Wednesday, April 15, 2015

Bila Pos Laju Tidak Jujur Dan Amanah

Asalamualaikum....

Entry ni aku siapkan sedaya upaya khas aku tujukan kepada semua yang terlibat dengan perkhidmatan Pos Laju....tak kiralah sebagai seorang pekerja Pos Laju atau pun seorang pengguna yang menggunakan perkhidmatan Pos Laju......

Air yang tenang jangan sangka tiada buaya....

Sepanjang aku menggunkana perkhidmatan pos laju aku tak pernah komplen sikit pun...merungut jauh sekali.....dan boleh dikatan aku memang ngam ngan pekerja2 pos laju....terutamanya posmen yg menghantar pakej atau pun surat semata.....

Setakat lambat sampai tu aku tak pernah bising walaupun urgent sebab aku tahu camner lewat pun barang mesti sampai...dan aku tahu...bukan barang aku jer yang penting nak dihantar.....walaupun kena pickup sendiri kat PPL ( Pejabat Pos Laju ) tapi aku malas nak gi sebab malas nak dengar orang2 yang marah2 staff kaunter PPL...naka marah2 watper....rileklahhh....org tu pun kerja ...ingat tak penat ker....??

Aku memang respek dengan staff kaunter PPL...sebab kena marah pun diorang senyum.....kadang aku yg rasa nak hangin ngan client yg bajet bagus...nak cepat nak selamat gi hantar sendiri lerrrr.....tapi dah Pos Laju tawarkan perkhidmatan pos seharusnya ianya boleh dipercayai....

Let say barang hilang kerana rompakan atau kemalangan ditengah jalan...aku rasa pejam mata aku boleh halalkan...yang aku tak boleh terima ialah hilang tanpa sebab.....

Ok...begini ceritanya...aku hantar satu pakej dekat kawan aku di penang pada 30 Mac...ada 3 pakej aku hantar pada hari yang sama....alhamdulillah 2 barang selamat sampai...tapi 1 barang tak sampai2 lagi....aku cek online tracking masih ada dekat PPL...kawan aku pun cek sama...ingat nak call tapi langsung tak berangkat....4 /4 pun aku track tapi masih kat PPL....6/4 aku minta tolong budak posmen yang dtg hantar surat kat aku tu cek.....pukul 5 lebih...aku dapat call dari budak posmen tu dia kata barang kemungkinan hilang sebab tak dijumpa lagi.....




Walaupun aku patut marah tapi aku mengalah....esoknya aku ganti kali kedua brg yang kawan aku pesan belikan...kali ini aku pakai plastik sampul prepaid yang ada bubble dalamnya....lagi pun barang yang aku hantar tu dah ada saftety palstic lain...

7/4 aku hantar lah barang kawan aku tu....8/4 kawan aku pun dapat...tapi kali ni aku betul2 kecewa...kecewa teramat cuma takderlah sampai guling2 atas jalan raya....kawan aku pos gambar barang yg dia dapat dari aku....barang tu rosak....patah dua batang usb tu dibuatnya....ikut logik amat payah nak patah kecuali dipatahkan biarpun dihempap barang yg berat atau dicampak camner sekalipun , takkan semudah itu boleh patah...


- barang patah dan rosak disyaki akibat perbuatan khianat


Malam tu lepas isyak aku dapat tahu dari kawan aku tentang barang tu....aku terus gi rumah jiran aku yang kerja polis...aku tanya yang boleh tak aku buat report atas hal ni...hilang dan khianat...memang cam tak logik jer nak buat report pasal barang yang tak seberapa harganya....aku tau tapi aku rasa benda ni tak boleh dipandang remeh atau boleh pejam mata ambik mudah....

Malam tu jugak aku print out segala bukti yang akan memudahkan pihak polis memahami situasi yang sedang aku hadapi....

Atas nasihat laki bini yang kerja polis....aku pun buat laporan polis pada keesoakkan harinya iaitu pada 9/4 di Balai Polis Puchong...



