Wednesday, September 30, 2015

Isu Zakat : Jika Kau Masih Ragu

Jawapan dari pihak Lembaga Zakat untuk kita semua yang sentiasa mempertikai dan mengkritik...bantu  dengan bantuan bukan dengan kutukkan....

Selamat Membaca



►Sikap tidak berpuas hati terhadap agihan zakat bukanlah perkara baharu. Hakikatnya, zaman dahulu pun sudah ada orang yang tidak berpuas hati, dan mempertikaikan corak agihan zakat yang diberi. Bukan calang-calang orang yang dipertikaikan itu, kerana orang yang dianggap tidak cekap mengagihkan zakat itu adalah Nabi Muhammad SAW sendiri

► Isu mengenai agihan zakat bukan baru timbul pada hari ini tetapi Rasulullah pernah menghadapi pertikaian mengenai pembahagian zakat , seperti firman Allah SWT :- 

" Dan di antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (menurut kehendak mereka), mereka suka (dan memandangnya adil); dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah.. "- At-Taubah: 58

► Bayangkanlah, dalam keadaan Nabi Muhammad SAW sendiri yang begitu adil dan bijaksana mengagihkan zakat pun, masih ada orang-orang di sekeliling baginda yang tidak berpuas hati.

Maka, bayangkanlah pula hal keadaannya pada hari ini. Para pengurus zakat, jauh panggang dari api jika mahu dibandingkan dengan Rasulullah SAW, maka pastilah secara logiknya akan lebih menjadi sasaran kritikan bagi mereka yang sentiasa merasa tidak puas hati dengan agihan zakat.

► Oleh itu, harus diingat bahawa dalam keadaan dunia hari ini yang kian terbuka, maka menyampaikan kritikan secara terbuka juga pasti ada pro dan kontranya. Ingatlah, setiap kritikan yang diberikan kepada institusi zakat, ia juga akan dibaca oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Maka, andai kritikan itu lebih bersifat membina daripada meruntuhkan, pastilah ia memberikan citra yang baik mengenai agama Islam. Demikianlah sebaliknya, jika ia tidak tepat dan meruntuhkan, maka ia boleh merosakkan imej Islam di kaca mata dunia, khususnya kepada non-muslim.

► Maka, umat Islam hendaklah mengambil kira aspek ketelusan pengurusan zakat berkenaan dalam memberikan teguran. Jika semuanya telus, maka teguran juga perlu lebih berhikmah dan bersifat membina.

► Misalnya, jika ada yang terjumpa dengan orang-orang susah di mana-mana dalam kawasan mereka, maka jalan terbaik yang perlu dilakukan ialah memeriksa dahulu status orang berkenaan. Adakalanya, orang berkenaan baharu sahaja datang ke kawasan berkenaan dari kawasan luar, maka pastilah ia masih belum termasuk sebagai asnaf zakat.

Maka, jangan terus menunding jari, melainkan dibawa orang berkenaan ke pejabat zakat terdekat untuk dinilai statusnya. Boleh jadi dia mungkin tidak layak dikategorikan asnaf fakir dan miskin tetapi sesuai diberikan bantuan kecemasan di bawah asnaf yang lain.

► Apa yang menyedihkan juga, kadang kala teguran diberikan tanpa terlebih dahulu melakukan usul periksa. Malah, ada yang hanya cerita atas cerita, tidak jelas sumbernya dan tidak objektif pula.

Misalnya, jika benar seseorang itu difikirkan layak menerima zakat, pihak institusi zakat boleh menyiasatnya, maka boleh sahaja mereka memberikan nombor telefon atau alamat orang berkenaan, agar tindakan susulan yang lebih tepat dapat dilakukan. Tidaklah 
sekadar menghentam di laman sosial.

Allah SWT mengingatkan: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka (supaya kamu tidak menyangkakan sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.” (al-Hujurat, 49: 12)

► Ingatlah, teguran yang bersifat rambang tidak akan dapat membantu merubah kenyataan, malah boleh mengusutkan keadaan.

► Sebagai kesimpulannya, memberikan teguran bukanlah salah, tetapi apa yang salah adalah cara atau kaedah. Tegurlah demi kebaikan bersama, bukan untuk menafikan kerja kuat yang telah dilakukan selama ini. Ingatlah, Allah SWT sentiasa memerhatikan apa yang kita lakukan di atas dunia, untuk diberikan balasannya di akhirat sana.

Firman Allah SWT: “Dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran.” (al-‘Asr, 103: 4)

Wallahua’lam.

Info Kredit : Ustaz Hamizul Abdul Hamid



Ulasan Aku

Aku setuju dengan segala point yang ustaz ni sampaikan....jangan jadi masyarakat yang terlalu jumud dalam isu zakat.....korang pernah ikut ker diorang mencari dan memberi bantuan Zakat kepada ASNAF....??

