Wednesday, September 26, 2012

Susah Dan Senang Bermujahadah

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti semua...
Beberapa hari yang lepas aku dengar kat radio ikim.fm tentang tazkirah seorang ustaz tentang bermujahadah....yg best'nya waktu tu aku dengar dalam radio kereta dengan inchik dd...yesss memang bonus...bukan senangkan suami isteri nak dengar tazkirah mendidik iman dan diri bersama-sama....kebiasaanya sorang nak dengar sorang tak nak...biasanya belah² lelaki'lah...tapi tak jugak'lah...lelaki ker pompuan ker kalo hati tak nak cuba berubah kat radio kereta diorang mesti takder frekuensi 91.5 ....kannnn?. Sib bek aku ngan inchik dd memang menjadikan radio ikim.fm ini sebagai pilihan utama....banyak ilmu dan pengetahuan tentang islam dan iman yg dapat dikongsi dan dipraktikkan bersama-sama....makanya tak perlu aku untuk mengingatkan dia atau dia mengingatkan aku....
Balik pada tajuk....aku bukan reti sangat nak terangkan apa itu mujahadah...tapi aku lebih tertarik dengan huraian dan contoh yg diberikan ustaz tu tentang bagaimana rupa mujahadah....ini yg aku faham...kalo aku salah tolong betulkan...
Contoh....

Tutup aurat tu sebenarnya susah....buka aurat tu pun jugasebenarnya susah...cuma bezanya ialah bila diri rasa mula nak menutup aurat dengan sebenar-benarnya walaupun rasa rimas panas pada mulanya tapi jalan mujahadah yg dipilih itu adalah jalan yg diredhai dan diberkati oleh Allah swt....jalan yg akhirnya menuju syurga...Berbanding dengan susah dan payahnya tak menutup aurat...berpakaian seksi jarang singkat terbelah dan terdedah....tak kurang yg berpakaian tapi bogel...yg bertudung dan berbonggol ...yg bertudung tapi dada kedepan ...yg bertudung tapi berskirt pendek...yg bertudung tapi ber'legging dan kerosakkan paling teruk ialah bertudung dengan fesyen tudung jahiliyah....dia bermujahadah pada perbuatannya...tapi sayang dia bersungguh melakukan semua itu pada jalan yg Allah tidak redhai jalan yg menambah kemurkaan Allah...jalan yg menuju neraka....
Itu mengenai aurat tudung dan wanita...banyak lagi contoh yg ustaz tu cakap...mujahadah ini umpama perjuangan kita...perjuangan kita didunia untuk mengejar kemanisan diakhirat...aku harap aku juga akan meletakkan mujahadah sebagai azam utama... Aku nak didik aku nak ubah jiwa aku supaya menjadi kuat dan yakin....aku akan cuba bermujahadah seperti umat islam terdahulu yg berada dizaman dan disamping Rasulullah....

Aku nak xplen panjang² tak reti...tapi cukuplah aku dan inchik dd faham apa itu mujahadah.....jangan putus asa untuk terus berbuat baik biar apapun rintangannya....
Aku bermujahadah demi mendapat keredhaan dari Allah semata....
Sekian untuk hari ini....
Published with Blogger-droid v2.0.9
Post a Comment