Tuesday, March 4, 2014

( Isu ) Apa Pasal Artis Lagi Penting...??

Aiiiii....entah apa2lah nak jadi ngan orang 2 yg suka buka aib dan kisah rumah tangga org lain dan diri sendiri.....bukan ker kita sekarang ni ada isu yang lebih penting yang wajib difikirkan selain mengumpat keji mencaci hina orang lain yang tersalah langkah....

Aku bukan suka nak baca sangat2 isu artis khawin cerai curang rampas blablablablabla.....tapi ada isu baru tentang satu artis ni yang namanya Hanes Suraya.....mula2 aku tak taupun sapa Hanes Suraya ni....lepas gugel baru tau....maaplah yerrrr...aku tak tengok Melodi Meletop Propaganza dan apa2 saja rancangan melibatkan gossip artis.. bukan tak layan...tapi tak ingat bila dan rasa tak penting plak nak tengok....lakonan pertama dia aku tengok rasanya cerita Suri...lain2 darama ke filem kalau ada aku tak pernah amik tahu....tapi disebabkan beberapa rakan kat pesbuk dok up status pasal HS ni camni camtu dan blablabla...aku pun gugel....bila gugel aku baca apa kes sebenarnya.....tapi apa kita baca pun kita tak boleh percaya....kita bukan dia dan tak berada di tempat dia....

Lepas baca 2 ke 3 blog pasal HS ni...kesimpulan yang aku buat ialah....hurmmmm kalau dah tak suka....air laici pun dikata tuba....

Kalau ikutkan pembacaan aku melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri kepada pakwe HS ni.....nampaknya rumah tangga diorang goyah lepas 2 bulan lakinya berkenalan dengan HS....aku tak rasa si HS tu bodoh sangat nak kapel ngan laki orang kecuali si HS tu kena kelentong awal2 dengan si laki orang tu.....sebab si HS yakin yang pakwe dia tu bukan laki orang sebab tulah HS kelaurakan kenyataan yang pakwe dia adalah seorang duda dan bukan suami kepada seseorang....

Tambah sakit hati dan simpati pada isteri yang dicurangi....ialah sewaktu susah bersama sehingga mencapai kejayaan dan kekayaan....akhirnya selepas senang....bermain dengan perasaan orang dan melukakan hati si isteri....yang jelas bagi aku bukanlah si HS tu yang melukakan hati si isteri...tapi suaminya sendiri....tepuk sebelah tangan takkan berbunyi....walaupun si HS salah kerana tersalah pilih suami orang sebagai pakwe...kena tengok salah si laki tu....kompom si lelaki orang yang dah matang kerana dah bekeluarga dan mempunyai anak serta dah pernah bersusah payah....lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya....dah nyata yang si lelaki tu dah menipu kedua-dua wanita iaitu si isteri dan si HS.....

Aku bukan nak bekap si HS tu.....takdo kerja weihhhh...cuma kalau nak dipersalahkan atau nak dihamun baik hamun dan tuju segala punca pada si suami merangkap pakwe HS......

Aku harapkan semoga perkara ni tak berpanjangan dan tak dipanjang-panjangkan oleh org2 yg kejar PV....akhir kata....jangan main mercun nanti putuihh jari....

Post a Comment