Wednesday, October 21, 2015

Apakah Kelebihan Meyimpan Emas

KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS

* Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur.

* Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku di mana sahaja pada bila-bila masa.

* Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.

* Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.

* Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.

* Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.



* Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM764 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)

* Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan.

* Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.

* Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.

* Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.

* Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik.




* Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari sekecil syiling emas 0.5gram hingga 500gram.

* Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.

* Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja ke arah perkara yang membazirkan.

* Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.

* Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.

* Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.

* Membeli emas di dalam negeri dapat membantu aliran matawang di dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.

* Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.

* Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.

* Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.

* Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup.




* Hutang Amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.

* Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup. Mesin ATM? Erm..

* Backup di dalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya.

* Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.

* Memulakan perniagaan baru seperti orang Kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.

* Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

* Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.

* HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi.

Jadi, itulah sedikit sebanyak kelebihan emas.. Ada banyak lagi.. nak tahu...??


SMS / WhatsApp : 019-2692067

Tuesday, October 20, 2015

Best Seller : Keagungan Cinta Murobbi

Aku bukanlah manusia berhati tisu walaupun aku perempuan.....aku kecik2 dah kena training ...air mata kalau nak kasi jatuh bila perlu jer.....aku tak tahu camner orang lain boleh nangis ngan mudah....sapu bawang bawah mata ker apa.....??

2 hari sudah aku ke kedai buku kegemaran aku kat Giant iaitu SMO ( Syarikat Muda Osman ).... anak2 aku beli komik dan buku kegemaran masing2...aku plak cari buku yang aku suka jugak....paling aku suka kumpul sekarang ialah buku2 berkenaan ulama2 dan sejarah2 islam......

Tak kira ulama mana ....kat luar negara atau pun dalam Malaysia sendiri....kalau dalam Malaysia dah semestinya Arwah Tuan Guru Nik Aziz adalah ulama yang semua masyarakat dan lapisan generasi menghormati beliau...sungguh tak dapat dinafikan....akhlak beliau memang hebat dan menjadi contoh ikutan umat manusia zaman sekarang....

Hati kita ni kalau tak dipaksa melakukan kebaikkan dan menyukai kebaikkan memang sampai bila2 pun tak akan sedar dan takkan berubah....aku pun memaksa diri aku untuk memilih jalan terbaik memilih jalan yang Allah redhai....apa yang Allah suka...apa yang Nabi suruh...apa yang ulama pesan...takdernyalah otomatik kita ni jadi baik atau otomatik jahat melainkan kerana dorongan atau hasutan....


Tengah pilih2....aku ternampak satu buku baru...cover muka Arwah TGNA....ok aku ambik tanpa baca sinopsis kat belakang sebab aku tahu buku tu aku belum ada....

Semalam aku baca....sikit...itupun pasal aku skip ke tajuk yang best....selak2 jer sampai ker mukasurat kisah Imam Hasan Al Banna ....kalau korang nak tahu...tarikh meninggalnya Arwah TGNA adalah sama dengan tarikh kematian Imam Hasan Al Banna iaitu 12 Februari yang matinya beliau kerana dibunuh....pembunuhan Imam Hasan Al Banna adalah hasil rancangan dan komplot pihak istana dan Perdana Menteri Mesir pada waktu itu....

Pasti ada sebab Allah menetapkan tarikh kematian yang sama  untuk dua ulama tersohor dari negara dan zaman yang berbeza.....cari , baca dan fikirkan kenapa....

Hari ini....aku selak lagi....maka terbaca satu ayat....dan2 aku nangis.....ibaratnya ko sambil baca sambil bayangkang kata2 tu dibacakan tepat kat muka ko....waktu tu ko nak rasa apa....???

Apa ayatnya....?? nak tahu korang gi beli dan baca sendiri.....aku nak taip balik tapi aku tengok jer buku tu pun aku dah nangis...


Monday, October 19, 2015

Bapak Dia Yang Buat Salah...Bapak Kita Pulak Yang Kena Marah

Serius aku tak pernah nak ambik tahu dah pasal politik nih.....zaman aku aktif sembang pasal politik cam dah berkubur semenjak banyak macai2 kat facebook aku dah disekolahkan.....

Dah memang benar pun takder yang benarnya puak2 macai nak pertahankan ketua diorang yang mabuk ketum bertahun tahun.....

