579
PSTL TAWAU
Jalan Tanjung Batu, Tawau, SABAH
Tel : 089-772857
PSTL KUCHING
Seksyen 64 KTLD, Kuching, SARAWAK
Tel : 082-370469 Faks: 082-370476
PSTL LABUAN
Pangkalan TLDM Labuan, Jalan Tg Purun, WP LABUAN.
Tel : 087-590842



Monday, November 2, 2015

Mengutip Pengalaman Dengan Kementerian Pertahanan Dan TLDM

Selasa / 22 Sepetember 2015

Satu lagi program rahsia aku dan SueIzza dan Salina Johari berjalan dengan lancar....jemputan ni sangat2 private ok....hehehe...acah mak enon....taklahh....program ni open untuk Media sahaja....

Nama program pun Hari Bersama Media....blogger pun kategori media jugak ok....jangan tak tau....tak semestinya media tu orang sotkabar , radio dan tv sahaja....

Pada mulanya aku memperkenalkan diri sebagai penulis....tapi mungkin sebab diorang hebat maka diorang boleh hidu aku adalah media kategori blogger....siap mintak link blog aku....***matilahhh nakkkk



Persepsi Pertama 

Sebenarnyakan tujuan aku terima jemputan ni sebab aku nak tahu orang TLDM ni sebenarnya macamana....setahu akulah...set2 navy ni biasanya sombong...

Aku bukan serkap jarang ok....aku ada pengalaman dengan kawan yang berlakikan navy...bapak sombong nak mapoh....sejak tu aku terus cop navy sombong.....ehh aku pedulik apa.....dah itu tanggapan pertama yang pembawa nama navy bagi kat aku...maka itulah yang aku cakap.....cuba navy pertama yang aku jumpa tu tak sombong...jadi aku mesti cakap navy tak sombong walaupun navy kedua dan seterusnya sombong....

***aku memang suka judge orang gitu jer.....esok2 aku tahu hal sebenar aku akan betulkan persepsi aku....macam apa yang aku lakukan sekarang....huhuhuhu

Belum jejak lantai KD Sri Gombak pun diorang dah sapa aku dengan Sue baik sangat... peramahnyaaa....rasa nak muah muah jer....protokol aku memang out.....jadi kalau aku kurang bersopan harap maklumlah yer......ehehehe


Aku memperkenalkan diri aku sebagai penulis pada mulanya....menurut kata pegawai yang jemput ada orang tak suka blogger jadi lebih baik kenalkan diri sebagai penulis....aku pun ok jerlah ..no hal....siapa kita itu belakang kira yang penting apa yang kita buat dan kita bangga dengan apa yang kita buat....

Sebagaimana aku ada persepsi buruk terhadap navy...begitu jugaklah ada sesetengah orang punya persepsi buruk terhadap blogger....huhuhu...sedih bak angg....tapi itulah hakikatnya

Aku tak mampu nak tunjuk benda yang indah sebab aku bukan blogger berbayar....aku suka nilai ikut apa yang aku nampak dan apa yang aku rasa...kalau setakat dengar2 saja memang tak boleh pakai....

Ok sambung....

Sesi Pendaftaran 

Lepas daftar....kitorang dibagi goodie bag....tapi jangan fikir goodie bag tu ada isi jajan....dalam tu cuma ada tshirt , topi dan towel muka biru yang best.....**elehhh..nak jeles ler tuuuu

Dah siap salin dan bertukar-tukar saiz baju...aku ngan sue duduk kat meja makan yang disediakan sambil2 isi borang....

Soalan dalam borang tu memang pelik2....sebenarnya tak pun..kira ikut prosuder'lahh....cuma bagi aku yang orang awam ni peliklah.....tu jerrr...

Sempat jugak berborak dengan personaliti TV3 iaitu  Izwan Azir Salleh....sangka aku dia cuma cover berita untuk program hari itu.....lepas aku skod dia punya instagram baru aku tahu yang dia juga adalah salah seorang Anggota Simpanan TLDM....wowwwww sangat....respek...!!!



Lokasi Pertama , Lapang Sasar PULAPOL ( Pusat Latihan Polis )

Selepas makan tengahari dan solat zohor di Masjid berhampiran...rombongan media semua menaiki bas TLDM menuju ke lapang sasar PULAPOL untuk program Demonstarsi Menenmbak Dan Latihan Menembak....



Sementara menanti ketibaan Laksamana Muda Dato' Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Bin Syed Osman untuk merasmikan acara...kitorang diberi sedikit taklimat oleh pegawai bertugas...selepas ucapan dan bacaan doa...acara pertama petang itu pun bermula...


Acara petang itu dimulakan dengan demonstari oleh penembak tepat TLDM Lumut.

Mata aku tak berkelip tengok Sharp Shooter TLDM melepaskan tembakan kesasaran dengan tepat...pergerakan yang lincah dan kemas serta sasaran juga tepat....

Rupanya salah seorang dari sharp shooter tu adalah seorang perempuan...Norhidayah Mohd Fuad ...dia juga yang pernah ke peringkat sukan SEA dan memenangi acara menembak tempat ketiga....semoga beliau terus sukses dalam bidang yang memang beliau minat....

