Tuesday, February 21, 2012

Impian Aku....Akan Tercapaikah Ia...???

Assalamualaikum.....

Impian aku yg dah lama aku simpan sejak aku mengenalinya.....aku rasa hidup aku akan lebih indah lebih bermakna jika aku dapat memilikinya.....bukan aku tamak bukan aku tak bersyukur dengan apa yg ada....aku hanya terbayang mungkin hidup aku akan lebih bermakna dan lebih bercahaya jika aku dan dia dapat hidup bersama....

Perkara ini bukanlah menjadi rahsia antara aku dan inchik dd....inchik dd merelakan dan sedia berusaha membuat aku gembira walaupun inchik dd tahu yg separuh mustahil untuknya merealisasikan kehendak aku....aku tak bermaksud nak menyusahkan inchik dd....tapi inchik dd yg sedia dan rela asal aku gembira katanya....

Ekkkkkk....apahal ayat kat ni cam poyo jer.....sila jangan buat spekulasi terlalu awal.......hal ni tak berkaitan dengan apa2 perasaan atau mana2 insan....ini cuma garisan impian yg mungkin payah untuk dilaksanakan...umpama pungguk rindukan bulan ....tapi InsyaAllah.....jika kita berkehendak dan jika kita berusaha pasti akan berjaya cuma masa dan hanya dengan izin Allah SWT sahaja tiada yg mustahil jika dia berkehendak ianya terjadi.....

Semua mesti nak tahu kan apa bendanya yg aku impikan ni....kenapa aku tak nak masuk sejuta impian atau sejuta money drop jer kan senang untuk capaikan impian.....ehhhh apa kes aku nak masuk program2 yg aku tak minat tu.....aku suka berusaha sendiri biarpun lambat untuk mendapat hasilnya.....

Impian aku ialah untuk mendapatkan rawatan LASIK....iyer....yg boleh pulihkan penglihatan mata....yg bolehkan kita melihat dengan jelas tanpa cermin mata....yg mahal tu....itulah dia LASIK....nak info lebih sila google

Ada satu tahun tu....tak silap aku 2 tahun lepas dekat2 nak akhir tahun...aku ada pergi launching satu pusat rawatan mata ni....namanya OPTIMAX... tak salah aku tempatnya kat Shah Alam seksyen baper aku tak ingat sebab dah lama tak jejak dan lalu sana...tapi ada tempat showroom jual kereta TOYOTSU....samtink lait dad'lah.....kena google lagi nih.....masa lauching tu kos untuk pemeriksaan percuma jer tanpa apa2 bayaran.....so far aku boleh dikatakan lulus untuk buat rawatan LASIK tapi masa tu aku masih breastfeeding'kan cinta....jadi kena tunggu aku stop bf baru bleh dtg balik periksa....katanya bf boleh menyebabkan perubahan hormon dan tisu pada mata....bf juga boleh jejaskan penglihatan mata secara perlahan2 untuk jangka masa yg lama....tapi penglihatan mata aku memang dah terjejas sejak sekian lama walaupun tak bf....bf bukan punca utama aku kureng penglihatan....pernah tak dengar mitos dulu... kalo kecik2 dah pakai spek itu tandanya budak tu pandai....emmm aku setuju.....hehehehe

Tapi sebelum aku gatal2 gi sana untuk periksa walaupun aku tahu aku tak mampu tapi dah percuma....pergi jerlah....nilai rawatan dan pemeriksaan tu berkos lebih kurang Rm120 macam tue'lah....pakej paling murah pun masa tu dengan menggunakan CC bernilai Rm dekat lima ribu untuk dua biji mata....tu paling murah rasanya.....tengok jer camtu aku terus kata aku tak mampu sungguh.....demi mendapat penglihatan yg lebih jelas dan puas takkan aku kena bergolok gadai....oh no...!! balik dari situ aku berangan-angan....best memang lah best tapi nak buat camnerkan aku tak mampu.....

LASIK ni aku tahu dah lama dah....dulu aku nak tengok dan sambut kelahiran anak aku sendiri tanpa melihat guna spek....tapi tak boleh....silap2 boleh silap....ehhh tak nak lah aku.....aku nak belai anak aku...aku nak cium anak aku....aku nak muka aku rapat dengannya tanpa ada halangan cermin dan besi....tapi takut aku tak fokus dan tak dapat amati jika kesamaran akibat rabun jauh aku ni aku tak dapat menilik setiap inci wajah2 anak2 aku yg amat aku kasihi dan sayangi....aku tak nak bangun tidur dengan keadaan terab-raba mencari cermin mata....pernah gak aku cuba tak pakai spek pas bangun tidur....akibatnya aku tak nampak anak aku kata bawah lalu aku hampir terpijak tangan'nya....tapi kalo terpijak inchik dd tu memang biasa....hehehe "sorry yer bang mama tak nampak....." dan tak best jugak pagi dah terlanggar pintu tersadung barang akibat tak nampak....nak masak pun susah...jadi pagi2 dah kena raba spek mata....barulah bleh buat kerja...

Harga untuk rawatan LASIK mahal worrrr ribu riban...yg terbaru aku baca ni untuk tahun 2012 ni....kos rawatan LASIK dah cecah RM 7000 hingga ke Rm 8000 untuk kedua belah biji mata....gila ahhhh.....dah berapa tahun aku kumpul duit nak lepaskan Rm5000 pun payah....la ni kos rawatan naik lagi.....ahhhhhh tensen aku....tapi dalam tensen kerana kenaikkan harga....aku tetap simpan harapan dan impian moga akan terbuka pintu rezeki untuk aku membuat rawatan LASIK....Doa Usaha Ikthiar Tawakal


Post a Comment