Sunday, May 26, 2013

Jadi Ibu Bukan Tiket Untuk Menyumpah Anak


Assalamualaikum...

22 Mei 2013 yg sudah
....genaplah umur kakak 9 tahun...alhamdulillah....dalam pada aku mensyukuri rahmat Allah kerana memberikan aku permata hati yg begitu beharga...aku teringat satu cerita yg aku tengok kat Melodi masa ahad sudah....aku pun bukan mengikuti sangat kisah2 artis ni....kebetulan terbukak tv dan tertengoklah kisah2 kat Melodi ni....

Aku rasa cerita yg paling hangat masa tu memang cerita pasal Afiq Muiz yg disumpah oleh ibunya bak siTanggang...

Sepembacaan aku...rata2 semua salahkan Afiq Muiz....rata2 semua kata AM yg bersalah AM kena minta ampun dan maaf AM kena sedar diri AM kena ingat ibunya yang mengandungkan'nya dan blablabla...senang cer semua salahkan AM...well.....aku tak tau apa kes pun...tapi mengikut komen dari mak aku yg cuma dengar keluhan dan tangisan AM kat Melodi sangat bertentangan dengan komen2 yg aku baca....

Mak aku kata....apapun kesalahan si anak... sebagai seorang ibu... ibu AM tak patut dan tak boleh kata anaknya derhaka apatah lagi menyumpahnya....

Memang aku setuju 2juta peratus...namapun anak... anak ni sentiasa buat kesalahan kesilapan yg kadang tak disengajakan...

Sebagai seorang ibu... nak2 jika ibu itu seorang ibu yg beriman takkan tergamak nak menyumpah seorang anak yg melakukan kesilapan apatah lagi melabelkan anak itu sebagai seorang yg derhaka...tahukah ibu itu gelaran derhaka itu bagaimana kesannya kelak pada si anak dan natijahnya yg akan si ibu itu dapat...????

Kan betul... akhirnya si anak betul2 jadi derhaka pada ibunya... sumpahan dan kata gelaran yg diberi dari ibu kepada anaknya dah menjadi kenyataan... 

Ibu AM patut mengawal emosi...jgn terlalu mengikutkan perasaan memiliki si anak...sungguhpun dia anak tapi tak bermakna dia kena mengikut kata tunjuk si ibu sampai bila2....

Apa yg aku tengok dan aku peratikan sebenarnya ini juga adalah kesilapan dalam didikkan... percayalahhh

Taat si anak pada ibubapa bukan benda yg boleh dipaksa...bagaimana acuan begitulah kuihnya...kalau si ibu jenis menjaga kata dan bahasa si anak pasti begitu juga...

Benda2 ni ada berlaku disekeliling kita.. tinggal kita perhati dan teladani mana yg baik dan buang mana yg buruk...

Penyelesaian'nya ... dua2 kena bertaubat dan dua2 kena muhasabah diri... si ibu kena ampunkan anak walau si anak tak minta ampun... si anak kena meminta ampun dan maaf walaupun si anak rasa dia tak bersalah... selepas itu...si ibu kena redha dan terima pilihan si anak dan sentiasa mendoakan yg terbaik buat si anak walau si anak tak minta... si anak plak kena lebih pentingkan si ibu walau si ibu tak meminta....itu jer nasihat dan saranan aku yg tak mungkin sampai kepada keduanya...

Sungguhpun syurga berada ditelapak kaki seorang ibu... bukan bermakna ianya tiket untuk menyumpah si anak apatah lagi memanggil si anak itu dengan panggilan " ANAK DERHAKA " ... sebab mungkin si anak derhaka kerana kita juga " DERHAKA " terhadap amanah dan anugerah dari ALLAH SWT ... renung2kan dan selamat beramal soleh...

--> full publish with iPhone 4s
Post a Comment