Saturday, September 15, 2012

Kisah Kias Yg Bukan Aku Tak Mengerti

Assalamualaikum dan terima kasih kerana masih sudi baca2 cerita2 kat blog yg osemmm ni...wekkkkk

Ada satu cerita pasal hari raya ...bukan cerita makan2 tapi cerita org yg tengah makan...ni kiranya hidangan tambahan waktu makan'lah...aku bukan suka sangat dengar cerita org...tapi bukan bermakna tak suka dengar langsung....cumanya tak berapa suka dengar cerita yg tak elok tentang org lain....nak2 lagi cerita buruk pasal jiran2.....walaupun bukan jiran sebelah rumah tapi bagi aku dia tetap jiran...lainlah kalo jiran tu memang sengaja menunjuk-nunjuk pek'el buruknya...tu lain cerita....

Pada malam tu waktu tengah menjamu selera...dia pun bukak cerita...cerita dia amat open....maknanya bukan dia bercerita khas untuk sesiapa...tapi memang dia bercerita untuk bagitahu semua hadirin yg ada...memula dia tanya kat semua samada perasan atau tak sipolan tu ada perubahan dari segi kelakuan dan bentuk badan....aku cakap entahhhh...tak kerja aku nak peratikan bentuk badan org okayyyy....pastu dia bukak lah cerita dengan lebih lanjut....dan penyampaiannya ceritanya agak kias...sepatah kiasan dia tu aku dah boleh faham dengan apa yg dia cuba nak sampaikan...cuma dikalangan tetamu ada yg lelaki...makanya agak bertapislah ceritanya tu...dek kerana aku tak berapa nak putih cerah...makanya darah yg menyirap kat muka aku pun tak dapat dilihat oleh sesiapa...hati aku da mula rasa tak berapa nak sedap walau makanan depan aku sedap2 belaka....dia mula berkias tentang jiran yg dia tak cover sikitpun namanya...semua tetamu yer jadi tahu daripada tak tahu...niat aku yg nak makan agak banyak pun dah jadi ter'pause....sungguh aku faham apa yg dia cuba maksudkan...tapi dek kerana ada yg melayan tanya lagi dan tanya lagi...bersama pelbagai andaian dan tekaan yg entah betul entah kan tidak...aku dah mula panas punggung...telinga aku ni sungguh pekak sebelah tapi sebelah lagi masih berfungsi dengan baik...panas rasa telinga aku...darah dah berderau-derau laju dipam jantung...

Beb...aku tak kisah kalo cerita tu betul...tapi itu hanya dia punya sangkaan berdasarkan pandangan sahaja...cerita yg di reka dengan melalui sembang pagi petang ditepi tembok...apa kata tanya sendiri pada tuan punya badan samada betul atau tidak....sendiri tau org tu tak betul sikit jadi kalo ada benda buruk berlaku padanya itu bukan salah dia...dia cuma mangsa pada org yg suka mengambil kesempatan atas ketidak betulan'nya...patut simpati yg diberi bukan jadi yg pertama untuk mengadili...

Dalam bercerita...aku saja buat2 tak faham...aku jawab cerita dia dengan pertanyaan bodoh...sudahnya aku digelakkan dengan mengambil kesimpulan aku ni bodoh tak faham bahasa kias...sudahnya dia cerita dengan yg bijak pandai bahasa kias dan yg berminat dengan ceritanya...muka aku terus tak dipandang....oleh kerana aku pun dah tak dilayan...dengan segera aku minta mengundurkan diri....selamatkan diri selamatkan hati selamatkan telinga....

Keluar dari rumah dia baru aku rasa lega dan lapang dada...kerana aku terlepas dari berburuk sangka dengan jiran aku walaupun memang ada kalanya mereka2 semua berperangai buruk....abih kita ni camner...kadang pun perangai buruk jugak....kesimpulannya semua org ada buat kesalahan tapi kalo boleh pastikan

Aku bukan tak faham jauh sekali tak tahu...tapi aku suka buat2 tak tahu...aku bukanlah stupid sangat sungguh aku belajar tak tinggi mana okayyyyy....tapi aku malasa nak tunjuk aku serba tahu...

Biarlahhhh....biarlahhh diorang anggap aku tak faham kias...senang aku nak menyelamatkan diri...senang aku untuk tak ikut campur dalam perbualan yg merepek-repek...--->baik makan kerepek lagi sedappp....memula memang kias pastu dah syok cerita maka habislah segala cerita tepi tembok petang tadi dipersembahkan kepada tetamu....aku memang kurengggg suka amik tahu hal org....nak2 kalo hal org lain...bukan tak ambik tahu langsung....bukan macam tu maksud aku....aku ambik tahu hal org...tapi bergantung jugak pada org yg nak diambik tahu tu org yg camner....cuma aku tak suka buruk sangka dengan org yg aku tak berapa kenal...lainlah kalo dah kenal....tak yah ambik tahu atau buruk sangka pun lama2 baik buruk perangai org tu akan teserlah kelihatan juga akhirnyaaa..

Ambik tahu hal org dengan jaga tepi kain org lain maksudnya yer kawan2...dulu aku ingat pun sama...

Ambik tahu...kita ambik berat...prihatin tentang dia dan keluarganya...makan ke tak...perlukan bantuan ker tak....membantu apa yg patut dan bertanya kesahihan sesuatu cerita secara berdepan tanpa melibatkan org lain...dll yg dituntut islam dalam perhubungan sesama manusia..

Jaga tepi kain org... sama macam penyibuk yg tak tahu hujung pangkal sesuatu keadaan atau cerita....tahu2 buat serkap jarang dan kesimpulan sendiri...pulak tu tak nak periksa samada sumber tu betul atau tak...jatuh buruk sangka sambil2 bawa cerita ketepi tembok jiran2...paling tak boleh blah suka tokok tambah cerita dan dan tak pulak cuba membetulkann fakta setelah mengetahui kebenarannya...

Aku datang nak beraya bukan nak dengar cerita org...tapi kalo org yg nak dicerita tu namanya Rosmah.... for sure aku boleh layan sampai berhari-hari...hahahahaha

Post a Comment