Monday, September 5, 2011

My Raya Kali Ini

Raya....???


Raya kali ini aku beraya tanpa abah ( bapa mertua )

Raya kali ni pertamanya aku menjejak kaki dikubur pada aidilfitri
( syahdu....sayu dan pilu bila terkenangkan arwah abah....)

Raya kali ni juga aku rasa tak berapa meriah
( sebab abah takder....)

Raya kali ni aku tak berapa nak pergi membeli belah
( sebab abah takder....)

Raya kali ni aku cuma buat satu jenis kuih

Raya kali ni tak anyam ketupat dan menggulung daun pisang buat lontong
( sebab abah takder....waktu abah ada dulu aku rajin buat sebab abah yg akan isi beras dalam kelongsong ketupat dan lontong....)

Raya kali ni aku masak rendang daging campur paru pastu raya kedua dah habis licin...
( sedap sangatlah tueee..... )

Raya kali ni belum rasa juadah raya kat rumah org lain lagi....
( takder mood...)

Raya kali ni aku beli baju raya sepasang jer...
( tapi tudung adalah 5 helai.....itupun semuanya warna hitam...)

Raya kali ni kat kampung baru 2 biji rumah
( takder mood...)

Raya kali ni aku masak kueteow tomyam sampai habis 10 bungkus
( aku tak sempat makan....cuma sempat rasa jer....)

Raya kali ni empat2 anak aku demam serentak pada hari raya pertama
( baru pergi satu rumah dah merengek nak balik....balik rumah tidorrrr )

Raya kali ni juga pada raya keempat dua anak aku masuk hospital dan beraya kat wad sakit
( sewaktu entry ini dipublish...aku masih di hospital....)

Raya kali ni....nampak macam beraya tapi hakikatnya aku tak......hati aku tengah beku....beku dengan kenangan....beku dengan keadaan....beku dengan perasaan.....

Syawal... maafkan aku kerana tidak menjemputmu bertamu diahatiku pada tahun ini....semoga di lain kali kedatanganmu akan ku sambut dengan gembira tanpa duka yg tersisa....

Selamat Hari Raya Aidilfitri...maafkan segala salah dan silap...sengaja atau tidak ...salah yg dulu2...salah yg semalam2...salah yg sekarang dan salah yg mungkin akan2 datang...dan aku juga akan memaafkan segala salah dan silap org lain terhadap aku...apa sahaja kesilapan antara kita ...aku maafkan dan aku akan melupakan...kita hanya manusia....tak lepas dari membuat kesilapan....semoga kita semua juga akan diampunkan dosa2 oleh yg maha pengampun lagi maha pengasih...

SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA ORANG ISLAM YG BERPUASA DIBULAN RAMADHAN.....


Post a Comment