Monday, August 2, 2010

The Cost......Help Us For Help Aisyah

Salam semua....skang ni aku banyak habiskan masa untuk cari maklumat mengenai rawatan penyakit aisyah......dan finally aku jumpa satu artikel dekat utusan online tentang Rawatan Jantung Berlubang Tanpa Pembedahan....punyalah happy aku dibuatnya.....sekali baca harrr amik ko.....25k hingga ke 30k......

Aku tak mampu....apatah lagi mama ngan ayahnya......tapi inilah kaedah yang terbaik untuk aisyah......tapi kosnya....."ya allah permudahkanlah......." aku terkedu tapi aku harap sangat aisyah dapat buat proses ni dengan secepatnya......satu2 penghalang hanyalah DUIT.....yer duit itu wang....yang sangat2 diperlukan oleh aisyah.....(siannya sayang moksu....)

Andai kata nak jumpa doktor tu jer nak register campur khidmat nasihatnya mahu cecah ratus2 jugak kan......itu belum campur bayaran lain2 macam pemeriksaaan ker ada ubat2 ker.....hurmmmm berapa nak kena bayar......???

Dia kata murah....?? mak aihhh......

Jadi tuan2 dan puan2 silalah baca yer......mana tau kot2 ada dapat ilham camner nak buat......aku memang nak mintak tolong.....tapi sudikah tuan2 dan puan2 semua tolong.....??bukan tolong aku tapi tolonglah aisyah....tolonglah sikecil itu....(arghhh aku dah nak jiwang plak......)

 

 

Rawat jantung berlubang yang pantas dan murah





STRUKTUR cakera yang anjal dan lembut sebagai implan bagi menutup lubang pada jantung pesakit.




Kecacatan septal atrial (ASD) atau lebih dikenali sebagai jantung berlubang merupakan kecacatan jantung sejak lahir di mana dinding yang memisahkan antara kebuk jantung atas (atria) tidak mampu tertutup sepenuhnya.
Sewaktu kitaran janin berlaku, lazimnya terdapat ruang antara atria kanan dan kiri untuk membolehkan darah memintas paru-paru. Ruang ini bagaimanapun akan tertutup dengan sendirinya apabila bayi dilahirkan.
Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Prof. Dr. Yap Yee Guan berkata, kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati, kira-kira 3,000 bayi dari sejumlah 300 juta penduduk dilahirkan dengan kecacatan itu setiap tahun.

Manakala di Malaysia, beliau menganggarkan hampir 300 bayi menghidap ASD sejak dilahirkan dalam tempoh yang sama.
Sekiranya disahkan menghidap penyakit berkenaan, jangka hayat pesakit kemungkinan mampu menjangkau sekitar 20 hingga 30 tahun sahaja sekiranya keadaan itu tidak dirawat.
Ia disebabkan tekanan darah ke paru-paru akan meningkat manakala paras oksigen semakin menurun, Eisenmenger iaitu bengkak paru-paru berlaku atau terlalu lewat menjalani pembedahan pemindahan organ.

Justeru, pesakit ASD perlu mengawasi tanda-tanda penting dan menjalani pemeriksaan berkala bagi mengelak serangan Eisenmenger atau angin ahmar apabila darah beku mula terbentuk di otak.
"Darah yang mengandungi banyak oksigen dari jantung kiri akan memasuki kebuk (jantung) kanan, mengakibatkan dua jenis darah ini bercampur dan berkitar dalam jantung.
"Lama kelamaan, tekanan darah pada jantung kanan semakin meningkat sehingga jantung membengkak dan jika dibiarkan boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru.
"Ketika ini, kulit pesakit menjadi kebiruan (sinosis) disebabkan kekurangan oksigen dalam darah dan pesakit menghadapi risiko meninggal dunia lebih awal jika keadaannya dibiarkan,'' jelas beliau.