- Laporan untuk barang hilang ada 30/3



- Laporan untuk kerosakkan barang 7/4


Esoknya jugak selepas jumaat.....aku pergi ker PPL Puchong.....aku tak berurusan ngan kaunter dah...aku belasah naik atas tingkat 1....sampai atas bukak pintu bagi salam dan tanya siapa penyelia...keluar seorang lelaki...tapi aku tak siapa dia....dia tanya aku darimana...aku jawab aku dari puchong jugak...dtang nak bagi laporan polis atas blablablabla...aku citer kat dia walaupun aku tak tahu dia siapa.....lepas dia semak call dan apa2tah lagi...dia akhirnya akur akan kesilapan yang berlaku...aku cakap..." saya sebenarnya takderlah kisah sangat sebab harga barang tu murah....tapi saya amat terkilan dengan sikap staff PPL yang membuat onar sehingga memburukkan nama PPL...apa yang lebih saya terkilan sebab kejadian ni berlaku dalam jangka waktu yang terdekat sangat.....sampai saya jadi fobia nak gunakan perkhidmatan Pos Laju ....Encik boleh semak nama saya sebagai salah seoarang pemenang Peraduan Pos Dan Menang....saya harap saya dapat tulis yang baik2 tentang perkhidmatan Pos Laju..." lepas aku potpet potpet agak lama....lelaki tu kata dia cuma boleh mohon maaf jer....dan dia kata kat aku...lepas ni kalau ada pos apa2 barang info dengan dia dan dia akan pastikan barang tu akan sampai selamat ketempat yang sepatutnya...aku pun jawab " baiklah...kalau begitu " yesss aku akan pegang janji lelaki itu....dan aku ke kaunter bawah untuk ambik borang tuntutan lagi sekeping sebab aku kena isi dua borang aduan sebab 2 barang yang hilang dan rosak....

Sampai kereta aku tengok kad tu...nahh ko...branch manager gitu.....alhamdulillah....segalanya dipermudahkan.....niat asal untuk boikot Pos Laju pun aku batalkan sebab aku memang ngam ngan pekerja2 PPL Puchong...nak2 yang selalu hantar surat dan barang kat aku....pekerja kaunter pun mesra baik ramah tamah...sesekali diorang tarik muka tu biasalah....penat tau...aku tengok diorang kerja pun aku penat....tu belum campur ngan stressnya kena marah dengan pelanggan yang tak faham bahasa atau tak sabar2...

Jadi...nasihat aku...jika adalah perkara2 yang sama seperti aku ni terjadi pada korang...tak payah buang masa atau bising2 depan kaunter....pergi balai buat report pastu naik ke opis jumpa penyelia Pos Laju di kawasan masing2....jangan lupa siap2kan bukti macam aku buat....insyallah cepat jer selesai tanpa banyak songeh mengelak dari mereka bertanggungjawab....

Lagipun aku dah dapat jaminan dari branch manager ...jadi apa salah kita beri peluang kedua...

Kan.....


Tuesday, April 14, 2015

Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Dan MemperbaharuiPerjanjianBersama Duta Aman Palestin

Bismillahirahmanirohim...Asalamualaikum ,



Pada hari Ahad , 12 April 2015 bertempat di Hotel Bangi Putrajaya telah berlangsung satu Majlis Menandatangani MOU Antara Syarikat Korporat iaitu Hospital Islam Az-Zahra bersama Aman Plaestin dan di majlis yang sama juga mereka memperbaharui perjanjian antara Duta Aman Palestin iaitu artis saudari Heliza Helmi dan saudara Firdaus Maulana.

Majlis dimulakan dengan bacan doa dari Pencetus Ummah , Ustaz Fakrurrazzi Bin Mohd Hanapi ...kemudian diikuti dengan ucapan dari Wakil Hospital Islam Az-Zahra dan seterusnya dari Ketua Pegawai Eksekutif Wakil Aman Palestin BHD sendiri iaitu Ustaz Awang Suffian Awang Piut

Selepas itu tayangan video keadaan terkini Bumi Palestin dan bagaiman pergolakkan yang berlaku dan permulaan bagaimana bumi Palestin diceroboh lebih 40 dekad oleh tentera zionis laknatullah...

Sehabis tayangan video , wakil blogger dari KBBA ( Kelab Blogger Ben Ashaari ) iaitu saudara Razi diberi peluang untk menyampaikan ucapan sepatah dua kata...diikuti duta Aman Palestin iaitu saudara Firdaus Maulana menyampaikan sebuah lagu bertajuk Insan...liriknya bagai menyeru kita kembali apakah tujuan kita dan apakah peranan kita sebagi seorang INSAN...sejurus habis persembahan beliau menyerahkan kepada duta cantik manis iaitu saudari Heliza Helmi atau mesra dipanggil Ija pula meneruskan acara seterusnya....