Lama2 pengikut sendiri pun fedap dan gibab....mana leh tahan...lagi pertahan lagi kena tekan....

Aku ni lagi angin sebab kalau ikutkan mana tol LDP depan rumah aku tu tak naik.....dan2 aku lalu... tu diaaaaaa......rm2.10....naik 60sen ko.....tak rasa nak marah ker...?? 

Tapi apa boleh buat...ko ikut jalan tepi pun kos minyak jugak.....kat depan lagi tak boleh elak tol dah....sana sini dihimpit tol....

Memang betul apa yang kerajaan Kelantan buat...takder TOL.....walaupun jauh nak kesana... kurang2 tak jammed dan tak sakit hati sangat sebab kena bayar TOL....

Selangor memang NEGERI TOL...kerajaan pusat memang betul2 cari makan kat Selangor......AES , TOL dan blablablabla.......

Macai2...nah baca apa bapak korang cakap......baca hadam print dan tampal kat dahi....ini janji bapak korang bukan bapak aku......





Rujuk :Tol naik, apa Azmin buat ? soal Pemuda Umno


AMPANG - Susulan kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya di seluruh negara dengan 12 daripadanya di Lembah Klang, Pemuda Umno Ampang menuntut tindakan segera Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
Ketuanya, Muhamad Nizam Shith berkata, kenaikan yang melampau itu membuatkan golongan bawahan dan pertengahan termasuk anak muda tertekan.
"Kali ini (kenaikan tol) RM1 ke RM1.50. Hari ini tol sudah cecah RM2.50, RM3, RM3.5. Amboi...apa kerajaan negeri buat? Apa menteri besar buat?
"Tolonglah, kita ini rakyat bawahan, rakyat pertengahan yang memerlukan kebajikan daripada kerajaan negeri yang sepatutnya disalurkan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Selamatkan Selangor di sini, hari ini.
Sebelum ini, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama termasuk di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuatkuasa Khamis lalu.
Mengulas lanjut, Muhamad Nizam berkata, ketika BN memerintah Selangor, kenaikan kadar tol hanya 10 sen atau 20 sen yang mampu dibayar oleh rakyat.
"Rupa-rupanya kerajaan Selangor ada 'share' dalam semua tol-tol di negeri ini melalui anak syarikatnya. Hari ini tol naik melampau. Kalau dulu, zaman kita (BN) memerintah, tol naik 10 sen...20 sen sahaja.
"Tak ada hal punya. Kita anak muda, 50 sen pun kita boleh bayar. Hari ini, kita rasa tertindas. Anak muda di Selangor, rata-ratanya termasuk di Ampang, rasa tertindas. Jadi, kita minta kerajaan negeri tolong tengok.
"Kalau tak boleh, turun. Habis cerita. Kita boleh naikkan orang lain," katanya.
Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor dilaporkan menolak kenaikan kadar tol itu berikutan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini.
Azmin dikatakan telah meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad mengadakan pertemuan dengan Kesas Sdn Bhd dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd bagi menyuarakan bantahan itu.

Pastu aku baca gak komen2 kat bawah artikel tu....memang rata2 marah dan persoalkan...tapi...namapun macai...diman-mana pun ada...pastu tak habis2 nak up isu racist.....bangsa ko sendiri buat hal ko nak salahkan bangsa lain.....apakah bodoh sangat nihhh.....

Dan jika tak puas hati...sila ikut saranan dibawah.....inilah Menteri Malaysia ......aku sayang Malaysia...tapi dapat Menteri semua spesis lahanat....nak2 Menteri UMNO/BN......semua dah jadi bodoh .....

Walaupun aku tak pandai tapi taklah jugak bodoh sampai terang2 tindas rakyat....

Aku masih boleh survive insyaAllah...yang lain2 camner....?? jangan pikir tekak ko sorang jer....




Jangan cakap aku tak hormat pemimpin sedangkan pemimpin langsung tak hormat dan kasihkan rakyat......paham tak...??

Lu pikirlah sendiri macai....kalau bersatu insyaAllah nasib anak cucu akan datang pasti terbela....

Kalau gini kekdahnya....sampai kesudah kita sendiri akan dijajah dan tak hairan juga kita bakal mengemis dibumi sendiri......


