Thursday, January 29, 2015

( Tutorial ) How to install Xbmc/Kodi On A Windows 8 PC




Aku dah guna tutorial ni...tumpahhhh walau agak lama tapi hasilnya memang tip top......korang takkan ulang step yg sama......

Ehhh.....sori....korang tak tau apa itu Kodi / XBMC yer...... ni macam apps tambahan .....sebelum ni cuma masuk kat android jer....tapi dengan tutorial ni boleh masukkan kat pc yg guna windows atau apa2 sistem yg sapot kodi dan xbmc......

Tujuan install supaya kita dapat layan movie yang agak terbaru kat pawagam dirumah........mungkin dalam sebulan atau secepat 3 minggu....kodi/xmbc dah tayang jugak ....kod xbmc ni kalau nak ikut cam lebih kurang sama ngan showbox jer....cuma yang aku nampak....kodi/xbmc lagi cepat tayang filem2 box office terutamanya hollywood daripada showbox.....

Cuma kodi/xbmc takder fungsi untuk subtitle...kalau showbox ada....

Kalau nak tahu lebih lanjut korang layanlah dulu utube nihhh.....aku blog'kan sebab ianya terbaik....


Aku Tiada FB Bukan Satu Kehilangan


Sejak 25/1 aku mula lancarkan kempen uninstall fb pada diri sendiri....entahlahhh...aku pun tak tahu kenapa tetiba aku rasa dah menyampah muak dan cemuih ngan medium sosial bernama Facebook.....

Aku tak salahkan sesiap dalam hal ni.....

Kalau nak difikirkan balik dan dia punya manfaat itu amatlah banyak....pastinya aku akan rindu pada coretan2 kata nasihat video dan apa2 di page fb orang yang baik2 seperti Cikgu Abdul Ghani , Raja Shamri , Irfan Khairi , Fatabiouni , Zon Kuliah dan lain2 lagi.....

Aku cuma pening ngan politik dan kawan2 yang kalau seminggu sekali tu takder status sindir menyindir antara satu sama lain macam tak lengkap jer hidup diorang waktu tu.....

Bukan aku tak faham apa yg disindirkan oleh diorang tu.....cuma aku malas nak keruhkan lagi keadaan dan menjadi tidak adil.....bila ada yang sentap...maka acara berbalas pantun pun bermula....masing2 akan pertahankan pendirian masing2.....walaupun isu yang digaduhkan tu adalah sangat tak berfaedah.....sudahnya ramai kawan2 terlibat dan berpecah menjadi beberapa puak.....puak yang paling tak boleh blah ialah...sini tabur gula sana siram madu....belakang semua jadi batu api.....

Walaupun aku hampir terjebak....tapi mujur tak terlibat......makanya sebelum aku diheret sama dalam mendapat sokongan atas isu yang tak penting....adalah lebih baik aku blah dan undur diri buat sementara waktu dulu.....

Buat masa ni aku cuma uninstall dulu apps dalam telefon....nampak macam ok jer.....mungkin lepas aku dah selesa hidup tanpa fb...langkah seterusnya ialah aku akan deactivated kan pula....

Aku faham....mesti ada yang kata.....pilih jerlah benda yang baik2 untuk dilihat dan dibaca.....janganlah salahkan fb.....betul....tapi sebagai manusia yg selalunya akan kalah.... nak2 lagi mendapat sokongan dari syaitan dan iblis yang amatlah kuat sehingga nafsu akan tergoda juga,....adalah lebih baik aku mengelakkan diri.....mungkin kali ni aku yang perlu mencari bukan ia perlu datang lalu sendiri di timeline fb ....

Hanya buat masa ni akaun fb aku ada lagi cuma aku dah tak up apa2 status kat situ.....apapun aku akan cuba share entry2 aku pada fb.....nak baca yer baca...tak nak baca yorrr wesss....


Oklah...cukup ....lagipun aku takder atau ada kat fb pun....aktiviti korang semua takkan terjejas.....aku cuma 1 orang yang tidak korang perlukan untuk apa2 urusan dalam kehidupan......



Someday

no-facebook







Khabar Gembira Dihari Yang Istimewa

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah.....tiada tuhan yang layak disembah atau diberi pujian ....sesungguhnya Allah swt sahaja penerima selayaknya....

Semalam 28/1...selain hari itu adalah hari ulang tahun kelahiran inchik dd.....hari tu jugak beberapa khabar gembira lagi telah Allah aturkan sampai kepada aku....antara yang penting


1. syukur kerana inchik dd masih dipanjangkan umur

2. anak buah aku yang namanya ieka berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STAM....Mumtaz Sufi miliknya...satu2nya pelajar dalam sekolah dia yang menerima

3. pinjaman untuk kereta baru lulus

4. semua laptop dan gajet yang rosak siap dibaiki

5. makan bersama keluarga

Mungkin korang akan kata....alaaaa biasa2 jer....itupun nak kecoh....tapi apa nak buat

Bahagia Itu Aku Yang Rasa.......




Wednesday, January 28, 2015

KLCC Dari Avenue K


Tajuk : KLCC
Lokasi : Avenue K
Kamera : iPhone 4s
Edit : Aviary , Instagram , Photoscape

Tuesday, January 27, 2015

Kreativiti Tanpa Sempadan - 1

Apalah lukisan yang anak2 aku buat ni ......kalau nak tahu...dioarang buat semua ni dengan menggunkan komputer sahaja......mungkin guna apps paint ....kadang tengok pun kelakar sebab kita tak tahu apa imaginasi dioarang ketika itu bila melukis .....apapun inilah hasilnya....