Tanda-tanda dan simptom :

Yee Guan berkata, ciri-ciri simptom ASD bergantung kepada saiz lubang dan lokasinya pada jantung kanak-kanak berkenaan.
Malah kebanyakan kanak-kanak yang dilahirkan dengan ASD lazimnya kelihatan sihat dan tidak mengalami sebarang simptom. 

Ini kerana, kata beliau, kira-kira 50 peratus kes jantung berlubang berkenaan akan tertutup sendiri pada tahun pertama kelahiran bayi berkenaan.
Bagaimanapun keadaan bayi akan diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan saiz lubang tidak melebihi 7 milimeter (mm) atau terdapat bengkak pada jantung kanannya.

''Biasanya, saiz lubang yang kecil atau sederhana (kurang 7 mm) tidak akan memberi sebarang kesan kepada kesihatan pesakit sehingga usia remaja atau 30-an,'' jelasnya.

Bayi dan kanak-kanak yang mempunyai ASD yang lebih besar atau serius, kemungkinan mengalami simptom berkenaan;

- Sukar bernafas
- Senang letih apabila berjalan dan berlari
- Jantung berdebar
- Tiada stamina
- Kurang selera makan
- Pertumbuhan terbantut
- Masalah paru-paru dan jangkitan seperti pneumonia

Diagnosis (Mengesan) ASD :

Menurut Yee Guan, sekiranya saiz lubang pada dinding jantung pesakit terlalu kecil, ia sukar dikesan terutama di kalangan pesakit kanak-kanak walaupun menggunakan stetoskop sewaktu pemeriksaan kesihatan atau fizikal rutin.
Sebaliknya ASD pada pesakit dewasa boleh dikesan menerusi tekanan jantung yang meningkat, jantung membengkak, kerosakan paru-paru dan masalah pernafasan kronik.
''Peringkat terminal (maut) pula apabila warna kulit pesakit bertukar kebiruan.
''Justeru, lubang perlu ditutup jika ia cukup besar tetapi jika masih kecil, pesakit perlu menjalani pemantauan dan pemeriksaan dari setahun ke setahun sehinggalah tiba masanya untuk ditutup sebelum terlewat,'' katanya lagi.

Sebaik sahaja pakar kardiologi mengesyaki pesakit berkenaan menghidap ASD, beberapa ujian akan dijalankan seperti;

- Elektro kardiogram (EKG) untuk merakam aktiviti dan mengesan lebihan volum pada jantung kanan.
- Pemeriksaan x-ray untuk memeriksa imej/saiz jantung dan organ sekitarnya.
- Ultrabunyi eko kardiogram bagi mengukur saiz dan mengesan bengkak (jika ada) pada jantung serta visual aliran darah menerusi kebuk jantung.
Yee Guan menjelaskan, terdapat tiga jenis ASD iaitu;
- Secundum ASD - Dihidapi 70% pesakit dengan keadaan jantung berlubang di tengah dinding jantung atas.
- Premum ASD - (20%) Terletak di kebuk bawah jantung, hampir ke injap.
- Sinus Venosus - Melibatkan 10% pesakit, kekeringan abnormal arteri pulmonari. 

Prosedur rawatan :

Katanya, premum dan sinus venosus perlu melalui pembedahan pintasan jantung kerana kecacatan kedua-duanya lebih kompleks.
Sementara Secundum ASD yang berukuran antara 7 hingga 32 mm dahulunya juga perlu dibedah tetapi kini boleh dirawat dengan lebih berkesan menggunakan teknologi pembedahan kesan minimum (MIS) atau 'keyhole'.
"Sejak kira-kira 10 tahun lalu teknik pembedahan 'keyhole' dibangunkan untuk menutup jantung berlubang.

"Ia merupakan prosedur tanpa pembedahan ke atas ASD menggunakan sistem Amplatzer Septal Occluder (ASO), sejenis jaringan wayar diperbuat daripada nikel dan titanium (nitinol),'' katanya.
Wayar berkenaan mempunyai sistem yang direka khas untuk memudahkan doktor pakar memasuk dan melepaskan amplatzer di dalam jantung pesakit.

