Wednesday, February 20, 2013

Boikot --> Masih Ada Lagi Yang Buta Hati Tentangnya










Assalamualaikum....

Mula2 sekali aku nak kata ialahh.......hurmmmmmmmmmm.......

Aku sebenarnya susah hati sikit bila nak tulis pasal ni...ibarat cubit paha kanan paha kiri terasa juga....aku pun malas nak bising2 atau nak tegur2 kawan2 atau sedara mara yg masih tak rasa apa2 bila makan kat mcd...lepak kat starbuck....minum coca~cola dengan selamba sambil tayang2 kat kawan2 yang boikot bebenda yg ko hirup dan ko kunyah2 tanpa rasa bersalah....tapi dek kerana ramai yg masih macam tak ambil iktibar atau masih tutup mata walau tak buta dengan keadaan nasib rakyat palestine...suka atau tidak aku kena bersuara...

Memang betul memang benar dan sohih lagikan nyata yang ko beli makan tu semua pakai duit ko sendiri bukan pakai duit mak bapak aku...tapi kalo dah boleh tahan sangat nak makan segala benda yang orang kafir kat luar sana pun boikot demi kemanusiaan...ko tak yah nak tunjuk2 kat umum la beb...cukup ko telan sendiri diam2...jangan tunjuk bertapa bangga'nya korang mengunyah mcd dan melepak kat starbuck dan sedut coca cola kat orang lain yang boikot...aku menyampah tau tak....aku menyampah sampai kalo ada orang pos gambar diorang tengah melepak kat starbuck atau tayang prosperity burger mcd tu sampai aku tak bole nak like...secara tak langsung rasa hormat dan suka aku nak berkawan dengan ko akan terjejas....

Jangan cakap aku ni over atau tak berlapang dada....ini isu demi agama demi perjuangan...apa guna ko kata kesian kesian kesian kat rakyat palestin dan apa guna ko kutuk celaka celaka celaka kat zionis sedangkan ko masih mengunyah mcd...meminum coca~cola dan melepak kat starbuck....?? apa guna semua ucapan ko tu....sumpah aku menyampah ngan sikap orang yg baru 3 minit sebut2 pasal boikot dah bekejar ke mcd nak beli beger prosperity....puithhh betulllll

Aku harap sapa2 kawan2 aku yang dah ketagih sangat dengan 3 jenis brand makanan dan minuman ni iaitu mcd starbuck dan coca~cola terutamnya....TOLONG jangan pos apa gambar pun kat laman sosial...walau FB tu ko punya bukan jer ko yg baca...instagram tu pun walau ko punya tapi bukan ko jer yang tengok....so sila sorok2kan sikit tabiat buruk korang yg suka memakan mcd melepak kat starbuck dan meminum coca~cola daripada orang2 dan kawan2 yang ko tahu pendirian mereka....kalo ko hormati hak dan perasaan orang lain maka orang lain akan hormati hak dan perasaan ko jugak walaupun hak dan perasaan korang yg terus menerus memakan mcd meminum coca~cola dan melepak kat starbuck tu tak patut dihormati langsung.....

Segan arrr sikit ngan anak2 aku yg baru umur 9 tahun 7 tahun dan 6 tahun...aku tak yah terangkan banyak2 kat diorang...cukup aku tunjuk kat diorang apa sebab kita kena boikot produk2 yg menyokong zionis ni....apa yang pemilik2 produk ni lakukan dengan hasil dari keuntungan pembeli produk2 diorang...aku tunjukkan bertapa zalim'nya zionis...bertapa kejam'nya mereka terhadap rakyat palestine...

Sejak tu setiap kali ke pasar raya diorang sendiri akan alert dengan produk2 yg patut diboikot....walau aku cuba pancing diorang sekadar nak tengok bertapa kukuhnya pendirian diorang yg iman mungkin baru sekelumit keinginan pula sedang membara....tapi diorang pantas menolak dengan mengatakan tak mau guna dan tak mahu aku beli....

Padahal mana mungkin seorang kanak2 yang ceria dan aktif menolak sekotak koko crunch duo....macam tak percaya seorang budak boleh mengatakan tidak kepada burger dan kentang mcd yang panas atau sundae sejuk yang lazat berkrim....sekali dua mungkin mereka akan menolak tapi samapi bila....???

Alhamdulillah anak2 aku sangat istiqomah sejak isu boikot ni dibangkitkan....mereka berjaya menolak segala godaan dimana seorang dewasa yang terlebih dahulu makan garam tidak mampu dan tidak cuba untuk menolaknya....malulah sikit bhai....kalo tak malu ngan anak2 aku sila malu dengan Allah....cuba bayangkan seorang kanak2 palestine yg dizalimi berdiri dihadapan korang...masih bolehkah mengunyah burger didalam mulut...??? masih bolehkah meneguk setin coke...???

Kalau masih boleh...aku ucapkan Tahniah sebab nampak gaya korang lebih bersifat zionis daripada bangsa Yahudi sendiri....

Itu jerlahh aku nak kata......


Post a Comment