Bermulanya Heliza Helmi menjadi duta Aman Palestin ialah pada tahun 2012 dan diteruskan sehingga kehari ini...sebagai duta beliau juga telah kesana untuk melihat sendiri apakah yang berlaku pada saudara sesama islam kita di Palestin...amat sedih menyentuh tiap perasaan bila beliau menceritakan bagaiman rakyat Palestin merebus kotak untuk dijadikan sup bagi meneruskan kelangsungan hidup...anjing dan kucing terpaksa dijamah sekadarnya kerana tiada lagi sumber makanan yang dapat diperolehi....beliua turut menyumbangkann sebuah lagu berjudul La Tahzan yang bermaksud Jangan Bersedih....istimewanya video klip lagu tersebut adalah rakaman sendiri Ija semasa berada di Palestin bersama Aman Palestin untuk misi bantuan kemanusiaan.

Andai di Malaysia jika ada yang kelaparan tak makan 2 hingga ke 3 hari atau cuma berlaukkan nasi dan ikan kering pun kita dah rasa kasihan yang teramat dan serta merta bantuan dihulurkan....tapi bagaimana nasib saudara kita di Palestin ...?? mereka juga sebahagian dari tanggungjawab kita kerana mereka menjaga warisan umat islam sedunia disana iaitu Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis ...kerana disitulah bermulanya perjalanan satu malam baginda Rasulullah SAW yang dipanggil Israk dan Mikraj...dan sebelum Mikraj...Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW singgah bersolat dua rakaat di Masjid Al-Aqsa terlebih dahulu..

Seusai sebelum ke acara seterusnya ....Ija juga telah melancarkan buku catitan beliau  yang berjudul " Diari Seorang Mujahidah - Kembara Syria " kalau buku tu semalam ada jual disana pasti aku dah beli...tapi takper...boleh dapatkan dikedai-kedai buku yang terpilih...insyaAllah

Majlis hampir tamat dengan jamuan dan sesi bergambar bersama team Blogger KBBA dan Duta Aman Palestin ...

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan hampir sempurna dimata aku....walaupun itu adalah kali pertma aku turun sebagai salah seorang team KBBA....ada anatara blogger yang dah pernah jumpa dan ada yang baru pertma kali bersua muka ...

Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT...aku tak sangka akhirnya dapat juga berjumpa secara langsung dengan Founder Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Ben Ashaari setelah 6 tahun aku berblog dan berhubung dengan beliau hanya melalui laman sosial seperti blog , facebook dan group WhatApps....

Mungkin kerana dah terlalu lama berhubung bertukar bertanya da berkongsi maklumat dilaman sosial jadi aku takder rasa apa2 bila bertemu beliau.....gembira tapi tidak teruja...paham tak....

Terima Kasih pada blogger2 lain yang walaupun pertama kali jumpa tapi mesranya macam dah biasa jumpa...cuma yang buat aku teruja ialah bila dapat berjumpa dengan ahli group KBBA Lembah Klang.... adik2 sayam yang sangat mesra seperti
Sue Sopian http://www.suesopian.com/
Najeeb http://katanajeeb.blogspot.com/
Zarin http://www.anazarin.com/
Syukri http://mindasyukri.blogspot.com/

Gembiranya Allah jer yang tahu.....macamana mesranya aku dan diorang dalam group wasap camtulah juga bila berjumpa....takder segan kekok apatah lagi nak berlagak sombong sesama sendiri ....masing2 teruja nak jumpa pertama kali kawan2 tempat mengadu segala perkara seperti isu semasa , peribadi , politik , agama dan segalanya termasuk sakit pening.....

Dan Allah SWT gandakan lagi dengan pertemuan kembali aku dengan budak2 yang lama tak jumpa

Projek Travel http://www.projektravel.com/
Mawardi Yunus http://www.mawardiyunus.com/
Fauzi Aryan <--- dah ada koleksi baju @byFauziAryan
Khairul Anuar http://www.penaberkala.com/

Mereka2 ni adalah team Sahabat Media aku semasa membuat Projek Tahun Melawat Malaysia di Banghuris Homestay...

Tak lupa pada team KBBA yang official....semuanya ramah tamah...