Tuesday, October 13, 2015

Menu Halal Korea Di Go Gung Korean BBQ

Hai korang.....hari ni sengaja aku nak kongsi ngan korang makanan2 korea....tetiba jer perasaan nak cuba tu sangat kuat....dan nak tahu apa yang sedapnya makanan korea nih....

Kebetulan masa aku lalu kedai tu takder orang ramai....aku memang suka pergi kekedai yang tak ada ramai orang....sebab aku nak dilayan dengan cepat dan tak bising....

bibimbab....

Kebetulan hari tu inchik dd kerja malam...jadi siang2 tu pula semestinya aktivi kapel merayap akan terjadi....port merayap kapel lakibini kali ini ialah di  Empire Shopping Gallery....boleh kata baru 2 kali pijak mozek Empire Shopping Gallery ....tu pun sebab ada benda nak buat kat situ....kalau setakat nak survey2 mall tu taklah.... takkan aku buatnya...

Tapi sebenarnya aku gi Empire tu sebab teman inchik dd nak repair tepon kat i2Fix it....lepas siap baiki baru kitorang naik atas merayap....jalan punya jalan....terlalulah satu kedai makanan nih...kebetulan jugak aku dan inchik dd belum makan tengahari.....jadi survey2 kedai makan yang rare....sesekali meh...biar rare tapi HALAL ...itu adalah yang wajib kita kena periksa....

kimchi....

Lepas pusing satu kali....aku ngan inchik dd sepakat nak cuba makanan korea...sampai depan kedai tu aku cek kat menu tanda halal....ok lulus...ada cop halal....dan orang yang sambut kitorang adalah orang utagha.....bukan orang korea....

Mula2 aku tak faham dia cakap apa...ko pergi restoran korea mesti ko espect dia cakap korea kannn...?? walaupun untuk warm welcome....abih kuat pun mesti ada Annyeonghaseyo...!!! tapi takder...rupanya dia warm welcome kitorang ngan cakap utagha..."pe habaq...?? " aku buat bodoh diam....sebab tak espect orang tu tanya " pe habaq.." last2 inchik dd jawab...." khabar baik...."

Yang aku pun sikit punya loklak terus cakap...." kitorang ni orang jawa...orang kampung...mai nak try makanan korea pulak...buleh kaaa...?? **jap...apasal aku tetiba cakap terus jadi slang mokcun...?? ahahaha

Pelayan tu cakap boleh jer takder masaalah....dan aku pun cakap..." tapi kami tak tau nak makan paa....buleh tulung kaaa...???" dia kata boleh jer.....

antara hidangan set untuk daging....ada telur kicap , taugeh , bayam , salad buahan , fishcake

Maka keyakinan aku pun bertambah.....inchik dd bukanlah jenis suka2 makanan yang pelik2...nasi kerabu pun dia tak makan weihhh....inikan pula makanan korea.....aku jer yang miang patek nak cuba makan....manalah tahu kot2 esok dapat gi korea kira dah buat latihan tekak 'lah ni....

Dapat menu dua2 gelak....nak makan gapo kita ni bang.....?? aku tanya.....inchik dd jungkit2 bahu maknanya tak tahu.....

Pelayan utagha tadi datang balik....dia terangkan kat kitorang menu2 yang ada...aku tanya yang ni rasa camner...yang ni apa....sedap ker....dia translate semua menu ikut pemikiran orang kampung....yang ni cam tomyam...yang ni macam nasi goreng...yang ni macam makan salad.....

Last2 aku ambik 3 hidangan....nampak satu menu tulis bibimbab....jadi aku ambik yang tu...inchik dd plak ambik macam mee tomyam....nama dia aku tak pasti apa....pastu aku ambik lagi satu hidangan daging....harga dia Rm40 untuk 100grm...yang murah sekali kot kat situ.....tapi berbaloi sangat makan....sebab sedap....

Aku order air gas dan lemon tea  rasanya....lupa plak nak tumpu pada air.....fokus pada makanan jer....

Tak sampai 5 minit...hidangan demi hidangan sampai.....tempat grill pun atas meja yang sama... memula tak perasan sebab tempat grill tu ditutup ngan menu....pehhh semakin menarik nihhh

Api pemanggang dihidupkan....bawang manis digrill dulu...aroma harum memikat singgah ke hidung.....

ko ghaserrr.....

