Monday, March 5, 2012

Pesanan Dari Seorang Kawan

Assalamualaikum....

Aku hari ni tengah situasi mood horror monday....maksudnya tah haper tah aku tak tahu...cuma lebih kurang camtulah perasaan aku ketika ini....tapi salah aku jugak sapa suruh skodeng fb orang...kan dah kena tempiasnya......kapok....!!! tapi bukan sebab aku di carut-carutkan atau aku dijaja-jajakan...aku dah takder makna dalam hidup dia.....cuma pelik tapi sebenarnya tak pelik pun hanya itu adalah petanda dan sebab yg buat aku akan pikir lebih panjang dan amat jauh sebelum memulakan sesuatu yg melibatkan individu tertentu....

Patutlah hati aku bedebar-debar tak sedap.....cam nak jadi sesuatu.....akhirnya allah tunjukkan juga...peringatan untuk aku supaya lebih berhati-hati dan jangan terpedaya dengan lagak manisnya.....sayang...dia org yg baik....dia dah berubah kearah kebaikkan....tapi magnet dari hala kiri lebih kuat dari belah kanan....timbang tara penilaian'nya masih tidak seimbang....aku cuba untuk menyelamatkannya dari terus hanyut dengan permainan dan lidah manusia hipokrit dan boleh juga dikategorikan sebagai zalim....dia zalim pada agamanya pada keluarganya dan zalim pada diri sendiri.....tiba muncul kawan aku ibarat pandir yg tak boleh pikir dengan jelas...suka amik mudah pada benda yg susah tapi pada hal yg terang2 senang telah disabitkan rasa susah dengan mudah.....

Pening....???aku lagilah pening......!!!!

Aku tak niat nak buat org pening....tapi sukarnya untuk aku ulaskan dengan bahasa yg lebih mudah dan indah....seserabut kata seserabut itu jugalah bahasa dalam kepala aku ni....

Kenapalah kau salah memilih antara kaca dan permata....kenapalah kau biarkan diri kau dan keluarga kau dihina didepan dan dibelakang kau....kenapalah kau biarkan maruah kau dan darah daging kau disumapah seranah....kenapa kawan...kenapa....??? tak cukupkah kata2 hasad yg dia telah hamburkan pada kau....tak serik2kah kau dengan pengkhianatan'nya....tak ada perasaan kasihan kah kau terhadap org2 yg dia hina dengan sewenangnya....tak adakah...??

Aku tak punya kuasa dia juga tak punya kuasa...cuma jangan kau dimomokkan dengan kuasa suara.. kuasa wang... kuasa pangkat... kuasa keturunan dan kuasa fakta yg dia dan keluarga dia miliki....aku senang aku bahagia sungguhpun aku tak memiliki kuasa seperti dia dan keluarganya....sekurangnya aku akan terhindar dari punyai sifat2 seperti dia dan keluarganya.... aku syukur sebab aku serba kekurangan dari segi rupa...harta...pangkat...dan segalanya yg dia ada.....dari segi itu...aku memang tak boleh bertanding dengan dia....aku tahu dan aku yakin aku akan kalah teruk..... tapi kawan cuba kau fikir dalam2....alang2 fizikal luaran kau dah berhijrah...apa salah kau hijrahkan sekali kau punya minda dan rohani....tentu kau akan temui apa yg kau cari selama ini.....percayalah.... aku telah menemuinya....aku takder rungutan lagi dalam hidup ini....tiada persoalan kenapa dan mengapa ianya terjadi pada aku....andai ianya hadir disaat aku pasti takkan datang mendung dalam kehidupan aku ini...aku yakin dan aku aku pasti aku akan redha dan terima seadanya.....malah mungkin aku akan gembira dan rasa senang kerana aku tahu ujian dan musibah itu dalah salah satu cara penghapus segala dosa2ku....


Kawan andai tiba2 kau terbaca atau andai tiba2 kau rasa entry ini untuk kau....tolongah kau fikir2kan natijahnya seandai kau masih bertepuk tampar dengannya....kau mungkin kawan yg dia perlukan untuk buat dia bergembira dan melahirkan rasa tak puas hati dia dengan org2 yg dia rasa dia tak suka...dia kini merasa dia cukup hebat dan berani meng'war-warkan kebenciannya pada sesiapa secara umum hatta pada keluarganya sendiri....makin lama makin berani makin angkuh dan makin mendabik dada....aku tak kisah kalo kau mengekalkan perhubungan kau dengan dia dengan harapan kau akan membawa dan membimbing dia kembali ke jalan yg benar....tapi aku ternampak gaya kau yg telah terikut dan terhanyut arus yg dia bawa walaupun arus itu tidak terlalu deras...arus yg masih boleh kau lawan....kau biarkan diri kau dibawa arus itu umpama daun kering yg berguguran....kau tak cuba bertahan dan kau tak cuba melawan....kau tak cuba untuk berpaut pada rimbunan daun ditepian...

Kawan.....cukuplah keluhan dan kekesalan aku berakhir disini....kau pun bukan budak2 lagi asyik nak dinasihatkan....walaupun aku ras aku tak jemu menasihatkan tapi sudkah kau mendengarnya...??? alih2 aku jugak yg dikata busy body alih aku jugak yg dipersalahkan kerana berleter....aku meroyan nipun sebab kau kawan aku kawan aku yg terdekat dan terhampir dengan hati dan kehidupan aku sejak dahulu lagi....kalau lah kau hanya kawan2 aku biasa2 saja takkan aku tergamak nak tegur2 kau walau kau punya salah sebesar alam....jadinya aku harap kau akan lebih bijak lebih yakin dan lebih berani nak meninggalkan orang yg telah berkali-kali mengkhianati persahabatan...yg masa senang lupa kawan hanya ingat waktu susah bila dipulau dan dianiaya oleh keluarga sendiri dan kawan2 yg yg muncul untuk bergembira sahaja.....sedarlah kawanku....aku jamin kehidupan kau akan lebih ceria bahagia tanpa perlu kau menagih dan menarik perhatiannya....aku tahu kau hanya sandaran untuk dia pergunkan pada satu hari nanti.....percayalah....tapi nak buat camnerkan pilihan ditangan kau...aku hanya mampu berdoa moga kesabaran kau akan lebih tinggi dari kesabaran yg aku miliki....



Post a Comment