Sunday, July 21, 2013

Tragedi Anak Lemas Dalam Kereta...---> Cuai Atau Takdir...???

Assalamualaikum...

Sebelum teruskan pembacaan marilah kita sama2 sedekahkan Alfatihah pada arwah sikecil dan semua arwah2 yg telah mati lama atau baru... walaupun dah termaktub sesunggunhya arwah adalah salah seorang ahli syurga yg dijanji Allah...


Al-fatihah.............

Masa mula2 aku baca cerita ni.... aku rasa macam pernah aku baca cerita yg hampir2 sama macam cerita yg baru2 ni...rupanya memang dah banyak kes seperti ini berlaku di Malaysia.....








Kat atas ni antara kes2 kematian yg sama....

Aku bukan nak mempersoal kenapa dan mengapa ianya berlaku...tetapi aku lebih kepada nak nasihat kepada pengomen yang mengomen mengikut emosi....kalau yg komen tu org kafir tak apalah...lantaklah dia nak komen macamanapun...tetapi rata2 yg komen cam "sohai" ni ialah manusia yg mengaku beragama islam...kalau benar korang orang islam yg mengamal dan beriman dengan agama islam...apa rukun iman yg ke 6...?? tau ke tak...?? rukun iman yg ke 6 ialah beriman dengan QADA dan QADAR...tau tak apa itu QADA dan QADAR...?? tak tahu...?? QADA dan QADAR tu ertinya kita redha dengan segala takdir dan ketentuan dari Allah samada yg Baik atau yang Buruk....


Tak siapa minta ianya terjadi tetapi mungkin ini adalah jalan untuk kedua ibubapanya untuk melangkahkan kaki kesyurga dengan mudah bila tiba saatnya nanti.....maka beruntunglah kedua mereka yg kematian anak sebelum akil baligh kerana si anak pasti akan menolong mereka selagi mereka taat dan patuh pada perintah Allah swt sebelum mati menjemput mereka pula....



Bagi aku tiada istilah cuai dalam hal2 yg macamni....percayalah...andai kata belum ajalnya pada hari itu dengan cara yang begitu...tanpa izin Allah pasti takkan berlaku....




Contohnya begini.....

Kita bukan seorang yg pelupa....kita juga bukan seorang yg cuai lagi2 terhadap keselamatan dan kebajikan anak.....

Tapi pada suatu hari...Allah telah menutup ingatan kita pada perkara2 yg penting...Allah tidak mengejutkan hati kita pada hari itu untuk berpatah balik ke kereta...Allah telah alpakan ingatan dan hati kita terhadap anak kita dengan kerja dan tugasan2 seharian kerana pada hari itu ajal anak kita sudah tertulis akan diambil pada hari itu dengan cara yg begitu....dan dengan takdirnya juga pada hari itu pulak tiada seorang manusia pun yg lalu lalang dikawasan sekolah walaupun pada hari itu sepatutnya hari yang sangat sibuk....



Andai kata itu bukan takdir ajalnya...pasti selepas keluar daripada kereta si ibu pasti teringat akan anaknya yg berada didalam kereta....kalau bukan ajalnya juga pasti selang beberapa minit si ibu pasti akan berasa tka sedap ati...kalau bukan ajalnya pasti ada sesuatu barang penting yg akan tertinggal didalam kereta dan akan menyebabkan si ibu pergi ke kereta untuk mengambilnya....kalau bukan ajalnya juga pasti ada yg melihat si anak didalam kereta sedang meronta - ronta untuk melepaskan diri....kalau bukan ajalnya juga 10jam dalam kereta pun belum tentu si anak akan mati....percayalah pada Allah...jika Allah berkehendak sesuatu itu berlaku pasti ianya tetap akan berlaku.....begitu juga sebaliknya....


Semoga selepas ini kita2 semua akan lebih prihatin lebih sempurna akal fikiran bila memberi komen....marah itu bukan hak kita....

Dalam pada ini aku tutup dengan doa yang selalu aku panjatkan kepadaNya...

"ya allah ya rahman ya rahim.... aku berdoa memohon padamu agar engkau sentiasa melindungi anak2ku dan keluargaku dari sebarang musibah,bala bencana dan bahaya...lindungila mereka sebagaimana engkau sentiasa melindungiku dari sebarang malapetaka....janganla engkau alpakan hati dan fikiranku terhadap mereka...sesungguhnya hanya engkaulah sebaik baik pelindung kepada hamba2mu....." aminn

---> sumber gambar adalah GOOGLE dan sebahagian isi yg lain2 aku rujuk dari SINI dan SINI juga SINI

Post a Comment