Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Lahir Cinta

Hari ni genap umur cinta 1 tahun mengikut kalendar dunia.....hari ni juga aku tak sihat.....sakit demam selsema tetapi aku ngan somiku tetap raikan cinta.....no party no ballon......masa buka puasa aku beli pizza ngan kek kecik untuk cinta.....jadilah....daripada tidak.....lagipun selama ni aku sambut ulang tahun anak2 aku hanya pada masa ulang tahun yang pertama jer....ke dua takder ketiga dan seterusnya pun takder......

Selamat Hari Lahir Cinta ....

Sunday, August 29, 2010

Adakah Yang Akan Mendoakan Kita....??

Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya.
 Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia!

Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah. kata si pengarah ini dengan yakinnya.
Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.
Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.

Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.

Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besar berupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.
Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu.

Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri.
Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang rehat.

Melihat peristiwa itu, tampa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.

Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!
Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku?

Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya.. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.

Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.
Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00.
Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. 

Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu.
Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.
Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.

Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama /keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.

Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain... Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.

Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan - MU, datang dan terangilah hati kami sekarang... !!!


Nota Aku : selama aku susah dihimpit pelbagai masaalah kesihatan dan kewangan....namun aku berjaya mengatasinya bersandarkan doaku padaNYA dan doamu untukku yang dipohon dariNYA.....aminnnn

Award Di Bulan Ramadhan


Terima Kasih Sheila.....tengah posa2 pon sempat lagi pas2 award.....
Layannnn........

Friday, August 27, 2010

Satu Petang Di Bazar Ramadhan.....

Salam kabare's friend......hari ni aku nak cerita pasal satu kejadian yang berlaku di bazar ramadhan kat puchong...aku bukanlah sesaje nak pergi sana tapi nak ambil anak buah aku yang balik dari asrama....oleh kerana anak buah aku agak lambat sampai....aku pun jalan2 kat bazar....lagipun adam nak sate...ok lah aku layan sate....belilah sate dalam 30batang.....sebatang 45sen.....hurmmm

Habih beli sate aku jalan2 tengok2 kot ada yang berkenan lagi ker......kalau nak tahu selama dah setengah bulan kita semua puasa....inilah pertama kali aku jejak kaki ke bazar ramadhan......itupun sebab tak sengaja....kalau sajer2 memang takdelah......

Tiba2.....aku dengar bunyi bising2.....



Agak2 sapa boleh buat cerita atau jawab soklan aku berdasarkan gambar di atas......

1 ) Kenapa pakcik jual mangga tu....?
2) Kenapa ada buah2 bersepah-sepah kat jalan....?
3) Siapakah lelaki yang pakai apron kuning tu.....?


Jawab2....jangan tak jawab......

Nota Aku : nantikan episod seterusnya dalam siri "Satu Petang Di Bazar Ramadhan....."


Thursday, August 26, 2010

Merdeka Untuk Cinta......

Selama ini sambutan hari kemerdekaan bagi aku macam biasa2 jer.....takat kibar bendera jer...takdelah sampai ke dataran2 ker......ada pun last sekali aku pergi sekeluarga sambut merdeka kat putrajaya.....ngan somi...anak pun baru 2 masuk dua masa tu......sampailah tahun lepas aku pun tak sambut jugak sebab aku dalam labour room.....tengah MERDEKAkan seorang bayi....yer...baby yang sama gak lahir masa 10 Ramadhan hari tu dan tarikh rakyat malaysia menyambut kemerdekaan yang ke-52....
Oleh kerana tarikh KeMERDEKAan tahun lepas dan tahun ni jatuh pada bulan Ramadhan maka tiadalah sambutan atau majlis harijadi untuk Cinta......cadang nak buat jugak tapi tunggu raya....buat makan2 sikit....ada kek...cukuplah tu......yang penting doa untuk Cinta adalah yang terbaik buatnya dari dunia hingga akhirat....

Oleh yang demikian marilah sama2 kita sambut kemerdekaan dalam bulan yang mulia ini dengan membuat perbarisan terawikh di masjid.....melaungkan bacaan al-quran pada jam 12....dan mengibarkan tangan menadah doa pada Allah swt......tuhan sekalian alam....

Takbir....Allahu Akbar !!!!!

Takbir....Allahu Akbar !!!!!

Takbir....Allahu Akbar !!!!!

Tuesday, August 24, 2010

Bila Allah Kabulkan Doa.....

Salam untuk semua....semoga sihat sejahtera....!!! ni aku nak cerita sikit pasal kejadian yang berlaku minggu lepas pada hari selasa.....sewaktu somi ku bawak kereta ke tempat kerja....hanya motor yang jadi kenderaan utama aku untuk hantar anak2 aku pergi menuntut ilmu....