Aku harap sangat kalau dalam isu ni korang tolonglah berfikiran waras....hal2 lain kalau korang nak menggila itu korang punya pasal.....tapi bab ni cukuplah petugas2 zakat dikecam oleh korang dengan membabi buta.....

Oklah....nanti aku ceritakan macamana sedih hati aku dengar luahan hati petugas2 zakat.....ada yg lebih satu dekad bekerja dan berkhidmat dengan pusat zakat walaupun teruk diorang dituduh dan dihina....

Insaflah korang sebelum dosa makin bertambah.....


Entry  Berkaitan :

http://www.saidila.com/2015/09/zikra-2015-melawat-pusat-jagaan-warga.html




Monday, September 21, 2015

ZIKRA 2015 : Melawat Pusat Jagaan Warga Emas Bait Al- Mawaddah

Alhamdulillah....

Khamis , 17 September 2015

Akhirnya hati aku lembut jugak yang selama ini keras memandang serong kepada pengurusan Lembaga Zakat Selangor......

Mudah sangat aku membuat tuduhan membabi buta kepada mereka2 yang bekerja keras menjalankan amanah pembayar zakat...

Betul'lah yang kita ni sekarang mudah sangat terpengaruh dengan viral2 yang bertaburan di laman sosial..

Ehhh terus terang aku cakap yer...dulu aku memang kaki kondem dan hentam apa yang LZS buat....kurang 50% aku tak percaya LZS menjalankan amanah yang dipegang...

Tapi semenjak seorang kawan jemput aku masuk melihat bagaimana perjalanan zakat...bagaimana diorang bekerja...timbul rasa bersalah dan insaf serta merta....nak menangis pun yer sebab terasa sangat aku berdosa menghukum diorang semua padahal aku cakap berdasarkan apa yang aku baca bukan apa yang lihat dengan mata kepala aku sendiri...

Allah buka mata hati aku seluas-luasnya terhadap isu ini.....

Serius bukan senang.....bukan diorang nak sangat pikul tanggungjawab memegang amanah pembayar zakat...tapi mereka adalah antara orang2 pilihan yang ditakdirkan Allah memegang amanah yang maha berat....

Kita yang tengok saja ni senanglah cakap...

" ehhh ...nak bagi duit pada orang susah pun susah....macamlah duit zakat tu dia punya..."

" nak kutip zakat boleh pulak macam2 cara...nak bagi banyak pulak bunyi...macam2 prosuder kena buat...lecehlah camni... " dan blablablabla

Ehhh....abah ko....!!!

Ko ingat duit tu abah ko punya ker....???

Jangan tak tau dan pura2 tak tahu yer...dah ada berapa kes asnaf menipu duit bantuan zakat....lagi zaman sekarang nihh...macam2 cara golongan yang tak sepatutnya terima zakat sibuk nak jugak berlakon jadi asnaf....

Sudahnya tersalah bagi bantuan sebab lakonan asnaf penipu memang berjaya...jangan kata pegawai LZS...Keyboard Warrior cam Saiful Nang pun leh sama kena kencing....

Prosuder bantuan sebenarnya bukalah susah tapi tak jugak begitu senang....

Dan kalau nak tahu....baru2 ni LZS jugak dah buka beberapa kaunter bantuan ekspress.....kat situ jugak para pemohon boleh mendapatkan bantuan segera sehingga maximum Rm500....

Boleh tahan banyak untuk bantuan segera.....tak semestinya ke kaunter jer pegawai LZS jalankan tugas...adakala diorang sendiri pergi hantar sumbangan segera kepada golongan asnaf yang memerlukan....aku adalah bukti diorang menjalankan amanah dan tanggungjawab yang dipikul..

Masyarakat amat senang nak kondem LZS dengan bantuan pengamal media sosial yang tak pernah nak tengok orang lain senang...dia lebih suka tengok orang dapat susah dari lihat orang lain terima kesenangan....

Amalan provokasi yang sering diguna pakai untuk membuka mata masyarakat terhadap LZS pun semakin berleluasa....apa yang diorang dapat pun aku tak tahu....

Maka terpulanglah selepas ini korang nak join kondem LZS atau bantu LZS untuk mencapai sasaran membantu asnaf dengan membayar zakat ke pusat2 zakat yang betul...

Bukan bermakna korang tak boleh keluarkan zakat sendiri dengan sombong mengatakan " aku tak percaya pusat zakat...maka aku akan bagi pada mereka sendiri..."

Bhai...aku tanya satu benda ehh....ko pasti ker ko boleh tampung kehidupan seorang asanaf setiap bulan...?? boleh jamin ker kekonsistenan bantuan ko pada diorang akan cukup tepat dan berterusan...?? dan berapa orang asnaf ko boleh bantu setiap bulan dengan tetap...??

