Friday, June 6, 2014

Apa Yang Lebih Salah Dan Haram Dari Ter'makan Coklat Cadbury

Asalamualaikum..

Mungkin aku agak ketinggalan dalam isu coklat yang kejap ada dan kejap takder DNA Babi ni....tapi sebenarnya bukan aku ketinggalan cuma tak berkesempatan nak ulas isu ni dalam blog....

Tapi....tahukah korang apa yang lebih salah lebih haram dan lebih berdosa dari ter'makan coklat cadbury yang telah diuji KKM mengandungi DNA Babi....???

Boikot tiada kesan..?
Ada 2 insiden terbaru boleh jadi sandaran.
1. Pilihanraya di Mesir. Dengan % keluar mengundi hanya sekitar 12% sehingga hari mengundi ditambah sehari lagi. Bahkan diugut pula yang tidak keluar mengundi dengan denda, As Sisi dimalukan dalam sejarah pilihanraya paling buruk di Mesir (bahkan antara yg paling buruk di dunia).
2. Cadbury - meskipun statusnya kini difatwakan halal oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, sebahagian besar umat Islam mungkin telah menjauhi cadbury dan beralih ke cokelat jenama lain. Cadbury tidak lagi menguasai pasaran cokelat di Malaysia bahkan imejnya mungkin telah rosak dan tidak mungkin pulih untuk jangka waktu yg lama. Sukar umat Islam hendak memadamkan dari ingatan tentang DNA babi yg dikesan pada dua produk cokelat'nya. Umat islam tidak sekadar memboikot 2 produk khusus bahkan akan memboikot semua produk termasuk cokelat, ice cream, minuman, biskut wafer. Kini isu halal atau haram produk cadbury turut menjadi isu di Indonesia.

3. Bagaimana degan boikot produk yang terbukti menyumbang kepada ekonomi israel.?

Dr. Hafidzi Mohd Noor.
Pengerusi,
Aqsa Syarif.

 
Yerrrr......inilah yang aku nampak dan lihat....majoritinya memang gah memang gagah memang bangga memang kuat ....memang jihad giler khinzir untuk memboikot Coklat Cadbury....

Tapi.....

Sayangggggg.....

Nampak MCD nampak STARBUCK nampak NESTLE suma gagal....alasan tak berdaya tak mampu dan macam2 alasan ada.....senang cerita BOLEH MATI TERUS KALAU TAK BERDAMPING DENGAN 3 PRODUK NI....

Padahal inilah 3 produk terpenting yang org islam terutamanya kat MALAYSIA ni kena BOIKOT dengan sehabis-habisnya....

Termakan coklat yang tercemar dengan dna babi secara tak sengaja....insyaAllah Allah akan ampunkan.....sebab tak sengaja....

Tetapi 3 produk utama ni yang meyebabkan setiap hari setiap masa saudara2 kita dibunuh dengan hasil setiap sen royalti yg kita beli dengan sengaja....agak2 Allah nak ampunkan tak....???

Kita adalah punca mereka ditembak dan dibom.....kita yang menyumbang kepada kematian dan kemusnahan negara Islam yang lain....kita penyebab anak2 kehilangan makbapak...kita menyebabkan keluarga harta benda dan macam penganiayaan dan kezaliman kepada mereka...yakni saudara2 kita...

Apa yang kita nak jawab dihadapan Allah swt nanti.....

Jadiiii.....masih mau makan MCD lagikah....??? masih mau lepak kat STARBUCK lagikah..??? dan berjimat dengan produk NESTLE lagikah...???

Kalau masih larat dan tergelan untuk telan ....syabas aku ucapkan sebab kau lebih kejam dari zionis....

sebab kau adalah zionis yang tak terlihat.....tapi terlibat atas setiap titisan darah dan air mata mereka....

---> jangan pohon doa kedamaian untuk mereka jika kau sendiri pun terlibat dalam kemusanahan mereka.....

Kan molek dan bagus jika semua yg merasa jijik terhadap Cadbury memandang jijik juga pada Mcd Starbuck dan Nestle.....rasanya penaja2 zionis semua akan fikir masak2 sebelum nak bagi sumbangan yang berterusan pada rejim2 zionis.....
Kita ni tak akan mungkin dapat kesana membantu saudara2 kita....derma pun bukan selalu kita buat.....tapi tiap sen yg kita keluarkan membeli produk2 yang memang pemiliknya dah dibagi Anugerah Rejim Zionis tu sangat2 membantu mereka membeli dan menanpung keperluan senjata2 untuk memusnahkan negara2 Islam yang terlibat...

Dan boikot bukan bermusim...


Aku faham....memang susah nak elak terus....dan bukan semua wajib diboikot...ada sesuatu yang kita sendiri tak boleh nak elak langsung dari TIDAK menggunakannya....tapi yang pasti....haya 3 atau 4 produk yang piling mashyur ni banyak membuat kerosakkan dengan memberi sumbangan kepada Rejim Zionis.....

Bukan semua yahudi dan israel itu Zionis......sama macam kita juga.....bukan semua melayu itu Islam.....

Kalaupun setelah membaca entry ni dan korang tetap dengan pendirian dan nafsu nak makan Mcd dan Starbuck semua....terpulanglah...siapalah aku untuk menghalanganya.....

Tapi....mohon jangan menunjuk-nunjuk sangat akan kebanggan korang menyekik Mcd Dan Starbuck bagai pada umum.....sungguh aku jijik dengan perbuatan itu dan merasa korang bukan sahaja tak membantu tapi menghina saudara2 seislam korang dengan sengaja tanpa rasa bersalah......takutnya kalau nanti korang bakal dicemuh dan dibenci oleh saudara2 islam yang lain.....

Syurga dan Neraka hak milik Allah...siapa didalamnya juga hanya Allah yang akan menentukan...bukan yang makan Mcd atau tak makan Mcd yang tentukan....

Ohhh...kalau korang nak tahu....Jamie Oliver pun BOIKOT Mcd....walau bukan kerana sebab Rejim Zionis...tapi Jamie Oliver kata...makan Mcd memang tak sihat....makan Mcd umpama makan sampah dan racun.......

Bagilah sejuta hujah , hadis dan fatwa macamanapun kalau korang tetap nak jugak....silakan... yang boleh menghalang seseorang dari makan hanyalah MATI.....

Tak makan tak mati...makan mesti ada yang mati.....

The End....

Nota Notis ---> yang tulisan kaler merah tu aku ambik dan aku ubah suai ejaan dari page Aqsa Syarif...yang tulisan biru tu pulak ...status aku sendiri kat FB dan aku #copypaste masuk dalam blog....

Post a Comment