Tuesday, April 14, 2015

Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Dan MemperbaharuiPerjanjianBersama Duta Aman Palestin

Bismillahirahmanirohim...Asalamualaikum ,



Pada hari Ahad , 12 April 2015 bertempat di Hotel Bangi Putrajaya telah berlangsung satu Majlis Menandatangani MOU Antara Syarikat Korporat iaitu Hospital Islam Az-Zahra bersama Aman Plaestin dan di majlis yang sama juga mereka memperbaharui perjanjian antara Duta Aman Palestin iaitu artis saudari Heliza Helmi dan saudara Firdaus Maulana.

Majlis dimulakan dengan bacan doa dari Pencetus Ummah , Ustaz Fakrurrazzi Bin Mohd Hanapi ...kemudian diikuti dengan ucapan dari Wakil Hospital Islam Az-Zahra dan seterusnya dari Ketua Pegawai Eksekutif Wakil Aman Palestin BHD sendiri iaitu Ustaz Awang Suffian Awang Piut

Selepas itu tayangan video keadaan terkini Bumi Palestin dan bagaiman pergolakkan yang berlaku dan permulaan bagaimana bumi Palestin diceroboh lebih 40 dekad oleh tentera zionis laknatullah...

Sehabis tayangan video , wakil blogger dari KBBA ( Kelab Blogger Ben Ashaari ) iaitu saudara Razi diberi peluang untk menyampaikan ucapan sepatah dua kata...diikuti duta Aman Palestin iaitu saudara Firdaus Maulana menyampaikan sebuah lagu bertajuk Insan...liriknya bagai menyeru kita kembali apakah tujuan kita dan apakah peranan kita sebagi seorang INSAN...sejurus habis persembahan beliau menyerahkan kepada duta cantik manis iaitu saudari Heliza Helmi atau mesra dipanggil Ija pula meneruskan acara seterusnya....

Bermulanya Heliza Helmi menjadi duta Aman Palestin ialah pada tahun 2012 dan diteruskan sehingga kehari ini...sebagai duta beliau juga telah kesana untuk melihat sendiri apakah yang berlaku pada saudara sesama islam kita di Palestin...amat sedih menyentuh tiap perasaan bila beliau menceritakan bagaiman rakyat Palestin merebus kotak untuk dijadikan sup bagi meneruskan kelangsungan hidup...anjing dan kucing terpaksa dijamah sekadarnya kerana tiada lagi sumber makanan yang dapat diperolehi....beliua turut menyumbangkann sebuah lagu berjudul La Tahzan yang bermaksud Jangan Bersedih....istimewanya video klip lagu tersebut adalah rakaman sendiri Ija semasa berada di Palestin bersama Aman Palestin untuk misi bantuan kemanusiaan.

Andai di Malaysia jika ada yang kelaparan tak makan 2 hingga ke 3 hari atau cuma berlaukkan nasi dan ikan kering pun kita dah rasa kasihan yang teramat dan serta merta bantuan dihulurkan....tapi bagaimana nasib saudara kita di Palestin ...?? mereka juga sebahagian dari tanggungjawab kita kerana mereka menjaga warisan umat islam sedunia disana iaitu Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis ...kerana disitulah bermulanya perjalanan satu malam baginda Rasulullah SAW yang dipanggil Israk dan Mikraj...dan sebelum Mikraj...Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW singgah bersolat dua rakaat di Masjid Al-Aqsa terlebih dahulu..

Seusai sebelum ke acara seterusnya ....Ija juga telah melancarkan buku catitan beliau  yang berjudul " Diari Seorang Mujahidah - Kembara Syria " kalau buku tu semalam ada jual disana pasti aku dah beli...tapi takper...boleh dapatkan dikedai-kedai buku yang terpilih...insyaAllah

Majlis hampir tamat dengan jamuan dan sesi bergambar bersama team Blogger KBBA dan Duta Aman Palestin ...

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan hampir sempurna dimata aku....walaupun itu adalah kali pertma aku turun sebagai salah seorang team KBBA....ada anatara blogger yang dah pernah jumpa dan ada yang baru pertma kali bersua muka ...

Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT...aku tak sangka akhirnya dapat juga berjumpa secara langsung dengan Founder Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Ben Ashaari setelah 6 tahun aku berblog dan berhubung dengan beliau hanya melalui laman sosial seperti blog , facebook dan group WhatApps....

Mungkin kerana dah terlalu lama berhubung bertukar bertanya da berkongsi maklumat dilaman sosial jadi aku takder rasa apa2 bila bertemu beliau.....gembira tapi tidak teruja...paham tak....

Terima Kasih pada blogger2 lain yang walaupun pertama kali jumpa tapi mesranya macam dah biasa jumpa...cuma yang buat aku teruja ialah bila dapat berjumpa dengan ahli group KBBA Lembah Klang.... adik2 sayam yang sangat mesra seperti
Sue Sopian http://www.suesopian.com/
Najeeb http://katanajeeb.blogspot.com/
Zarin http://www.anazarin.com/
Syukri http://mindasyukri.blogspot.com/

Gembiranya Allah jer yang tahu.....macamana mesranya aku dan diorang dalam group wasap camtulah juga bila berjumpa....takder segan kekok apatah lagi nak berlagak sombong sesama sendiri ....masing2 teruja nak jumpa pertama kali kawan2 tempat mengadu segala perkara seperti isu semasa , peribadi , politik , agama dan segalanya termasuk sakit pening.....

Dan Allah SWT gandakan lagi dengan pertemuan kembali aku dengan budak2 yang lama tak jumpa

Projek Travel http://www.projektravel.com/
Mawardi Yunus http://www.mawardiyunus.com/
Fauzi Aryan <--- dah ada koleksi baju @byFauziAryan
Khairul Anuar http://www.penaberkala.com/

Mereka2 ni adalah team Sahabat Media aku semasa membuat Projek Tahun Melawat Malaysia di Banghuris Homestay...

Tak lupa pada team KBBA yang official....semuanya ramah tamah...

Lynda http://pinky-lynn.blogspot.com/
Allene http://www.mommylin.com/
Kak Zura Chanteq D'dapur C'Chanteq ( facebook )
Nina Mirza http://ninamirza.blogspot.com/
Yaya Natsumi http://yayaflanella.blogspot.com/
Mas Saari http://www.massaari.com/
Nani Zati http://mamakembar3.blogspot.com/
Boni Kacak http://www.bonikacak.com/
Razi http://www.razzwey.com/ ) 
Faziera http://faziera193.blogspot.com/
Ruby  http://ruby.my/
Hazlina http://isharulina2.blogspot.com/ 
Siti Mayam As-Sideeqah  http://assiddeeeqah.blogspot.com/

Jika Ada yang tak tersebut nama2 diatas mohon ampun dan maaf....sungguh aku tak sempurna...

Okaylah....entry dah sampai di penguhujung tapi korang boleh layan gambar2 dibawah....

Sekian.....

Bagaimana Kita Boleh Membantu





Penaja Dan Biodata Duta Aman Palestin




Gambar2 Sekitar Majlis

Termeterai sudah perjanjian antara wakil Hospital Islam Az-Zahra dan wakil Aman Plestin

Ucapan wakil KBBA Blogger Razi ( http://www.razzwey.com/ ) 

Penyampaina cenderamata dari Ustaz Awang Suffian Awang Piut untuk Rakan Blogger Aman Palestin kepada Founder KBBA , Ben Ashaari

Pembaharuan Kontrak Duta Aman Palestin dan Firdaus Maulana dan Heliza Helmi

semoga berjaya keduanya......insyaAllah

pelancaran buku Heliza Helmi  "Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria"

sebahagian besar sokongan dari blogger ,  Team KBBA

wakil gergambar dengan blogger KBBA

wakil turut bersama Founder KBBA , Ben Ashaari

wakil bersama PU Razi

yang ni tak perlu wakil.....aku dan Heliza Helmi , Duta Aman Palestin


Post a Comment