Thursday, September 30, 2010

Jangan Babit2kan Aku Atau Orang Lain

Ni aku nak cerita pasal hal hari isnin sewaktu aku pergi mesyuarat kat pusat AIM.....aku tau aku dah lama tak cerita pasal MP yang ku hadiri setiap isnin.....lagipun selama ni kalo orang dalam MP tu bertekak atau berteriak takde kena mengena ngn ku pun......aku tahu aku datang situ untuk bayar balik pinjaman yang telah dipinjamkan oleh AIM....kay skip cerita....
Al kisahnya pada hari MP yang lepas aku tepaksa duduk kat belakang sekali sebab anak2 aku tak selesa sangat duduk kat depan.....sewaktu perbentangan hal2 lain adalah seorang kakak dari group aku sendiri bangun dan dengan sesuka hati dia mengumumkan kepadasemua sahabat dalam MP bahawa group dia termasuk aku dah bersepakat dan bersetuju tak mahu bayar duit tabung dan tah apa2 yang bernilai Rm1.40 seorang yang dikutip setiap minggu oleh bendahari......padahal dah jelas bahawa duit itu untuk menampung perbelanjaan pusat serta ahli2 lain yang kadang2 dah dapat pinjaman pastu menghilangkan diri....ada gak yang tak bayar.....jadi duit tabung akan digunakan untuk membayar separuh daripada hutang sahabat2 yang tak hadir dan tak bayar.....
Apa yang membuat aku hangin rasa cam menyampah ni ada dua lah....pertama sebab kakak tu menipu.....dia tak pernah bincang pun dengan aku dan dengan ahli kumpulan yang lain pasal tak nak bayar duit tabung.....tiba2 jual nama kumpulan......kata kumpulan dah sepakat.....rasa nak mencarut jer.....hissss geram betul.....habis semua ahli kumpulan yang lain2 pandang serong kat kumpulan aku....ko tak nak bayar ko punya pasal tapi jangan babit2kan aku dan orang lain....tak baik lohhhh
Kedua plak......apa yerrr....ohhhh dah masuk kat sekali yang nombor satu jadi two in one lah yer....
Kalau tahun depan aku takder projek mega.....aku cadang nak tarik diri dari AIM.....malaslah aku nak dengar pastu nak ngadap karenah kakak2 dan makcik2 yang serasa diri macam bagus2 sangat....
Selama ni pun aku diam jer tak banyak cakap....sebab aku takder reason nak buat isu murahan macam kakak2 yang gilers publisiti dan suka mintak perhatian.....perangai cam budak sekolah tadika....tak matang langsung.....masuk AIM tu bukan suruh cari glamer....tapi suruh pinjam dan bayar balik jer.....apa nak buat isu2 murah kat situ.....last2 sendiri rugi dan malu.....
Oleh kerana itu aku dan kawan aku yang tak bersetuju dengan tindakan kakak tu telah pergi kerumah ketua pusat untuk membuat penjelasan.....tapi ketua pusat takder dirumah....jadi kitorang pergi kerumah bendahari dan kat situ kitorang mintak supaya next week punya MP tolong isukan hal ni....kang kalo aku atau kawan aku yang isukan mahu malu kakak tu dibuatnya.....walaupun dia sememangnya layak menerima penolakkkan cadangan dari aku dan kawan kau.....tapi kerana respect orang tua.....aku bagi orang yang lebih dari kakak tu yang isu kan......semoga dia insaf takkpun sedar....jangan menipu sesedap rasa ye kak......

Post a Comment