Sekali sekali bolehlah kan....boleh jamin setiap bulan tak...?? aku jamin tak...?? sebab apa...aku sendiri pun tak mampu.....??

Ingat ehhh...golongan asnaf adalah milik masyarakat milik umum dan bukan hak individu....ia adalah tanggungjawab seluruh ummat islam...bukan ko punya hal sorang atau pusat zakat semata ....

Ko mampu beri bantuan pada satu dua asnaf sahaja...tapi bagaimana dengan asnaf yang lain...?

Makanya.....inilah peranan pusat zakat....ko bayar dan keluarkan zakat pada mereka pastu diorang akan agihkan kepada golongan2 yang memerlukan...sama rata mengikut keperluan...dan bantuan ini berterusan sehingga mereka mampu berdikari...

Percayalah...!!! yang kita sendiri takkan mampu lakukan itu....

Apa yang bagusnya ialah....duit zakat kita diagih pada semua penerima yang layak....nama kita adalah pengeluar zakat....mereka2 akan berterima kasih pada PENGELUAR ZAKAT bukan NAMA INDIVIDU....

Haish.....!!! itupun tak nampak lagi ker.....

Program ZIKRA hari tu bermula dengan semua menaiki bas dan menuju terus ke Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor ( Bait Al Mawaddah ) di Jalan Kebung , Klang

Wakil blogger pada hari itu dari Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Aku , +Ishak Ismail , Mera Amera , Faziera dan Anil Wanina...ohh tak lupa geng sekampung aku yang aku baru tahu dia orang kampung aku dan senior aku masa sekolah SKBB iaitu Mas Kieran atau Kieran HotFm



 






Ada antara blogger yang dah pernah melawat tempat tu untuk kali yg kedua....katanya....tempat tu semakin cantik kemasa dan bersih serta banyak projek2 mengindahkan kawaasan pun sudah dibangunkan dengan berjaya...

Aku yang tengok pun jadi sejuk hati memandang keadaan sekeliling....kalau camnilah tempatnya...hurmmm memang boleh cepat2 sembuh warga emas yang ada....aku masuk bertanya khabar penghuni disitu...kebetulan pagi tu semua penghuni tengah tunggu giliran untuk diperiksa oleh doktor2 yang peramah dan mesra....

Dengan kawasan yang tenang dan damai....memang proses penyembuhan akan dapat berlaku dengan cepat....


Kalau nak tahu ada juga warga emas yang dah selamat bertemu jodoh kat situ....tak kurang juga yang dulu datang bertongkat dan sekarang balik berlari.....itupun lepas aku katakan pada salah seorang petugas kat situ kalau semua rumah warga emas macamni InsyaAllah peluang nak sembuh pun cerah.....**siap aku berangan kalau dah tua nak lepak sini jerlah.....ahahaha

Dalam pada tu jugak pihak syarikat Airist Cosmetic Sdn Bhd telah berbesar hati menyampaikan sumbangan berupa Set Lengkap Pengurusan Jenazah atau PASTI ( Pakaian Akhir Sebelum Temui Ilahi ) ke Pusat Jagaan Warga Emas Bait Al Mawaddah .... aku belek2 brocher tu memang menarik jugak.....mungkin kita sendiri patut beli....sebab MATI ITU PASTI.....dalam set tu dah lengkap semuanya...cukup untuk menguruskan satu jenazah dewasa....ada Peralatan Untuk Mengkafan dan juga Peralatan Untuk Mandian...gunting dengan plastik sampah pun dah siap2 ada....

Kalau tak pakai sendiri pun boleh juga kita beli dan derma pada masjid adan surau2....dapat pahala ko....tapi harga dia aku tak tahulah berapa rm....kalau nak tahu korang boleh terus hubungi syarikat itu sendiri....


Airist Cosmetic Sdn Bhd
Telefon : 03 - 5524 4734 / 03 - 5524 4754 / 03 - 55244764
Facebook : www.facebook.com/kitpengurusanjenazah
Alamat : No 8A , Jlan Tengku Ampuan Zabedah G9/G
Seksyen 9 , 40100 Shah Alam

Sambil sarapan karipap sedap...kitorang ditayangkang dengan slide sejarah awal rumah Pusat Jagaan Warga Emas Bait Al Mawaddah

Dalam pada tu aku ngan kawan2 yang lain tak lupa ambil kesempatan meninjau2 bilik warga emas yang ada.....bilik2 bersih sangat...macam hospital gitu.....


Selepas tu semua pelawat beransur keluar dan mengambil gambar kenangan bersama...kemudian baru bergerak ke tempat lawatan yang seterusnya iaitu Pusat Dialisis MAIS yang berlokasi di Kapar , Selangor .