Adapun kejadian tu berlaku sewaktu jam mula menghampiri jam 11:00pagi....waktu sekolah tamat lagi setengah jam.....sebelum jam 11:30pagi....hujan telah turun dengan selebat-lebatnya.....dalam keresahan aku berdoa....."ya allah macamana aku nak ambik anak aku .....?? ya allah aku mohon agar engkau berhentikanlah hujan ini buat seketika...selepas aku ambik anak2 aku dari sekolah dan dah selamat sampai ke rumah...selepas tu kalau nak hujan...hujanlah....ya allah..." 
Hujan terus turun dengan lebat.....tepat jam 11:30pagi.....hujan tiba2 berhenti.....aku pun terperanjat.....terus aku ucap alhamdulillah syukur...terima kasih ya allah.....
Segera aku bawak motor bekejar ke sekolah anak aku......sesampai di rumah.....hujan pun terus turun dengan selebat-lebatnya......jadi....??
Sebelum ni pun ada lagi satu kejadian yang berkaitan ngan hujan jugak.......masa tu baru lepas zohor aku dapat berita nenek belah somi aku meninggal....aku bergegas kesana sampai lupa angkat baju yang aku sidai....lagipun jarak rumah aku ngan rumah pakciknya...tak berapa jauh.....cuma 10 minit perjalanan.....
Waktu kat sana.....lepas jenazah dah siap kapan dah siap sembahyang....tinggal nak tunggu van jenazah jer.....waktu asar pun masuk....masa tengah tunggu van nak bawak pergi kubur....hujan pun turun dengan selebat-lebatnya.....

Aku terus.....alamak...kain baju aku kat luar confirm basah lencun.....tapi aku redha jelah.....nak maghrib aku pun balik nak ambik kain baju nak tutup tingkap semua....sebab masa aku keluar aku langsung tak angkat kain baju dan tak tutup tingkap rumah.....sampai2 masuk jalan nak balik rumah.....aku tengok jalan cam kering jer padahal masa kat rumah pakciknya tu hujan punyalah lebat......sah kat kawasan rumah aku langsung tak hujan walau setitis pun....kain baju aku pun selamat....kering......walhal jiran aku dah ada kat rumah....tak terpikir langsung nak mnolong ambik kan kain baju aku.....padahal selama dia balik lambat atau bila cuaca cam ala2 nak hujan aku tolong ambik kan kain bajunya.....aku bukan nak ungkit tapi aku kesal dengan sikap tak prihatinnya....terus terang aku kata aku terasa ngan sikap pemalas jiran aku....

Walau ada gak yang hasut aku supaya lain kali biarkan ajer kain bajunya kat luar sampai malam ker atau kena hujan ker....tapi aku yang tak sampai hati nak buat camtu.....walaupun dia tak pernah ucap terima kasih kat aku.....adapun sekali jer....itupun selepas beberapa bulan.....sampai sekarang pun tak lagi dia ucap terima kasih kat aku.....bukanlah aku harap sangat tapi.....sebagai manusia pastu sebagai seorang ustazah dan sebagai seorang islam.....patut ker dia buat aku macam musuh dia.....tunggu aku tegur baru nak cakap.....kalau tak.... pandang muka aku pun dia tak nak....

Kini aku dah tak kisah lagi......suka hati kaulah nak buat muka camna.....aku tolong kau sebab aku ada hati dan perasaan....dan aku buat atas sebab berjiran dan sesama islam.....aku tahu Allah lebih mengerti setiap perbuatan hamba2nya......

Allah berfirman..."berdoalah kepadaku....nescaya akan ku perkenankan kepadamu...."surah al-mukmin : 60

Saturday, August 21, 2010

Terima Kasih....Ben

Entry khas ini untuk Ben yang sentiasa memberi peluang kepada blogger2 baru macam aku terutamanya...aku bukan nak membodek jauh sekali mengampu yer.....aku tidaklah sebijak dan sepantas blogger lain yang reti dan pantas mencari apa yang diinginkan bila ber'blog.....aku nak cakap camner pun tak berapa reti....niat dan tujuan ber'blog terpulang pada hati masing2......ada yang ber'blog  mungkin untuk bersuka-suki....ada juga yang nak cari side income...ada yang nak jadi popular...ada gak yang nak cari pasal....paling ramai mungkin pasal nak cari kawan....dan macam2 hal.....

Aku...? aku pun sama gak.....memula hati aku masa nak ber'blog pasal nak kongsi tentang kehidupan aku....pastu melencong ke lain.....nak jadi popular lah.....nak ramai kan follower lah....nak up traffic lah...nak kaya ngan nuff lah.....heiii macam2 ilmu sesat masuk dalam pala otak aku....aku jadi sombong2 sikit.....nak naik dengan usaha sendiri konon2nya......tapi apa yang aku dapat.......tiada apa....sepinya blog aku sesepi hati aku yang tersasar dari arah tujuan.....