Tak lama lepas bawang cukup cantik masak....daging yang 100grm Rm40 pulak digrill.....aku teguk air liur lebih 8 kali kot.....dan dan ko akan terasa macam makan kat hotel 5 bintang yang ada chef....yer itulah perasaan aku.....ahahahaha

Sayang aku lupa nak ambik bidio masa daging di grill dengan bunyi desiran2 yang sangat merdu.....

Dalam apada masa tu jugak...pelayan bawakkan bibimbab aku dan inchikk dd punya mee tomyam....aku agak blur nak mulakan makan apa dulu....

sambal korea style.....macam sambal belacan pun ada....

Tapi yang pasti mesti baca bismillah dan doa makan...semoga allah memberkati rezeki aku hari itu dan semoga apa yang aku makan hari juga tidak akan menjerumuskan aku kedalam api neraka....jadi membazir makanan adalah dilarang keras....

Pelayan utagha tadi datang tengok keadaan kitorang yang serba blur....dia ajar camner nak makan....barulah aku oooo oooo ooooo....maknanya ooo begitu....pahemmm...

Aku ngan inchik dd makan lambat2 sebab nak hadam apa yang kitorang makan....macam aku dah biasa makan kimchi...jadi no hal sangat...tapi inchik dd...tekak dan lidah typical malay jawa u know....payah nak adjust... dia makan jer dengan pemikiran yang kosong....aku faham tapi malas nak tegur....ahahaha

wrapped atau balut ....sedapppp

Pelayan utagha rajin melawat aku makan...dia tanya camner rasa...aku kata ok jer....daging sedap....makan daging ngan salad lettuce + daging  + bawang manis + bawang putih + kimchi + sambal ( macam sambal belacan ) pastu wrap elok2 makan....sedapppppp sangat tau

Oooo tak lupa gak pancake korea.....sekali pandang macam lempeng benggali jer.....sedap jugaklah...

pancake korea.....lempeng jawa.....

Alhamdulillah akhirnya kenyang....cuma yang tak best'nya lepas makan sakit kepala....itu menandakan ada bahan perasa dalam hidangan tu...tapi aku syak dia punya pencicah....kicap dia ker apa....

Tapi aku akan repeat makan kat situ lagi....inchik dd kata len kali kita makan daging jer...sebab daging dia sedap....

dagingnya lembut...makan ngan bawang manis pun dah cukup sedap.....


nasi dia macam pulut2 sikit....

salad...

sos untuk daging dan pancake....

untuk dimakan bersama balutan daging dan lettuce....

Yeahhhh...maknanya masih ada peluang untuk aku terokai citarasa masakkan korea.....enjoy korang

Daebakkkk....!!!!!


Wednesday, October 7, 2015

Bila Haters Takder Bahan Nak Gossip

Entry ni tak berbayar...agak rugi jugak...tapi takperlah ...up jugak sebab nampak sangat haters2 kat fb yang ada nih dah kekurangan bahan gossip sampaikan aktiviti group EFG pun dia nak bash...

Elehhhh ....jangan nak buat2 bodoh tak tahu yerr....buruk sangat perangai tuuu...

Hurmmm ...gini ceritanya pada yang bukan haters....

Ramai kawan2 dalam group agak terkejut dengan status facebook aku yang berhampiran dengan tarikh  7/10 diawal pagi....

Ada yang sokong ada yang tak dan ada yang buat2 tak tahu ...eloklahh...tak kena batang hidung sendiri...buat derk itu lebih selamat....

Bagi aku ...ahli Kelab Blogger Ben Ashaari bukan sekadar kawan aku untuk bertepuk tampar saja...bukan muncul time ketawa dan huha huha semata....

"aku tak mampu nak berkawan baik dan bermuka-muka dengan semua orang .."

Diorang sedih aku rasa sedih..diorang sakit aku pun rasa sakitnya....

Tapi itu hak masing2...status aku tu memang aku tak harap pun sapa2 turun bekap..sebab tu jugak aku tak letak hashtag kebiasaan yang aku buat...aku berani tulis maka aku juga berani tanggung risikonya...apa barang perangai cam haters....