Kesesuaian prosedur ini bagaimanapun, jelas Yee Guan, bergantung kepada bentuk fizikal dan saiz lubang pada jantung penghidap ASD.

Sebelum pesakit boleh menjalani prosedur rawatan tersebut, saiz dan bentuk lubang jantungnya akan ditentukan menggunakan sejenis belon khas.
Seterusnya, prosedur yang mengambil masa kira-kira 45 minit di bawah panduan alat ultra bunyi atau eko kardiogram dan endoskopi serta memasukkan wayar logam panjang dipanggil 'loader' menerusi saluran makanan atau dubur ke jantung.

Kesan jangka panjang :

Jika dibandingkan dengan pembedahan pintasan jantung, prosedur berkenaan kurang memberi kesan sampingan termasuk tidak meninggalkan parut besar atau risiko seperti strok.
Pintasan jantung juga memerlukan kos perbelanjaan yang lebih besar iaitu antara RM35,000 dan RM40,000 sementara prosedur tanpa pembedahan memerlukan sekitar RM25,000 hingga RM30,000.

Tambahan pula, pesakit hanya perlu tinggal di hospital selama dua malam dan boleh menjalani aktiviti harian seperti normal berbanding lima hari sekiranya menjalani pembedahan dan tempoh pemulihan sehingga berminggu-minggu lamanya.

"Walaupun begitu, pesakit perlu mengambil ubat untuk mencairkan darah hingga enam bulan seterusnya untuk mengelak pembentukan darah beku.

"Kadar kejayaan untuk prosedur seumpama ini adalah hampir 90% kerana 10% pesakit lagi disebabkan lubang jantung terlalu besar dan ASO tidak sesuai untuk keadaan mereka itu,'' ujar beliau.
Di Malaysia terdapat lapan pakar kardiologi berpengalaman yang layak mengendalikan prosedur berkenaan termasuk Yee Guan sendiri.

Baru-baru ini beliau berjaya menjalankan prosedur penutupan ASD ke atas empat wanita sebagai usaha PCMC membantu golongan berpendapatan rendah menerusi program kebajikan sosialnya.
PCMC merupakan hospital swasta pertama yang berjaya melaksanakan prosedur berkenaan ke atas pesakit.

sumber dari utusan online

Entry Untuk Aisyah.....2nd Verse

Hari ini aku jumpa kakak ipar aku kat kedainya.....sambil2  tu aku tanya2 jugak apa yang doktor tu kata sebenarnya......ialah kakak aku pun bukanlah paham sangat pasal penyakit jantung berlubang ni walaupun dah diterangkan....apatah lagi aku....tapi akanz aku cuba berusaha untuk memahaminya demi aisyah.....terima kasih pada asz kerana coretan asz tentang ammar dalam blognya sedikit sebanyak dapat membantu aku memahami sekaligus menjadi pembekal maklumat untuk kakak ipar aku.....

Adapun kakak aku tak tahu yang aku telah publishkan kisah aisyah kat blog aku nih untuk tatapan umum.....kakak aku pun tak tahu aku ada blog......tapi tak kisahlah......yang penting aku dapat tolong sikit2 untuk meringankan beban keresahan dihati mama dan ayah aisyah.....
Menurut kakak aku....nama penyakit aisyah tu dipanggil PDA.....apa singkatan untuk PDA..??? aku tak tahu.....kalau tepon PDA aku taulah......kos rawatan masih belum dapat dipastikan.....aku pun cam pelik jer.....sebab kakak ipar aku kata......doktor kat Hospital Serdang tu cakap....kes PDA aisyah tu tak perlu rujuk atau transfer kat IJN...sebab Hospital Serdang yang akan lakukan proses tutup lubang dijantung aisyah....Dr kat situ pun kata yang kes aisyah adalah kes pertama yang akan diambil kat Hospital tu...buat masa skang kata doktor....machine2 yang akan digunakan ada kat Hospital Pulau Pinang dan akan dibawa ke Hospital Serdang bila tiba masanya.....

