Friday, January 25, 2013

Ujian Keikhlasan

Assalamualaikum....

Selamat Pagi....!!!

Malam tadi adalah malam paling penting dan malam yang buat aku merasai nikmatnya dan manisnya sebuah keikhlasan....seiring dengan sambutan kelahiran Baginda.... Nabi Muhammad SAW

Aku diuji dengan penantian...aku diuji tanpa ganjaran...aku berperang dengan perasaan....tapi apabila aku merelakan semua itu...apabila aku redha atas ujian yang sekecil itu...tiba2 aku terasa akan ada satu perasaan yang amat ganjil meresap perlahan-lahan disegenap anggota...hati mula rasa tak sedap...tapi aku sedar air muka aku berubah wajah...mungkin sebelum ni dahi aku bekerut memikirkan...tapi ketegangan tu semua menjadi kendur...rasa kasih rasa sayang mula menguasai diri...

Aku tefikirkan bagaimana jika Rasulullah masih ada....bagaimana jika Rasulullah berada dalam situasi aku....pasti Baginda akan tangani segalanya dengan senyuman...

Memikirkan hal itulah hati aku jadi tenang...fikiran aku kembali jernih....aku hadapi dengan senyuman dan akhirnya aku dapat pegang satu title yang biasanya tidak boleh diukur oleh diri sendiri iaitu keikhlasan...kenapa dan mengapa aku tiba2 boleh tahu...sebabnya disaat itu....aku tak mengharapan apa2 balasan pun yang aku fikirkan masa tu cuma bagaimana Rasulullah menghadapi sesuatu ujian dan cubaan...

Percayalah....andai sifat2 Rasulullah dijadikan contoh dan teladan dalam setiap perbuatan....insyaAllah hati pasti gembira...jiwa pasti tenang...terasa Rasulullah dekat dengan diri memerhati tingkah laku umatnya...

sumber
--> ikhlas itu tanpa imbuhan ...ikhlas tak perlu cagaran....ikhlas juga tiada ukuran... carilah ikhlas dalam hatimu dengan berpandukan  hati yang jernih...jiwa yang tenang dan fikiran yang waras...
Post a Comment