Aku punya status bukan macam kebiasaan yang haters2 selalu up....haters punya status dia ada trademark dia tersendiri...

Apa dia..?? 

Dia akan ulang isu yang sama tiap2 kali up status untuk ditujukan pada orang yang dia tak suka ...last2 ayat dia akan kata ..." tak tuju pada siapa2..." 

Serius mehhh...??? penggunaan ayat itu sangatlah basi ... ulat sampah pun naik menyampah ...

Itu menunjukkan haters dia memang takder bahan lain selain isu yang sama ...sampai mati pun itu jer dia akan ulang kalau dia tak nak berubah ....

Aku pada mulanya memang malas nak layan ...tapi sampai bila ..?? 

Lalat punya perangai pun tak macam niii....malam2 pun tahu nak berehat...tak melangau dan bertelur kat lauk 24 jam macam haters....

Tapi spesis haters kat facebook ni adalah spesis haters kalah lalat dan langau...24 jam nak bash status orang...eee macam takder life ...orang lain ada facebook gak tapi taklah stalker fb orang pastu buat bahan ngan geng2 dia....

Aku memang tak baca apatah lagi sengaja nak stalker status orang yang aku tak suka...sebab aku tahu nanti akan timbul satu dorongan untuk mengata...jadi aku cuma baca apa yang lalu kat timeline aku...

Abih kuat pun aku skodeng fb CMG sebab aku nak resepi dan idea memasak...

Almaklumlah ...oleh kerana kebanyakkan facebook seorang blogger adalah public maka sangat bebas haters nak skodeng aktiviti blogger lain dan create isu...

Contohnya ...isu cabaran...

Macam2 ayat diorang guna nak perli group EFG yang sedang rancak membuat entry cabaran....

Tapi kebiasaan haters hanya pandai perli belakang2 jerlahhh....cer direct komen kat geng2 EFG....ada berani ker..?? bila tanya tak nak ngaku pastu alih2 cakap geng EFG perasan ...kah kah kah itu jerlah ayat baling batu sembunyi tangan yang haters2 ni pandai guna ...

Hoiii haters...!!! aku cadangkan baik korang unfriend jer geng2 EFG nihh...diorang sentiasa ada aktiviti untuk mengisi entry blog...ko ada apa..?? cuma nak jadikan aktiviti group EFG sebagai bahan ko mengata ngan kawan2 ko sama macam ko...itu jer yang ko mampu ..?? dan itu jerlah yang korang pandai...pathetic sangat korang punya perangai...nampak sangat jiwa kacau kat situ....

Haishhh...serius aku tak paham ngan korang punya pergaulan...

Carilah hobi lainlah weihh dari menyibuk aktiviti group orang ....

Orang diam bukan sebab takut tapi sebab kesian dan malas nak tengok korang punya drama...

Itu jerrr....jadi blogger atau manusia tu biarlah bermaruah sikit...tak banyak pun...sikit jer aku mintak..

Ok haters...nak jadi haters biar jadi haters yang bijak bukan jadi haters perangai cam sampah...dan jangan jadi makhluk perosak....namo namo....!!!

Tuesday, October 6, 2015

Kenapa Aku Nak Simpan Emas ...???

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua...semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT...


Alhamdulillah....salah satu cita2 aku nak jadi penyimpan emas ....Allah bukakan sedikit demi sedikit jalannya....

Aku ingat lagi seorang kawan aku dengan bangganya mengatakan dia sekarang pengumpul Gold Bar atau Jongkong Emas....aku mampu telan air liur bila dia sebut...tapi aku tak hairan kalau dia mampu sebab dia memang kaya dah level Jutawan....



Aku waktu tu nak beli makanan pun pikir 88 kali.....serius tak mampu nak berangan lagi masa tu....

Membaca hadis Rasulullah itu buat aku terfikir...tapi sebelum ni aku memang dah baca....duit kertas ni sampai masa memang takkan ada nilainya....dengan kejatuhan wang yang ada ni pun dah buat aku terfikir....buat gapo simpan duit banyak2 dalam bank tapi semua tu akan jadi wang fiat....tengok macam apa yang berlaku kat negara sweeden...orang awam dah tak dapat nak keluarkan duit diorang kerana kejatuhan matawang yang sangat teruk dan bank dah gunakan duit penyimpan untuk pelaburan...keji gilerrrr dan kasihan penyimpan wang2 fiat....

