Wednesday, March 30, 2011

Jangan Forwardkan....

Assalamualaikum.....

Pagi2 ni entah macamana aku tetiba jer nak bukak tv..padahal idak pernah nya aku nak buaka tv dipagi hari ni kecuali masa bulan puasa....dan kebetulan saluran malam tadi pun saluran yang sama aku bukak iaitu channel tv9......perghhh best tu...ada satu rancangan tajuknya tanyalah ustaz.....walaupun rancangan tu adalah siaran ulangan punya.....dan apa yang dibincangkan itu sangat menarik iaitu tentang dosa2 besar...nama ustaz tu aku tak ingat sebab aku lebih tumpukan pada apa yang disampaikan....dan aku sangat2 tertarik dengan satu email dari penonton kepada ustaz tu tentang meng'forward surat atau emel atau sms tentang bala yang akan diterima kalau tak forward kan kepada org lain....ini berkaitan dengan kepercayaan kita dan qada dan qadar dari Allah swt bukan kerana sms/email berantai itu.....nahhhh ini yang memang aku tunggu dan aku cari2 jawapannya selama ini.....

Walaupun mungkin ada yang dah tahu tetapi bagi aku yang baru tahu erti sebenarnya nak jugalah aku kongsikan dengan kawan2 semua....kalau suka bacalah yer....kalau tak....tak siapa kisah....

Aku rasa bukan aku jer yang dapat sms dan emel macam ni....tapi boleh nak dikatakan semua yang aku kenal pernah dapat....dan selalunya juga aku tak meng'forward kan sms/emel berantai tu walaupun dari kalangan keluarga aku sendiri.....aku merasakan macam ada yang tak betul jer.....jadi pagi tadi aku baru dapat jawapan yang jelas tentang hukum meng'forwardkan sms/email yang menggunakan nama ALLAH SWT dan NABI MUHAMMAD SAW.....

Selalunya juga sms atau email akan berbunyi bergini..."Kononya dia penjaga makam nabi...ataupun dia termimpikan nabi....disuruhnya kita berdoa dan berselawat atau membuat amalan2 yang mulia.....bila kita buat dengan meng'forwardkan sms/email itu... kita akan diberi ganjaran atau khabar gembira atau rezeki pada esok harinya....tetapi bila kita tak buat kita akan ditimpa bala dan kesusahan pada esok harinya jika kita tidak meng'forwardkan sms/email yang diterima itu...."

Ustaz tu kata lagi....memang bagus bila kita berpesan-pesan sesama kita supaya membuat perkara2 yg baik cuma yang jadi tak elok atau berdosanya ialah sms/email itu berbentuk ugutan bila kita tidak menyebarkan sms/email itu....nampak tak....??aku faham tetapi cuma nak menyampaikan balik aku tak berapa pandai....cuma yang aku tahu kepada mereka2 yang suka terpengaruh dengan sms/email macam2 ni janganlah di fowarkan kepada org lain...sebab benda2 ni boleh menimbulkan khurafat yakni percaya kepada sms/email tu bahwa bila kita tak sebarkan kita akan ditimpa musibah dan bila kita sebarkan kita akan dapat rezeki....kalau semua org yang dapat emai/sms tu fikir...."ohhh senangnya....tak yah kerja tak yah berusaha dah boleh dapat rezeki bila sebarkan emel/sms tu....ohhh takutnya.....maknanya musibah yang kita dapat semlam ialah kerana kita tak sebarkan email/sms itu...."dengan begitu otomatiknya kita akan lupa pada qada dan qadar yakni ketentuan dan takdir dari Allah SWT....namapak tak kawan2 semua.....

Last sekali kalau faham baguslah....kalau tak faham cuba cari ustaz yang bertauliah untuk menjadikan kita faham...semoga kita semua akan dijauhi dari fitnah dan permainan syaitan juga orang yang sesat lagi menyesatkan....ingat okay....jangan dan jangan meng'forwardkan email/sms yang macam ni lagi.....ingat satu jer...bila kita forward'kan maknanya kita ni lebih percaya dengan bunyi sms/email tu lebih dari percaya rukun iman yang ke-6....

Memang sekarang ni terlalu banyak sangat cara dari orang2 kafir untuk menyesatkan akidah dan iman kita orang2 islam......jadi berhati-hatilah wahai saudara seislamku.....moga2 kita akan dilindungi dan diampunkan dosa2 kita oleh Allh swt.....

Assalamualaikum....
Post a Comment