Saturday, May 8, 2010

Aku Redha......

Semekkum.....

Ada yang rindu ker...??? kalau takder baguslah....kalau ada lagi bagusssss ......huehuehue

Dah lama tul aku tak sentuh laptop apalagi menjengah ke blog kesayangan aku ni......
Aku baru jer habis dari memulihkan diri dari perasaan terkejut dan terkujat.....maka kerana itulah aku tiada mood apatah lagi perasaan gembira buat sementara waktu .....

Walaupun pada waktu dan ketika ini fikiran serta perasaan aku masih berada dalam situasi cemas dan sedih bila melihat wajah anak2 yang masih lagi perlukan perhatian,belaian dan kasih sayang seorang mama....

Namun begitu aku tetap dan terima semuanya dengan redha.....aku yakin dan percaya pada ketentuan allah swt.....

Adapun ceritanya pada 28/4 yang lepas aku pun pergi hospital untuk mengambil dan mengetahui result test MRI ( Magnetic Resonance Imaging )....akhirnya............................

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Akhirnya sah........sah aku ada BRAIN TUMOR dalam kepala.....perasaan aku waktu tu macam nak pengsan dan nak menangis.....tapi aku kawal demi Cinta yang aku kena bawa kemana-mana aku pergi.....aku tak nak jadi lemah semangat walaupun masa tu juga aku rasa nak jer aku pengsan......masa tu aku cuma mampu senyum dan senyum dan senyum......sebab aku dah tak tahu nak buat apa dan pikir apa......aku cuma mengenangkan anak2ku yang masih kecil2.....masih perlukan kasih sayang perhatian dan belaian dari aku.....

Lepas aku dah tau result......aku rasa duniaku gelap seketika....lupa pada impianku yang ingin melihat anak2 membesar masuk sekolah , masuk u , kerja , khawin , dapat cucu , pergi haji dan menghabiskan usia tua bersama suami tercinta........

Aku sedih sangat......tapi ku pendam dan kawal demi suami dan anak2 serta orang2 yang menyayangiku.....

Aku terkesima tapi aku redha....... aku percaya yang allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2nya....

Pada mulanya kes aku ni akan dirujuk ke GHKL ( General Hospital Kuala Lumpur ) .....kerana kat sana ada pakar Neuro Surgeon......so aku pun gi GHKL pada hari yang sama tapi aku cuma dapat tarikh temujanji saja.....itupun pada 11 Mei nanti.......apalagi bertambah-tambahlah lagi rasa takut dan sedih aku ni.....aku tahu aku menangis camner pun takdenyalah tumor tu hilang......

Dan macam biasalah kalau dah namanya pun hospital kerajaan......semua kena ikut prosedur.....sampai hati kerajaan buat aku camni.....aku terkilan campur sedih sebab diorang melambat-lambatkan kerja pada hal2 yang penting sebegini.....

Cuba bayangkan.....dari tahun 2007 lepas aku dah komplen aku sakit kepala hilang sebelah pendengaran hilang balancing kena Bells Palsy ( lumpuh sebelah muka )......itupun aku yang desak untuk buat ujian MRI lepas ujian CT SCAN masih tak boleh kesan apa yang bersarang dalam kepala aku ni.....tengok apa dah jadi pada aku skang......dan lagi satu aku rasa cam tak patut bila aku buat test MRI pada bulan awal dan pertengahan bulan Januari tahun ni.....akhir bulan april baru nak bagi tahu result......berapa punya lama dah......tumor dalam kepala aku ni bukan makin mengecil tapi makin lama makin membesar........memang sampai hati hospital kerajaan buat orang mati......memang sampai hati diorang buat aku camni.....

Aku marah dan sedih......tapi aku tetap menerimanya dengan sabar dan redha.....

Alternatif.....suami aku pun tak tahan dengan penderitaan yang aku alami kini .....pada 3Mei lalu suamiku ajak aku ke SJMC ( Subang Jaya Medical Centre  ) untuk bertanyakan pendapat doktor kat situ plak......dah namanya pun plak hospital swasta.....ada duit barulah akan dilayan ..... untuk consult saja kena bayar RM180 campur fee yang lain2 semuanya dekat Rm216......tapi jawapan dan cara penyelesaian yang diberikan membuka sedikit ruang dan harapan untuk aku sembuh......

Temujanji kedua pada 6 Mei..... aku pergi sekali lagi ke SJMC untuk berjumpa pula dengan doktor yang akan mengambil kes aku ni......dalam pertemuan itu aku diberitahu secara detail tentang rawatan apa yang aku akan jalani sekiranya aku setuju untuk meneruskan di SJMC.......oleh kerana tumor aku masih lagi pada peringkat kecil.....aku akan diberi rawatan laser untuk mematikan sel2 tumor.... risiko agak kecil 1% ke 2%.....kalau dibiarkan tumor akan membesar dan melekat kat otak....rawatannya plak operation.....risiko nyawa.....bila doktor terangkan aku pun angguk2 paham......cuma yang tak sedap didengar dan membuatkan aku kecewa sekali lagi bila doktor itu beritahu tentang kosnya......kalau empat ribu bolehlah aku kerok atau pinjam kat sapa2.....ni Empat Puluh Ribu 
( 40K ) ......nak cari kat mana...???

Walaupun insurance company suamiku ada cover tapi aku risau kalau2 tak approved......kalau approved alhamdulillah......kalau tak camner.......kengkadang tu bukan apa......sebelum amik insurance.....macam2 janji manis ditabur...... tapi bila ada kes buat2 tak tahu dan macam2 alasan dibagi kalau tak nak cover......manalah aku tak kecewa dan tak sedih.....

Aku kecewa lagi......dalam aku kecewa..... suamiku pulak setuju untuk meneruskan rawatan kat SJMC.......aku pun isi borang persetujuan untuk diberi rawatan laser kat SJMC......tarikh pun dah diberi oleh doktor......tapi pihak insurance belum approved pada SJMC samada nak cover atau tak......aku masih diburu kebimbangan yang melampau.....

Aku cuma ada masa sampai hari ahad ni saja......kalau insurance tak approved......nampaknya aku kena berserah pada takdir sahaja......kalau approved......selasa ni dijamin aku masuk wad,rabu plak aku akan dilaser dan khamis aku dah boleh balik.....

Akhir bicara dari ku........

Pada yang membaca dan terbaca entry aku kali ni......aku cuma mohon sepotong doa yang ikhlas dari kalian semua untuk kesembuhan dan keselamatan aku nanti......

Apapun aku redha.......panjang umur jumpa lagi........