Dan bukan senang nak cari orang yang jujur dalam melakukan transaksi jual beli emas fizikal ni ok...

Banyak dah aku dengar syarikat2 emas melingkup sebab menipu pembeli....beli emas tapi syarikat yang simpan...emas diorang hanya laku jual beli dengan syarikat diorang sahaja....bagi aku itu urusniaga yang sangat pelik....

Dan ikut akad jual beli pun ....selepas beli mesti ada serahan barang....tak kisah camner cara...baik by hand atau by post....yang penting ada barang yang dibeli dan barang itu wujud...bukan barang maya tapi barang fizikal...

Sebab tu ramai yang bercucuran air mata bila akhirnya emas tak dapat duit plak habis melayang...
Mulai saat ini maka aku berazam untuk menjadikan emas sebagai simpanan dan pelaburan untuk masa hadapan anak2....



Yer aku sedar aku tak mampu nak beli berjongkong-jongkong emas ...tapi aku akan berusaha untuk jadikan target 1 Bulan 1 Gram 1 Keluarga...

Tapi itu target aku....korang kalau berkemampuan bleh buat satu tagline semangat nak menyimpan... contohnya 1 Bulan 1 Dinar 1 Keluarga atau 1 Bulan 1 Dinar 1 Orang ....ehehehe apa2lah ikut korang punya suka,...itu cadangan aku jerr....

Jadi kalau korang terasa nak bermula...nak jadikan emas sebagai satu pelaburan dan simpanan aku boleh tolong.....insyaAllah masih belum terlambat....aku akan bantu macamana nak jadikan korang faham kenapa perlunya kita simpan emas sebagai pelaburan...usahakan dulu yang sikit baru selepas itu akan nampak cara nak hasilkan yang banyak...

Jangan risau kalau tak mampu 1 gram 1 bulan sebab Power Gold ada menyediakan pakej mampu milik...boleh klik sini  ) untuk mengetahui harga emas semasa....

Selamat menyimpan semua....

Cara Hubungi 

SMS atau Whatsapp : 019-2692067 

Website : http://www.suriaemas.com/saidila79







Monday, October 5, 2015

Menu Masakan Melayu Oriental Di Umiezza Cafe

Akhirnya jumpa jugak kedai yang tak gunakan sebarang jenis perasa tambahan nak2 ajinomoto.....

Kepala aku memang cerewet nak mapohh...kalau masakan tu ada MSG alamatlah....belum basuh tangan kepala memang dah sakit dulu....

Alhamdulillah....sepanjang makan dan minum kat Ummiza ....kepala aku ngan inchik dd ok jer tak sakit....walaupun inchik dd kurang tidur sebab kerja malam....pagi balik kerja pukul 9 lebih terus siap2 nak makan kat ummiza....

ini apa yang aku makan...nasi putih + gulai ayam kampung + kari daging + asam pedas ikan tenggiri + lemak pucuk ubi +sambal belacan dan ulam ....licin pinggan
Masa aku pernah tersesat lalu ke Jenderam Hulu....keluar jer dari satu simpang tu memang aku ada ternampak signboard restoran ni....walaupun sekali lalu tapi tagline restoran tu memang melekat kat kepala sebab ianya rare...



Apa Makna Oriental 

Makna Oriental ialah Ketimuran....harap korang tahu itu....itupun pasal ada sorang rakan fb aku tanya...apa itu dia oriental...ehehehe

Masakan Melayu Oriental.....pada mulanya memang tertanya jugak dan cakap ngan inchik dd... wow.... oriental gitu...macam rancangan tv....Halal Oriental....dan kini semua dah tahu apa dia makna oriental...baguss baguss...

Oklahh...sembang banyak pun tak guna....aku jamukan mata korang dengan lauk pauk dan hidangan yang sentiasa ada di Ummiza Cafe...

Ohh yerr...lupa plak nak habaq weihh....masa makan2 tu sempat jugak aku sembang2 ngan pengusahanya....