Aku bermuhasabah...aku kaji dan cari dimana kesilapan aku dalam dunia blog ni.....akhirnya aku sedar dan aku perbetulkan dan bermula dari bawah...perkara yang pertama aku betulkan ialah NIAT......kemudian aku menjelajah dari satu blog ke satu blog umpama bayi yang merangkak dan memerlukan bantuan orang dewasa untuk berjalan.....sama juga halnya dalam dunia blog....aku juga perlukan pertolongan dan nasihat dari orang2 yang lebih lama dan lebih berpengalaman dalam dunia blog.....aku tak segan minta tunjuk ajar atau bantuan untuk mempromosikan blog aku....tapi semua terpulanglah....kalau ada orang nak tolong....tolonglah.....tapi kalo orang dah tak sudi nak tolong....biarkanlah......memang biasa blogger baru akan dipandang rendah dan tak kurang juga yang menyampah......tapi bukan semua lah yer....ada beberapa blogger lama yang aku anggap mereka sangat2 mengetahui keperluan blogger2 baru.....salah satunya BEN......

Aku pun bermula dari Ben untuk memperkenalkan blog....sebab tu blog aku kini umpama mendapat nafas baru......walaupun masih belum sehebatnya atau yang lain2....ben masih sudi memberi ruang pada aku untuk menumpang tapak blognya walaupun hanya sekangkang semut......namun aku masih tetap berterima kasih padanya....

Semakin lama aku dalam dalam dunia blog.....aku semakin menghampiri tujuan aku sebenar.....dan itu aku sedari apabila pengunjung semakin ramai dan follower plak semakin bertambah walau seminggu hanya sorang....

Dan terakhir sekali apabila aku mula berblog dengan niat yang betul aku mula dapat kawan2 yang baik..... walau hanya secara maya tapi spritualnya tetap aku rasa.....dengan kata2 tulisan sebagai penghubung bicara....

Doa,sokongan dan nasihat yang kawan2 blogger semua titipkan disaat aku perlukan amat berguna dan berkesan dalam aku mengharungi cabaran dan dugaan hidup yang sesekali datang menjengah......

Kepada ben dan semua blogger.....terima kasih....

Friday, August 20, 2010

Selamat Hari Lahir Cinta.....



"Allah selamatkan Cinta
Allah selamatkan Cinta
Allah selamatkan Cahaya Cinta Ramadhani...
Allah selamatkan kamu....."


Hari ni aku raikan ulang tahun Cinta yang pertama mengikut kalendar islam iaitu pada 10 Ramadhan 1431.....kuHadiahkan padanya doa dan harapan semoga Cinta akan menjadi anak yang solehah....akan kuisi dan kupenuhkan hatinya dengan iman dan rasa taqwa kepada Allah swt......akanku didik akhlaknya agar menjadi manusia yang berguna pada Agama Islam,Bangsa Melayu dan Negara Malaysia.....

"Cinta sayang.....mama dan ayah tak dapat berikan padamu seguni emas tetapi mama dan ayah akan berikan padamu selautan ilmu untuk Cinta pelajari dan menfaatkan pada diri dan keluarga....jangan dikejar harta setinggi Genting tetapi carilah dan kumpulkan segala amalan untuk bekalan diakhirat......Apabila kamu berada diatas jangan lupa melihat kebawah.....sentiasa bersifat berkasih sayang sesama insan dan alam kerana kita hanya hambaNYA yang hina yang hanya akan dibezakan olehNYA oleh IMAN dan AMAL yang soleh.....restu dan doa mama untuk yang terbaik akan sentiasa mengiringi dirimu dari dunia hingga akhirat"dari mama

SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA
CAHAYA CINTA RAMADHANI



Wednesday, August 18, 2010

Dugaan DariNYA......

Entah dari mana aku nak mulakan pon tak tahu......tapi kalo tak kerana somi aku bagitahu aku pon tak tahu....dan mujur2 juga dia nak bagi tahu aku walaupun aku tak bleh nolong......siannnya somi aku.....sebab....? tadi masa somi aku balik kerja...dalam menunggu nak buka puasa.....

