Monday, November 4, 2013

( Resepi ) Kuih Ketayap

Assalamualaikum....

Pagi ni lepas mak masak mee goreng...aku plak bikin kuih ketayap... intinya dah aku buat dulu beberapa hari yg lepas....cadang nak buat2 time haiti bawah pokok rambutan... tapi tak jadi....sebab sekarang ni asal petang jer hujan...asal hujan jer petang....ehehehe

Sebut pasal adunan ketayap nih...bancuhan'nya aku buat macam bancuhan roti jala..malas nak gugel....rasanya bolehlahhhh....lembut berlemak jer kulitnya....

Oklah....jom kita cekidot dulu resepinya....ooops lupa plak nak bagitahu yg aku terlupa nak sukat segala bahan2 dengan tepat...ni pun men ingat2 dan lebih2 kurang je....bagi aku asal cair jer oklah....hahahaha

Harap ada yg sudi mencuba....

Resepi :- Kuih Ketayap

Bahan2

3 cawan - tepung gandum
2 cawan - air pandan
*1/2 sudu kecil - pewarna epal ( jika tak cukup hijau ) 
1 biji - telur
1/2 cawan - minyak masak
1 sudu kecil - garam
air - secukupnya
inti kelapa - secukupnya

Cara2nya

1. Adun semua bahan dalam bekas yg sesuai.

2.Tambah air mengikut kecairan yg sesuai.Tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.

3. Blend semua adunan sehingga sebati.

4. Panaskan kuali leper dan letak sesenduk adunan atas kuali.

5. Masak guna api sederhana besar.Tak perlu balikkan.

6. Siap dan boleh letak inti kelapa dan gulung padat.

7. Boleh dihidangkan bersama teh o kurang manis .

Selamat Mencuba....!!!

Post a Comment