Thursday, June 21, 2012

Antara Dosa Dan Pahala

Assalamualaikum.....

Tadi aku baru balik dari web UZAI ....seketika membaca banyak benar kata2 UZAI....kita ni manusia mana lah sedar akan kesalahan dan kesilapan kita....walau kita cuba mengelak menjauh tapi kadang kala terbabas juga sekali sekala....itu normal asal kita sedar selepas itu...kita mohon keampunan dan kemaafan dari Allah swt..... senang nak cakap org tu cakap tak serupa bikin...suruh org buat baik suruh org jangan begitu begini tapi sendiri pun tak betul....yupppp itu normal....dipandangan mata org lain... kita salah....dipandangan kita... org lain yg salah...percayalah perkara tu sering dan akan sentiasa berlegar-legar disekeliling kita....susah nak buang susah nak elak tapi kalau tak semua separuh atau suku kita boleh mencubanya....

Ini ada satu kisah aku nak kongsi....bukan mengumpat tau...

Ada satu blogger wanita ni....tapi aku rasa dia telah jadi jauh lebih baik dari aku....niat dan tujuan dia berubah untuk jadi lebih baik sangat aku respek...aku memang kagum sebab dia sanggup buang segala gambar2 dia yg cun cantik menarik manja dari blog dia yg sangat popular...aku memang dah lama tak jenguk blog dia....tapi tah camner satu hari tu aku tergerak hati nak jengah blog dia....nak tau apa cerita dia terkini....wowwww....terkejut giler aku bila picture prof dia dah berubah....dari seorang yg free hair dengan kadang gaya rambut yg ala2 model iklan syampoo terus bertudung menutup aurat sepenuhnya....maksud aku tudung dia labuh menutup dada...( bukan setakat tudung2 gaya siput babi atau tudung cekik2 leher...) mulut aku terus auto keluar perkataan "alhamdulillah..." aku senyum dan hampir menitis air mata aku melihat perubahannya dengan rahmat dan hidayah dari Allah swt....

Dia dengan aku bukan sapa2....kawan tak sedara jauh sekali....dia pun tak kenal aku....aku kenal dia hanya melalui blog dia sahaja.....tak lebih tak kurang....jadi aku tak boleh nak judge dia seorang wanita yg macamana...kalo setakat menilai melalui blog...aku tau dia baik hati dan dia tak sombong dan tak angkuh dengan kecantikkannya...dia juga boleh terima nasihat dan pendapat org lain....

Tapi....apa yg lebih buat aku terkejut dan aku rasa aku patut mencontohinya ialah bila dia sanggup untuk remove segala gambar2 dan vlog dia yg mendedahkan aurat...memang perkara yg meletihkan dan sangat2 mencabar untuk buat semua itu...entry dia mesti banyak...jenuh dia nak buang semua gambar2 dalam tu kan...percayalah...kalo korang pun korang tak sanggup nak delete setiap keping gambar yg korag upload kat blog...tapi dia bertekad...mungkin dia tahu...apalah guna dia berubah kini tapi dia masih mempromo benda2 yg lepas...yg penting dia tak rasa sayang dan terkilan dengan me'removekan gambar2 tu semua....tapi itu tanggapan aku jer....apapun semua itu aku yakin tanda keikhlasan dan tanda dia berserah dan meyerah segalanya pada yg Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani...

Aku doakan semoga dia akan sentiasa berada didalam perlindungan dan rahmat dari Allah swt...

So setakat ini aku nak tulis...aku nak sedut sedikit kegigihan darinya...aku nak jugak jadi lebih baik dari aku yg sebelumnya....aku nak cek balik post2 aku yg lepas....kalo aku rasa post tu macam tak bagus untuk tatapan aku dan org lain aku akan delete...


p/s siapa blogger wanita tu....??? adalahhhhh

Post a Comment