Friday, March 8, 2013

Alhamdulillah....Akhirnya Aku Kena Tipu

Assalamualaikum....

Mula2 aku nak ucap Alhamdulillah....selepas tu Innalillahiwain'nailahi'rojiun....aku tak rasa berat hati nak tulis hal ni kat blog...aku harap hal ni dapat dijadikan iktibar buat sesiapa....---> rugi giler kalau ada yang tak baca blog aku ni....miahahahaha.....tapi takper...aku ada silent reader yang sentiasa menyokong aku dari belakang blog....mekasih silent reader...

Aku sebenarnya tak sangka sama sekali hal ini akan terjadi...selepas dua hari baru aku tersedar...patutlah hati aku rasa kurang sedap jer.....nasib baik ujian tu hanya untuk 2 hari...kalau seminggu dua minggu camner plak...??? mungkin semua ini terjadi kerana hati aku pernah ingin merasa satu ujian dariNya...---> berhati-hati dengan hajat dan keinginan kerana Allah Maha Mengetahui....aku ingin uji setahap mana kesabaran dan keimanan dalam hati...sebab ada satu pagi tu aku dengar tazkirah kat radio Ikim.fm tentang Mendidik Hati dan Tiada Had Dalam Kesabaran....kalau takder ujian camner aku nak didik hati aku kan.....makanya dua hari yg lepas Allah beri aku satu ujian...hanya petang semalam jer aku tersedar yg aku rupanya telah ditipu....

Kalau ikut hati rasa macam nak buat macam kebanyakkan org buat apabila kena tipu...iaitu updet kat FB dan Tweet....tapi aku kontrol....aku cuba menangani isu ini sendirian....aku tak nak kecoh2...aku nak buktikan pada diri sendiri yang aku boleh dan mampu mengharunginya....selain dari tu aku tak nak cerita kat ahli keluarga aku sebab aku rasa ini hal kecik jer....aku yakin aku boleh atasi...dan aku juga tak nak mak dan inchik dd terkejut dengan kerugian yg aku alami kerana ditipu....aku tak nak emosi mereka tercalar dan terganggu....sebab aku tahu diorang semua akan susah hati dan rasa kesian kat aku....ialah...bukan senang aku nak cari modal tu....aku bersengkang mata jaga anak orang...seluruh tenaga dan usaha serta masa untuk melepak dah pun aku korbankan....seakannya hasil titik peluh aku diorang sapu habis....yang aku dapat hanyalah kepenatan....

Waktu tu jugak otak aku ligat memikir camner nak hilangkan debaran rasa ditipu....entah camner aku teringat pada tazkirah yg aku dengar kat radio Ikim Fm bebrapa minggu yg lalu...lalu aku ucapkan banyak2 dalam hati Innalilllahiwain'na'ilaihi'rojiun....maknanya...dari Allah dia datang kepada allah juga dia kembali....mungkin selama ni kita ucap kalimah itu hanya apabila ada orang meninggal...ustaz tu juga kata...kalau motor kereta kita hilang ker duit kita hilang ker rumah kita terbakar ker...maknanya semua tu dah tamat tempoh untuk kita guna atau simpan...semua yang berlaku tidak akan terjadi tanpa izin dari Allah....

Apa perasaan aku....???

Perasaan aku selepas menyedari aku ditipu memang amat letih.....rasa mengantuk pun ada...dalam hati aku istighfar banyak2....sambil tu juga aku bersyukur kerana ini adalah pengalaman aku yg pertama sejak aku menjalankan perniagaan online....bersyukur juga sebab nilai penipuan mereka2 tu tak melibatkan ribu riban....aku tahu hal2 ini terjadi pasti bersebab...pasti ada hikmahnya dan pasti Allah sedang mengatur dan merancang yg terbaik untuk aku nikmati dikemudian hari....


Petang tu aku cari sesuatu yang boleh mententeramkan hati aku yg sedang dilanda perasaan dukacita dan nestapa.....lalu aku jumpa ini....aku membacanya berkali-kali...





Selepas maghrib aku buat solat sunat taubat...aku mengaji...aku baca zikir Nabi Yunus sebanyak yg boleh...apabila aku mula rasa hati aku mula nak condong rasa kecewa aku lagi baca dan baca dan baca...aku cuba melawan hasutan2 yg akan membuat hati aku goyah pada qada dan qadar....lepas isya pula aku layan anak2 dengan kasih dan sayang...aku penuhi segala permintaan mereka...aku terima kenakalan mereka dengan senyuman...dalam hati tak putus aku mohon agar Allah bantu aku mengharunginya...

Sedikit demi sedikit hati aku mula rasa satu kelainan...kepala otak aku pun dah tak pikir kerugian yg aku alami akibat dari penipuan si penipu...aku mula terima yg itu adalah rezeki untuk mereka si penipu....minda aku kembali terang....semangat aku kembali segar....aku akui yg Allah telah menetapkan rezeki untuk semua makhluknya...tak kira manusia atau haiwan atau tumbuhan....mungkin rezeki si penipu dua hari yg sudah tu datangnya dari aku....dan hari2 yg seterusnya dari orang2 lain....yer...Allah telah menetapkan rezeki dia dengan cara yang begitu....

Aku tarik nafas yg dalam dan ku hela dengan rasa gembira...aku kembali senyum...senyuman yg puas kerana aku sedar Allah sentiasa berada disisiku....memang tak sia2 aku mengadu denganmu Allah....dalam tempoh yg singkat aku dapat merelakan dan meng'ikhlaskan duit2 aku yg ditipu mereka....walau aku tak kenal pun mereka tu siapa...aku ikhlas memaafkan dan menghalalkan penipuan mereka terhadap aku...

Kenapa....??

Dosa kita dengan Allah bila2 masa selagi nyawa masih dikandung badan...kita boleh bertaubat dimana jua bila2 masa...dan insyaAllah taubat kita pasti diterima dan dosa2 kita pasti diampunkan Allah kerana Allah Maha Pengampun....tapi dosa sesama manusi hanya manusia sahaja yang dapat memaafkannya....lagipun aku tak nak jumpa diorang yg penipu tu kat akhirat....buat semak jer....serius aku da tak pikir hal tu lagi....aku kosongkan minda dari ion2 negatif....aku fokus untuk tidak berputus asa....sudahnya aku dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih osem....tapi bagaimana dengan sipenipu...?? tenangkah dia...tidur lenakah dia...?? mesti tak.....jadi amat kasihan aku pada mereka sipenipu...malam tidurnya tak lena.... sungguhpun tilam dan bantalnya beralaskan duit.....

Aku cuma berharap penipu2 akan diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt.....biarlah aku mangsa menjadi mereka yg terakhir....

Cukup sampai sini....insyaAllah ada masa aku akan updet dan paparkan nombor2 telefon yg penipu2 tu guna  untuk menipu....

---> aku amik masa 3 hari untuk siapkan entry ni....huhuhuhu


Post a Comment