Sunday, July 28, 2013

Resepi :- Puding Roti Karamel

Assalamualaikum...

Percayalah....korang tak salah masuk blog punya....memang aku rasa dah sampai masa untuk aku tingkatkan pv blog ini dengan mengumpan korang sebagai pembaca mengunakan resepi/makanan....hahahaha

Aku harap umpan aku mengena dan taktik aku berjaya....walau terpaksa berpaling tadah sekejap dengan blog Tong-Gas79....kejap jerrrr...nanti pv dah capai sasaran aku pasti akan patah balik kesitu juga....

Okaylah....selama ini aku agak cuak nak buar dizet2 yg camni....maklumlah tak biasa...macam susah jer tengoknya....tapi hari ni aku janji dan aku yakin akan buat dizet ni walau apa cara sekalipun....jadi atau tidak belakang kira yang penting cuba dulu baru tahu....

Aku ajak kakak tolong aku....biar dia biasa dengan dapur dan minat...tapi memangnya anak2 pompuan aku suka ajer kalau aku ajak tolong buat apa2 kat dapur....cuma Cinta jer yg biasanya ikut mood dia...kalau Qaseh pulak memang tak payah suruh laju jer nak tolong....ada satu ketika masa dia belum pandai sangat nak susun ayat...dia kata..."mama...nanti baby besar...baby nak jadi pemasak..." aku pun ia'kan ajerlahhh...pemasak pun pemasak'lah nak oiiiiii ---> macam aku pernah cerita jer kat korang pasal ni....hurmmmmm

Maka setelah asik2 tengok resepi asik2 tengok resepi maka terhasilah juga dizet untuk iftor hari ini....alhamdulillah......

Sedikit perkongsian

Maka tanpa bazir2 masa korang yang sangat berharga....aku tuliskan resepi yang aku ambik sebijik2 dari blog Secubit Garam @ nor67 ....walau banyak2 resepi yg ada...resepi dan cara penyampaian dari beliau yang buat aku lebih faham dan berkeyakinan nak mencuba.....----> chewahhhhhhh



Resepi :- Puding Roti Karamel
Sumber :- Secubit Garam

Bahan Karamel

2 sudu besar - gula pasir
1 sudu besar - air

Bahan2 Puding Roti

4 keping - roti sandwich
3 biji - telur gred A --> pukul sedikit ( jangan sampai berbuih pulak ) sehingga sebati kemudian tapis
1cawan - air suam
1cawan - susu cair
1/2 cawan - susu pekat
1 sudu kecil - esen vanilla

Cara2 Buat Karamel

Panaskan kuali dengan api sederhana....dan letak gula...biarkan cair baru tambah air...kacau sebati baru tuang dalam loyang dan ketepikan....TETAPI..... cara yang aku guna ni tadi telah menyebabkan karamel tak rata dalam loyang....maka aku tenggek balik loyang atas api untuk cairkan kembali karamel yang telah mengeras dan tak merata dengan menggunakan api kecil....semasa karamel mencair...ratakan karamel ke segenap loyang...

Cara2 Buat Puding Roti

1.Panaskan kukusan dulu dan tenggek loyang berisi karamel tadi

2.Carik2kan roti masukkan dalam pengisar.

3.Kisar roti dengan air suam dan susu cair dahulu sehingga sebati.

4.Masukkan kedalam pengisar telur yang dah di tapis tadi bersama esen vanilla dan susu pekat dan kisar lagi sehingga teradun mesra.

5.Tuang semua bahan kisar ke dalam loyang yang dah standby awal2 dalam pengukus.

6.Kukus selama 30 hingga 40 minit guna api sederhana kuat.

7.Siap kukus dan agak sejuk bolehlah diterbalikkan ke atas pinggan yang sesuai.



Okay geng...Selamat Mencuba...

---> aku tengah nak draft resepi nasi arab plak....takut terlupa....ehehehehe


Post a Comment