Lynda http://pinky-lynn.blogspot.com/
Allene http://www.mommylin.com/
Kak Zura Chanteq D'dapur C'Chanteq ( facebook )
Nina Mirza http://ninamirza.blogspot.com/
Yaya Natsumi http://yayaflanella.blogspot.com/
Mas Saari http://www.massaari.com/
Nani Zati http://mamakembar3.blogspot.com/
Boni Kacak http://www.bonikacak.com/
Razi http://www.razzwey.com/ ) 
Faziera http://faziera193.blogspot.com/
Ruby  http://ruby.my/
Hazlina http://isharulina2.blogspot.com/ 
Siti Mayam As-Sideeqah  http://assiddeeeqah.blogspot.com/

Jika Ada yang tak tersebut nama2 diatas mohon ampun dan maaf....sungguh aku tak sempurna...

Okaylah....entry dah sampai di penguhujung tapi korang boleh layan gambar2 dibawah....

Sekian.....

Bagaimana Kita Boleh Membantu





Penaja Dan Biodata Duta Aman Palestin




Gambar2 Sekitar Majlis

Termeterai sudah perjanjian antara wakil Hospital Islam Az-Zahra dan wakil Aman Plestin

Ucapan wakil KBBA Blogger Razi ( http://www.razzwey.com/ ) 

Penyampaina cenderamata dari Ustaz Awang Suffian Awang Piut untuk Rakan Blogger Aman Palestin kepada Founder KBBA , Ben Ashaari

Pembaharuan Kontrak Duta Aman Palestin dan Firdaus Maulana dan Heliza Helmi

semoga berjaya keduanya......insyaAllah

pelancaran buku Heliza Helmi  "Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria"

sebahagian besar sokongan dari blogger ,  Team KBBA

wakil gergambar dengan blogger KBBA

wakil turut bersama Founder KBBA , Ben Ashaari

wakil bersama PU Razi

yang ni tak perlu wakil.....aku dan Heliza Helmi , Duta Aman Palestin


Saturday, April 11, 2015

( Sedapnya ) Nasi Lemak Antarabangsa Di Kampung Baru

Asalamualaikum....

Review ni tak berbayar dan bukan tajaan dari mana2.....aku pilih untuk menjadi seorang pengkritik yang jujur......sedap ditekak aku sedaplah aku kritik....tak sedap ditekak aku maka aku akan biarkan sahaja....tahanlah diri dari mencela makanan.....mungkin selepas ni ada yang sudi nak belanja makan nasi lemak kat sini....kan ka kan...manalah tau...rezeki milk Allah....

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela sama sekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliau pun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.” (Muttafaq ‘alaih)

First trial Nasi Lemak Antarabangsa....nasi lemak + rendang ayam + sambal sotong....

"bismillah.....



Bila makan jangan lupa nasi tambah.....sebab aku jamin tak cukup.....



Makan nasi panas dengan sambal jer pun dah enak bangettt......


Sempat lagi skodeng lauk dalam periuk.....ehehehe...mesti orang pikir aku ni mental.....tapi apa ada kisah...bukan hari2 pergi pun.....rendang ayam dia lembut sangat....setakat pakai gigi palsu takder menda apa walau tak guna polident ....hahahaha

Nampak sedap kan....tengah taip ni pun aku telan air liur dan memendam rasa.....kalau rasa teringin boleh ker NLA singkatan dari Nasi Lemak Antarabangsa...terletak ditengah bandar Kuala Lumpur di Kampung Baru .....

Kalau guna Waze atau Gmaps taip elok2...pastikan keluar " nasi lemak antarabangsa kampung baru " kalau keluar kat tempat lain2 jangan ikut plak....aku dah terkena sekali...aku guna waze....bila taip search dia keluar kat ampang park......hurmmmm sejarah yang sangat sedih tapi alhamdulillah beliau bangkit semula dan meneruskan legasi serta menaikkan kembali nama Nasi Lemak Antarabangsa...Alhamdulillah kini berjaya.....

Nasi Lemak Antarabangsa 
No 4 Jalan Raja Muda Musa
Kampung Baru 50300 Kula Lumpur
Tel : 013-2536985 ( Nur A'Liah )
website : www.nasilemakantarabangsa.my


Selamat mencuba dan menjamu selera.....