Wednesday, April 24, 2013

Bila FTEC Sakit Dan Jadi Kosong

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua....hari ni takder WW....aku nak cerita pasal kisah 3 4 hari lepas....FTEC kesayangan aku tetiba problem...problem yg tak boleh aku settle'kan....tapi aku tahu hanya satu tempat yg boleh aku tuju...

Walaupun mula2 aku agak cuak sebab kemungkinan masaalah tu adalah besar...tapi jangan lupa doa semoga FTEC aku masih dapat diselamatkan....hanya satu orang tu jer yg boleh bantu dan menyelesaikan masaalah FTEC aku dengan berjayanya....---> mohon aku kepada Allah

Untuk itu aku dan inchik dd bekejar ke selayang setelah beliau memberi kesanggupan untuk mengubati penyakit FTEC aku yg kelihatan nazak dan tenat....

kejadian yg amat membimbangkan

masaalah apakah ini.....???

ohhhhhh...tidakkkkkk
Akhirnya setelah beliau bertungkus lumus berjam-jam lamanya sehingga ada skru tertanggal yg hilang berjaya diumpainya semula.....beliau berjaya me'nyettelkan masaalah aku dan membaik pulh FTEC aku agar boleh berfungsi dan dapat aku gunakan tanpa sebarang masaalah...

Cuma segala fail segala gambar yg tersimpan didalam ini tak berjaya diselamatkan....semuanya jadi kosong kosong kosong.....

Tapi aku tak kisah sangat pun...takderlah sampai aku tebayang-bayang akan segala yg hilang itu....seriusnya aku terima dengan hati terbuka....beliau memang dah terangkan kat aku yg kemungkinan besar segala gambar dan fail2 dokumen yg aku simpan dalam tu pastinya akan hilang....

Okay fine...aku tarik nafas dalam2 dan merelakan serta mengikhlaskan segala kehilangan itu...sudahnya hati aku rasa lapang....tak sikit pun rasa ralat dan menyesal...bagi aku Allah lebih mengetahui apa yg sepatutnya terjadi...

Paling penting dan paling aku rasa bersyukur sebab kesudian beliau membaik pulihkan FTEC aku sehingga berjam-jam lamanya....terharu aku....

Kini FTEC aku memulakan khidmatnya dengan nafas baru dan memori baru....tiada memori lama.....mungkin memori lama itu tak perlu disimpan tapi hanya untuk dikenang dan biarkan perlahan-lahan hilang dibawa arus zaman...

Terima Kasih atas jasa2mu...."kamu tahu siapa kamu....."


Post a Comment