Hurmmmm.....aku tak kisah kalau betul kena cara dan berjaya....cuma disebabkan ini kes perama yang akan diambil oleh Hospital Serdang itu ....janganlah aisyah dijadikan eksperimen.....yelah sapa tak cuak.....atau mungkin hanya aku je kot yang cuak sendiri.....kesilapan selalu terjadi bila ianya adalah pengalaman pertama.....oh....mintak dijauhkan......

Lagi satu sebab mungkin kenapa rawatan untuk aisyah tak dapat dijadualkan lagi oleh doktor adalah kerana sebab berat badan aisyah yang tak berapa nak berat......bayangkanlah budak umur baru nak masuk 11 bulan hanya 5 ke 6 kilo jer beratnya.....kurang2 kata doktor nak capai berat aisyah 7kilo keatas baru boleh proceed......

Latest.....aisyah akan jumpa doktor lagi 2 bulan.....yelah kan orang nak puasa nak raya....malas nak ambik kes agaknya......

Adapun aku bukan nak kondem Dr kerajaan......dan bukan semua Dr ada sindrom mim alif lam sim.....aku cakap sebab aku sendiri dah ada pengalaman semasa aku disahkan ada tumor kat Hospital Serdang.....
Ingat nak dapat keputusan dari spital gomen cepat ker.....??Aku dah kena aku tahulah.......elok2 tmor aku kecik .....boleh jadi besar.....dek kerana menunggu prosedur nak MRI adalah setahun....pasut result plak 4bulan.....belum campur nak transfer kes aku kat GHKL......haiiii....macam nilah nasib rakyat malaysiatakder duit.....asyik kena tunggu punya tunggu punya tunggu.........banyak kena janji manis tiruan daaaa.....

Dalam kes aisyah pun aku risau yang macam tulah jugak.....lubang kecik kang boleh jadi besor....atau dari 1 lubang satu boleh jadi 2 3 lobang......sebab tunggu lama sangat.....lagi2 kalau takder sapa2 yang push......hurmmmm.....sedangkan kalau aku tengok orang lain susah pun aku selau doa dan mita kepada allah agar orang yang susah itu dipermudahkan kehidupan dan urusannnya.....apatah lagi aisyah... anak buah aku tu.....aku nak juga yang terbaik untuknya.....

Nampaknya aku dah mula fikir negatif......tapi dan sebabnya ialah aku dah kena.....itu sebab aku berani cakap......apa tumor tu tak serius ker.....tumor dalam kepala tau......sampai2kan ada satu Dr tu cakap kat aku kalau aku lambat buat rawatan dan aku tunggu lagi setahun mau tumor tu melekat kat otak aku.......

Nak diungkit pun tak guna.....aku dah sihat dan sembuh....cuma simpton kerana kelewatan Dr kat spital gomen itu telah menyebabkan aku kehilangan sebelah pendengaran......cuma aku doa mohon dalam kes aisyah ni....janganlah sampai camtu.....maksud aku janganlah sampai sengaja dilewat-lewatkan.....

Ada gak aku terfikir nak mintak second opinion dari Hospital lain.....atau terus refer kat IJN ker.....agak2 berapa kosnya yer.....takkan nak tunggu 2 bulan tu berlalu begitu sahaja tanpa lain2 usaha.......

Apapun aku akan tunggu feed back dari mana2 blogger......lagi dari asz sebab dia lebih arif kerana dia telah dan sedang melaluinya......

Tq asz Tq semua kawan2 yang prihatin pada aisyah.......Asz memang tabah.....super mom yang berjuang untuk kesejahteraan ammar dan keluarga.......ammar mesti bangga dengan asz.....

Aku Cuma Seorang Blogger Kampung