Rujuk Artikel Berkaitan --> DISINI


Belajar Langkah2 Keselamatan Pengendalian Senjata

Sebelum para media dibenarkan untuk memegang dan menggunakan senjata...para media diberikan taklimat keselematan oleh pegawai TLDM yang bertauliah..

Petang itu demostarasi semua menggunakan senjata api berupa sejenis pistol yang dipanggil G'Lock17....

Rujuk Video 
1. Langkah Keselamatan Pengendalian Senjata - Part 1
2. Langkah Keselamatan Pengendalian Senjata - Part 2



Pengalaman Pertama Bersama G'Lock17

Inchik didi . aku dan sue sama sekali tak sia2kan peluang keemasan ini...pada awalnya memang susah nak kendalikan senjata G'Lock17...tapi aku usaha jugak....akhirnya usaha aku berjaya membawa aku sampai ke Final walaupun ada kesalah fahaman antara aku dan peserta media yang lain...



Apa yang sebenarnya yang nak disampaikan dengan memanggil media turut serta pun aku cukup jelas selepas mendengar ucapan dari Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia , Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pada malam itu.....beliau sangat2 humble orangnya.....menyapa semua tetamu yang ada dari meja kemeja....sporting bila diajak selfie....dan paling best bila beliau kata...jika berkesempatan lain kali kalau nak merasa naik kapal pun boleh....beliau tak kisah....fuhhh memang respek.....


Semasa acara tembak piring yang melibatkan pasukan Media , TLDM dan Polis pada petang itu sangat sengit...akhirnya berjaya jugak pasukan Kumpulan 8 menjuarai acara Media VS Media dan Meia VS TLDM...yang VS Polis semua pasukan kena tapau....aku baru guna sebutir peluru...Polis dah settle jatuh semua piring....giler bapak tepat dan pantas....respek.....walaupun ada berlaku kekeliruan tapi semua tu dapat diselesaikan dengan profesional....


Tak sia2 menunggu sehingga tamat majlis sebab rata2 tetamu dari media semua membawa puang hadiah2 dari acara cabutan bertuah....ada yang menang hamper makanan , kamera , powerbank , handphone , periuk nasi pun ada jugak dan lain2.....

Mulanya aku ngan sue bercadang nak balik petang tu selepas tamat acara...tapi oleh kerana memang tiada aktiviti lain maka kitorang pilih untuk stay selain menghormati jemputan dari sahabat blogger kitorang iaitu Salina Johari....

Rezeki tak pernah salah alamat...itu jerlah yang aku nak cakap....aku , sue dan inchik dd masing2 bawa pulang hadiah....inchik dd dapat hamper makanan , sue dapat external hard disk dan aku pulak dapat kamera mini...alhamdulillah

Kalau Bukan Kita Siapa...?

Terfikir apa yang dikatakan....memang jika tiada siapa ingin menyertai TLDM sebagai anggota tetap ataupun simpanan...siapa lagi yang perlu diharapkan selain dari warganegara Malaysia sendiri yang menjaga dan melindungi perairan Negara....siapa kalau bukan kita....jangan tau nak pumpang2 jika ada lanun2 yang dapat menceroboh perairan Negara sekaligus mengancam keselamatan warganegara Malaysia...keluarga kita...saudara mara kita dan oarang yang kita sayang...

Dan2 malam tu aku nak train anak bujang aku bila besar nanti memilih untuk berkhidmat kepada Negara dengan menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia....kalau bukan kita siapa...?

Amat besar jasa diorang kepada kita....memang layak digelar perajurit sebab bukan semua orang mampu dan layak serta punya hati secekal dan setabah mereka....

Tabik untuk semua anggota keselamatan Negara tak kira samada mereka Polis , ATM , TUDM , TLDM dan juga yang lain2.....

Demi Negara Malaysia Tercinta

Di akhir acara.....masih sempat aku bersembang dengan beberapa pegawai tinggi yang ada....bila aku perkenalkan diri sebagai blogger...mereka terkejut tapi dalam masa yang sama mereka rasa suka sebab mereka kata mereka juga perlukan blogger untuk menyampaikan maklumat yang betul kepada orang awam yang lain...


Yup...walaupun aku sedar aku bukan blogger terhebat...tapi aku akan usaha sampaikan perkara yang benar tiada yang tak benar melainkan benar belaka....

Nak tipu2 pasal info penting ni bukan ada faedah pun...boleh merosakkan serta membahayakan keselamatan negara tercinta.....

Selain kempen untuk orang awam sertai TLDM secara tetap atau sebagai anggota simpanan ...tak lupa juga Kementerian Pertahanan memperkenalkan serta mempromosikan sukan IPSC....nak tahu sila baca artikel dibawah.....( rujuk link )

InsyaAllah jika ada rezeki dan berpeluang serta dijemput lagi...pasti aku akan meluangkan masa bersama mana2 Pasukan Keselamataan Negara untuk mengutip pengalaman dan berkongsi dengan kawan2 diluar sana.....

Entry Berkaitan : --> DISINI

Aktiviti Sepanjang Hari ( Gambar )













Baca entry berkaitan : ---> DISINI