Perniagaan Keluarga

Sungguh tak sangka...Ummiza Cafe ni di kendalikan oleh anak2 pemilik besar Ummiza Cafe iaitu Puan Nor......mereka memasak bersama ibu mereka sambil menghidang melayan sehingga ke mengemas....semua mereka yang buat...gigih ok.....

Tapi bagi aku konsep kerja sekluarga itu sebenarnya lagi bagus....dan mereka semua muda2...respek walaupun muda tapi sifat diorang yang mengutamakan keluarga itu sangat menyentuh perasaan....

bersama anak menantu Ummiza Cafe
Bermula dari yang sulung berumur 23 hingga yg seterusnya.... tu yang aku ternganga jap masa aku ter'bersembang ngan orang kuat kat daput Ummiza Cafe....

Paling osemmmm...diorang punya kebersihan memang tahap hotel.....korang takkan dapat tengok periuk belanga belonggok kat singki tak bercuci....

Restoran Mesra Pelanggan

Sebagai bonus untuk pengunjung....internet WIFI dan Surau juga ada disediakan.....sambil makan korang masih boleh lepak melayan internet dan takder istilah pertanyaan kat mana nak solat bila masuk waktu....

kredit 
Tahap Kebersihan

Ini juga kena diambil kira ok....

Sampai aku tertanya gak dalam hati...ehh betul ker diorang masak....awat tak berkecah dapur....

kredit

Kalau aku...hurmmm masak sadin jer pun macam tongkang pecah dapur dibuatnya.....ehehehe

Oklahh ...jom layan gambar......sengaja aku membuat korang terliur dengan harapan korang akan kesana dan rasa sendiri hidangan yang ada.....miahahaha

ramai yang memuji ayam masak merah...katanya sama macam mak yang masak

yang ni asam pedas ikan tenggiri....sedap ok..aku makan jugak....

ikan kembung goreng berlada....sedang2 elok rasanya....tak pedas sangat

yang ni aku tapau sikit...makan ngan nasi panas dan kicap manis jalen....ko ghaser...???

gulai rebung.....sedappppppp

yang ni licin dulu....gulai belitong....aku pun tak dapat rasa.....huhuhu

sup cendawan...anak2 aku suka sangat.....

yes....ini pilihan pertama aku...gulai ayam kampung


kari daging yang superb.....aku makan ni jugak....sebab daging dia lembut....

gatal2 tolak tepi yang penting dapat makan udang sambal petai....

ulam2 dan sambal belacan....pendek kata semuanya sesedap rasa....
donat kegemaran cinta.....
kuih kasui....sedap ok aku makan...sampai tak sempat ambik gambar....pinjam gambar kawan....

Menu Dan Perkhidmatan

Ummiza Cafe juga ada mengambil tempahan...akan tetapi peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan disebabkan kekurangan kakitangan.

Tempahan diambil hanya untuk 300 orang kebawah seperti majlis makan keluarga/pejabat/harilahir dan majlis ulangtahun.

Harga pula berdasarkan harga dipasaran dan kuantiti lauk yg ditempah.

Lauk pauk pula berdasarkan menu setiap hari seperti

Ayam Masak Merah
Ayam Kicap Berlada
Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api
Ikan Kembung Goreng
Ayam Goreng
Ikan Keli Berlada
Asam Pedas Ikan Tenggiri
Sambal Udang Petai
Sup Cendawan
Kari Daging
Sambal Tumis Ikan Bilis
Masak Lemak Belitong / Siput Sedut
Gulai Lemak Pucuk Ubi
Gulai Rebung
Sayur Goreng
Sambal Belacan
Ulam2

Kuih Muih

Donat
Kuih Lapis
Kasui
Seri Muka
Dan Lain2

Penutup bicara....terima kasih kepada Puan Nor dan seluruh ahli keluarga beliau kerana sudi menjemput dan melayan keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari untuk merasai keenakan Masakan Melayu Oriental hanya di Ummiza Cafe..



Untuk tempahan boleh hubungi :

Puan Nor : 019-6682069

Ain : 0111-0602569

Alamat : No 229 Batu 29 , Jenderam Hulu , Sepang Selangor 

Hari Dibuka : Isnin - Sabtu 

Waktu Operasi : 7 Pagi - 3 Petang

Waze : ummiza cafe

( klik logo )


instagram : @ummizacafe