Tuesday, October 2, 2012

Tak Patut Sungguh Ustaz Zahazan....




Assalamualaikum ya akhi ya ukhti sekalian....

Errr......sebenarnya aku baru jer dapat tahu kisah dan cerita ni...kiranya sampai hal ni sah settle'lah baru aku dapat tahu....tapi begitulah kuasa Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani....sentiasa melindungi hambanya yg bersabar dan redha dengan ujian dariNya...

Aku terbaca hal ni dalam satu blog... Tak silap aku blog Kaki Sembang rasanya....ialah...memang Blog Kaki Sembang...

Ceritanya pasal Ustaz Zahazan kata Nabi Muhammad tidak beragama selama 40 tahun... Whattt...??? Sapa dengar pun mesti sentap kannn ( kecuali org2 kafir dan org2 munafiq ) dan2 tu juga katanya ada sorang lagi Ustaz dengan konfiden dan macho'nya terus keluar status mengkafirkan dan memurtadkan Ustaz Zahazan dengan selamber tanpa usul periksa atau cuba menghubungi Ustaz Zahazan sendiri untuk dapatkan penjelasan dan kesahihan tulisan di akhbar itu....


Akhirnya Ustaz Zahazan diuji Allah dengan fitnah manusia...

Walaupun hal ni dah settle tapi aku cakap ngan koranglah..aku tak percaya sikitpun dengan kesilapan ter'fitnah yg majalah itu lakukan...kamonlahhh...first pasal Ustaz Zahazan tu pakar tafsir... pakar tafsir mestilah memahami isi kandungan Al-quran dan hadis2 yg sahih...dan lagi aku memang suka dengar Ustaz Zahazan punya tazkirah mengenai tafsir Al-quran beserta penerangan yg jelas dari turun'nya sesuatu ayat beserta sebab2nya sekali ....pelajaran tafsir Al-Quran yg Ustaz Zahazan ajarkan sangat2 buat aku rasa insaf dan rasa sentiasa ingin berubah menjadi y terbaik seperti yg dituntut agama islam....biasa aku dengar pagi2 kat siaran Ikim.fm...

Sambil gosok baju sambil layan kata2 darinya....sungguh aku ingin lebih tahu dengan lebih lanjut dan memahami segala isi Al-Quran dan beramal dengan'nya....

Well...isu dah tamat... Majalah tu pun dah minta maaf pada Ustaz Zahazan atas kesilapan yg berlaku...cuma tak tau'lah Ustaz yg menuduh dan memurtadkan Ustaz Zahazan tu dah minta maaf atau belum....aku harap Ustaz tu akan minta maaf kepada Ustaz Zahazan dengan kadar segera dan secara terbuka...kutuk2 pun secara terbuka... Minta maaf pun kena'lah secara terbuka....jadi tidaklah nanti Ustaz tu pun kena kutuk balik....kalo boleh dan ada rasa bersalah...bersemukalah....


Aku percaya Ustaz Zahazan mesti okay dan akan memaafkan beliau dan sesiapa yg pernah mengutuk beliau samada secara sengaja atau tidak....

Sedangkan Nabi kekasih Allah lagikan difitnah dan dibenci...inikan pula manusia biasa seperti Ustaz Zahazan dan kita semua....

Semoga hal ini dapat dijadikan pengajaran dan membuat kita lebih berhati-hati dengan setiap sumber yg kita perolehi....siasat dulu sebelum nak kutuk atau nak maki....paling tidak pun bagi masa 2 atau ke 3 hari untuk dapatkan respon dari pelbagai sumber...kemudia baru analisis...kemudian pikir kemudian barulah buat keputusan samada nak kutuk nak maki nak bekap nak buat dekkk kerrr...apa2lahhh

---> tanda akhir zaman...fitnah berleluasa....

---> sumber gambar dan info dari Kaki Sembang




Post a Comment