**jom naik bas sebab lawatan akan bersambung di'entry seterusnya


Sunday, September 20, 2015

Khidmat Jurugambar Terbaik Dari Kaio Studio

Aku sebenarnya seorang yang pemalu nak bergambar dan tak suka sangat bergambar....mana yang kenal aku tahulah camner....aku cuma suka ambik gambar tapi aku sendiri tak suka bergambar...sebab tak fotogenik gitu....aku bukan merendah diri tapi sedar diri....sifat pemalu melampau tu aku kikis sikit2 sejak terlibat dengan program dan event +Kelab Blogger Ben Ashaari ....

Waktu aku dapat tahu yang Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari akan ditaja secara rasmi oleh Kaio Studio...aku harap sangat diorang tak pasan aku....harap2 diorang cuma ambik gambar orang yang cun2 dan best2....dan aku bukanlah jenis kecik hati kalau gambar aku takder....sebab benda tu dah biasa....poielah ambik gambar orang lain....sebab gambar aku mungkin bakal merosakkan kamera dan kesempurnaan gambar2 gembira orang lain....ehehehe

Ternyata sangkaan aku meleset....walaupun tak cun dan tak pandai bergaya ala2 model ANTM....tapi ada gak gambar yang sangat2 win dimata aku dan orang lain....ingat senang ker nak ambik gambar orang yang tak cun menjadi cun dan bergaya....harus pening si Kaio nak ambik gambar orang2 seperti aku....

Tak percaya tengoklah sendiri.......


khidmat nasihat khidmat ambil gambar flying fox agrotek , mencari jurugambar

Nampak tak...?? hebatkan.....?? ahahahaha 

Apapun terima kasih Kaio kerana mengambil shot terbaik kak long yang sangat amazing superb dan osemmmmmm

Ohh korang nak tahu tak siapa si Kaio.....??? aku lepas baca biodata dia ternganga jap....muda tapi berbakat.....hilang respek aku ngan fotographer luar negara...rupanya dalam Malaysia ni ramai jurufoto dan juruvideo yang hebat2 antaranya ialah Kaio dan team dia....

Siapa Kaio...?? 


Nama penuh beliau ialah Khairul Anwar Abdullah tetapi lebih dikenali dengan nama 
Kaio di kalangan rakan-rakannya. 

Kaio juga merupakan blogger yang bermula pada tahun 2009 secara suka -suka dan 
mula aktif pada tahun 2011. 

Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam

Oh Media! I Luv Tour dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari 






Permulaan Karier Kaio


Kaio merupakan Lulusan Management & Science University (MSU) Malaysia dalam 
jurusan hospitaliti dan pelancongan. 

Memulakan karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian 
Pelancongan Malaysia pada tahun 2008 dmana  Kaio berpengalaman 
menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab.

Kaio juga pernah pernah ke kaca TVmajalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang.  












Dari Minat Menjadi Kerjaya 

Minat dalam bidang photography dan videography telah membuatkan Kaio terjun ke dalam 
bidang kreatif ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio.Pada permulaan Kaio Studiobanyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan. 





Dan kini pada tahun 2015 , 
Kaio Studio mula berkembang 
dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara sepeti 
Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana 
bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti 
Ezuwan Ismail dan Melinda Looi 








Antara Pencapaian Kaio Studio   

1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio) 



2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza 



3. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt. 


4. Pure Lens by Mawar Rashid



5. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka 
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night 
7. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015 
8. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis. 

Baru-baru ini Kaio juga sebagai pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio 
untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain. 


Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanyaKaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio.  



Dilamar Saiful Nang 

Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimilikipengasas Kaio Studio ini telah 
menarik minat  Saiful Nang Academy Photography untuk menjemput beliau 
mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP 



Program Perintis 

Selain daripada itu Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan 
videographer melalui kelas- kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta 
rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini. 









Menarik'kan ...bayangkan jika majlis korang yang bakal tiba gunakan khidmat dari Kaio atau mungkin tetiba boss korang suruh korang carikan jurugambar profesional untuk majlis2 korporat syarikat atau untuk khawin anak dia...bolehlah korang cadangkan Kaio......mesti boss gumbira tengok hasil dan sentuhan ternbaik dari Kaio dan team diorang....

Sebagai seorang blogger , aku sendiri cukup yakin dan berpuas hati dengan hasil kerja Kaio...


Dijamin tak sia2 dan berbaloi simpan memori indah bersama Kaio Studio....jadi kalau nak tahu lebih lanjut pasal servis Kaio...korang boleh gunakan maklumat medium sosial seperti dibawah..



Boleh juga follow Anwar Abdullah atau Kaio secara personal..