Enjoy....!!!










Monday, January 26, 2015

Bila Undang2 Kafir Mula Diberi Tempat Dan Kita Pulak Dipaksa Untuk Ikut

Uihhhh,,,,nampak gaya peribahasa "sayang2 anak2 tangan2kan " ni dah tak boleh digunakan lagi......sebab pasni akan ditukar jadi "rotan anak ibubapa boleh masuk penjara" ......

Sejak kes ibubapa yg masuk penjara kat sweeden kerana mendidik anak solat menggunakan rotan ...nampaknya pihak kafir2 laknatullah dah nampak cara macamana nak buat orang islam dihukum dengan sebab yang tak masuk akal hanya kerana mendidik peribadi mulia sianak dan mengikut tuntutan agama ....

Jengg krenggg....nampak gayanya Menteri Malaysia secara "bongoknya" telah bersetuju menanda tangan perjanjian bersama CRC yang nampak nau  mengambil kesempatan membuat alasan konon melindungi Hak Kanak2.....






Nampak cam OK jer...tapi agenda hitam disebaliknya tu yang jadi bahaya...... apa yang Menteri ni nampak masa nak bersetuju pun tak taulah....mungkin anak2 dia semua dah besar dan tak perlu dirotan...

Aku setuju kalau ibubapa atau penjaga yang memukul anak2 kecil sehingga setengah mati atau sampai mendatangkan kecederaan yang kekal itu dihukum dengan sewajarnya....tapi kalau rotan sekadar memberi pengajaran pun nak kena hukum gak...aishhhh memang naya.....dapat plak bangsa budak jenis bijak...pandai memanipulasi dan mengadu domba dan mereka cerita....memang boleh jahanam keluarga dibuatnya.....

Rumah aku ada rotan...sebab bila nak ajar anak...lagi2 bila tengah angin....kalau ikutkan bercakap tu lagi bahaya sebab effect pada hati sebab makan dalam dan masa depan anak2 itu....sebab kata2 yg keluar dari mulut seorang ibu bagaikan doa....kadang bukan guna pun rotan tu....buat eksen2 jer.....

Contoh nak suh mandi....cakap sehabis baik pun dia tak dengar....last2 ambik rotan....tunjuk...dan rotan pintu....barulah lintang pukang semua lari masuk bilik air atau buat apa yang disuruh bila suruh guna mulut langsung tak berjalan.......

Jangan plak pasni penuh penjara ngan makbapak yang merotan anak sebab bertujuan mendidik.....tak dapek nak dibayangkan.....

Apapun.....

Rotan bukan budaya tapi Sunnah...



Friday, January 23, 2015

Cerita Paling Pendek Tahun Baru 2015

Salam semua...

Dah nak masuk 3 per 4 bulan Januari 2015 baru aku terhegeh hegeh nak letak entry.....aku memang bizi....buat apa pun tak tau....ehhh jap ...oohhh banyak benda lorr kena buat.....lagi2 sejak buat perkhidmatan membekal line2 secara online....rezeki Allah nak bagi mana pernah salah alamat.....#alhamdulillah

Baru nak masuk tahun baru ni pun negara Malaysia kita yang tercinta telah diduga dengan pelbagai kejadian sehingga dengan cepat telah melakar sejarah awal tahun....dengan kapal terbangnya....dengan banjirnya dan macam2 hal ehwal remaja malaysia yg tersilap naik pentas.

Yang paling hot sekarang ni rasanya pasal penaja AJL dan peserta pengganti AJL....aku nak komen lebih2 pun tak tau sebab aku tak tengok AJL dan apa yang viral tentang perkara itu.....

Bagi akulah...adalah lebih baiknya kita elakkan diri dari komen2 benda2 yang tak berfaedah.....oleh kerana kita tengok benda tak berfaedah maka tak hairanlah akan keluar komen yang sama level....bukan semua benda boleh buat suka2 jer.....kiri kanan kita kita ni ada yang menulis...ingat kita sorang jer ker yang terer tulis komen.....komen malaikat sebelah menyebelah ni takmo ambik kira ker....???

Aku sedar aku pun kadang2 terlupa yang ada pencatit kat kiri kanan aku...makanya kadang2 akupun terover komen......mujur2 aku bukan orang popular dan hikmahnya sewaktu aku komen lantang bebas bak gagak waktu petang sebelum kena tembak Majlis Bandaran...Allah masih sudi melindungi aku dari popular secara bodoh kerana komen2 bodoh dan cari pasal dilaman sosial...

Jika kesedaran pun dah diberi.....harap kita semua dapat mengelakkan diri ....kalau boleh jangan sampai lupa diri bila menulis komen....tu yang bahaya....silap2 Allah izinkan orang lain meng'viralkan komen atau perlakuan kita dan membuat kita popular secara tak rela......diri sendiri  , ahli keluarga , saudara mara dan kawan yang sayang kita pun terkena tempiasnya...umpama kerana nila setitik...rosak susu sebelanga......

Oklah.....itu jer....ada masa aku nak tulis lagi...banyak nakciter ni....ada pasal sekolah anak2...ada pasal kereta xsident dan macam2 lagi....

Entry ni takder gambar......mahap yer.....