Wednesday, March 16, 2011

Memang Sah....

Baru2 baru ni aku gi majlis aqiqah anak kawan aku kat belah sinun2 nun....dalam pada tu aku borak2 lah ngan mak kawan aku yang memang aku kenal sejak aku kecil lagi sebab dia pernah mengasuh aku....biasanya tiap kali raya atau ada apa2 majlis kenduri aku pasti akan hadir bila dijemput....tapi sejak kejadian dua tahun lepas tu aku langsung dah tak menjejakkan kaki ke belah2 sana....dalam berjumpa tu mak kawan aku tu ambil kesempatan bertanya pada aku kenapa aku dah tak balik ke sana jumpa2 diorang....memula aku cuma jawab "entahlah..."nak aku jawab lebih2 plak takutnya mak kawan aku tu dah terjoin diorang punya komuniti....kang aku yang kena balik plak....pastu mak kawan aku bukak cerita yang dia dah tak tahu nak buat macamana lagi ngan keluarga diorang....bila ditegur dia tegur kita balik....kita jer yang salah dia jer yang betul....alih2 mak kawan aku cakap memang diorang sekeluarga tu dah sesat....yang menanggung siksanya sekarang ialah abang kandung mak kawan aku  yang terpaksa membiarkan perkara2 sesat semua tu berlaku di depan matanya....sungguhpun badannya lumpuh tapi apakah kita tahu yang hati jiwa perasaannya mungkin mindanya tidak mati....

Kalau mengikut diorang punya ajaran...surah yasin tak boleh dibaca....kalau dibaca alamatnya akan timbulah khadam....khadam yang macamana aku tak tahu lah pulak.....dan lagi katanya kenapa mesti kiter baca yasin sedangkan yasin tu Allah bercerita dengan kita ini kita bercerita ngan Allah pulak....ajaran diorang lagi....cukup hanya berselawat jer tak payah baca Al-quran.....aku pun tak paham apa yang diorang repekkan ni....nampak gaya kata mak kawan aku ni....diorang ni bersungguh-sungguh nak kembangkan ajaran diorang...dari segi zahir kita akan nampak diorang ni cam biasa2 jer.....sudah kenal baru tahu....kalau iman kita ni tak kuat dan tak dipelihara oleh Allah SWT.....alamatnya kita pasti akan mengiakan dan akhirnya jadi pengikut ajaran mereka....

Itulah antara sebab2 aku menjaukan diri dari mereka...bukan niat memutus silaturahim tetapi demi menyelamatkan iman dan akidah aku sekeluarga....

Insyallah lepas ni aku nak cuba rujuk perkara ni kepada pihak yang lebih bijak pandai untuk menyelesaikan masaalah ajaran sesat ni....dulu aku rasa mungkin itu hanya sementara tapi nampaknya kini sudah semakin berlanjutan dan parah....eloklah mereka tu ditarbiah kembali oleh seseorangyang mempunyai kehebatan untuk berhujah dengan mereka...sebab mereka semua tu kuat melawan....kalo tak pandai jawab alamatnya kita balik yang dipanggil sesat dengan mereka ....

Walhal dulu aku hanya baca2 kat buku Mastika dan dengar jer kat tv pasal ajaran sesat ni....skang perkara ni berlaku pada keluarga yang aku kenal....dari jauh aku masih berharap semoga Allah membuka pintu taubat untuk mereka sekeluraga dan memberi hidayah dan cahaya agar mereka sekeluarga kembali ke jalan yang lebih diredhai.....
Post a Comment