Sesi Dialog Aku Dan Somi

Somi Aku : " mama....ayah ada berita tak baik nih....
Aku : "apanya yah....
Somi Aku : "surat insuran dah keluar......kita kena bayar balik.....
Aku : "larrr bukan ker insuran kata cover sampai Rm50k.....mama punya cost hari tu baru Rm41k....
Somi Aku : "entahlah ma.....ayah pun tak tahu....diorang suruh bayar balik kat company
Aku : "kena bayar berapa yah.....banyak ker...
Somi Aku : "kena Rm8.....
Aku : "Rm8 berapa....puluh ke ratus....
Somi Aku : "Rm8'166.71......
Aku : " ya allah.....banyak tu......camner nak bayar.....
Somi Aku : "tolak gaji....diorang mintak Rm700 sebulan....ayah kata tak mampu.....ayah minta Rm500....tapi diorang nak gak Rm700...
Aku : " sebulan Rm700 tu banyak sangat....tapi Rm 500 tu pun banyak juga.....abis kita ni nak makan apa.....?
Somi Aku : "kita jimat2lah......
Aku : "mama rasa kitalah manusia paling jimat didunia.....memang dah cukup jimat sangat.....abis lepas ni tahun depan kan mama kena buat check-up lagi.....nak buat CT Scan...MRI....tu semua pakai duit ribu2 yah....
Somi Aku : "takpelah mama....yang penting mama dah sihat.....

Aku tahu hati somi ku susah......tapi aku pun susah gak.....dalam aku nak mencari-cari duit untuk rawatan aisyah....aku pulak yang kena cari untuk bayar rawatan yang telah dirawat .....dunia dunia.....

Walaupun begitu aku tabah dan sabar.....lebih2 lagi dalam bulan ramadhan ni......aku terima ujian dariNYA....semoga ada jalan keluar dan semoga Allah swt memurahkan rezeki somi aku dan aku sekeluarga....amin....



" Ya Allah aku mohon padamu agar engkau permudahkanlah dan tunjukkanlah kami jalan2 keluar dari segala masaalah yang kami hadapi ini......"amin


Nota Aku : sesiapa yang tak tahu dan nak tahu apa yang terjadi kat aku sampai jadi camni....bolehlah baca entry aku yang lepas....kat sini

Tuesday, August 17, 2010

Pertama Kali Ramadhan.....

Hari ni aku sekeluarga melakar sejarah ramadhan buat pertama kalinya.....sebabnya selama dah nak masuk tahun ke-7 perkhawinan ....hari ni adalah hari pertama aku sekeluarga ( hanya suami dan anak2...) bersahur dan berbuka tanpa mak abah dan adik beradik.....kiranya berbuka ramai2 bersama keluarga.....adapun selama aku khawin......mak yang kejutkan untuk bangun sahur......hari ni tak pulak dengar ketukan pintu dan panggilan dari mak.....lain betul rasanya......jangan salah paham dulu ok.......baca dulu sampai habis.......

Walaupun mak yang kejutkan aku bangun sahur......tapi malam sebelum sahur aku dah prepare nasi dan lauk2 untuk bersahur.....kiranya mak bangun dulu panas2kan lauk.....pastu baru mak kejutkan aku sekeluarga....semalam pun sebelum aku balik ke sijangkang......aku masak nasi ngan kuah dulu untuk mak sahur.....aku kemas2kan dapur.....biar mak senang sikit....mak tak pernah berkira ngan aku......sebab tu aku pun tak  berkira ngan mak.....

Lauk buka aku hari ni pun ringkas.....sardin roll.....popiah otak2...nasi goreng cina.....maggi goreng.....buah2an ( manggis,rambutan,dokong dan buah salak ) biras aku bawak dari kampung kat jengka pahang nun.........kalau kat rumah puchong.....hurmmmm sepenuh meja...riuh dan kecoh....

Dah tiga tahun kitorang buka puasa kat beranda jer.....nak buka kat dalam rumah mak tempat tak berapa cukup.....budak2 makin besor dan bertambah.....ni belum campur lagi satu keluarga abang ipar yang kat johor dan kakak ipar aku yang sibuk kat kedai.....kalau berkumpul semua......cuba bayangkan cucu mak 33 orang campur mak bapak 12 orang ngan mak abah 2 orang.....berapa ada semuanya kalau berkumpul......penuh memang penuh......setiap rumah bawak sikit makanan.....jarang beli2......

Kat bawah ni gambar2 masa hari pertama puasa dan suasana waktu berbuka.....ambik gambar mana yang dan ajer....lagipun semuanya malu2 nak ambik gambar.....asal nak snap ajer mulalah pandang sana sini.....lawak betul......


                
                   makanan dari 4 buah rumah.....             
 

    beratur2 ambil makanan dulu......


     baca doa buka puasa.......

Pastu dah takder gambar......tukang snap tengah mencekik.......


Monday, August 16, 2010

Bloglist Ben Ashaari


Dalam tak sempat2.....aku menyempat -nyempatkan jugak mempromosi blog aku yang hidup segan mati tak mahu ni kat segmen baru tajaan ben.....iaitu kategori bloglist ben ashaari......dalam pada nak siapkan tempahan kuih orang nak tak nak terpaksalah aku korbankan masa melepak-lepak bersama blog....nak jalan2 kat blog orang pun malam2 dan pagi2 buta......yelah kan orang sedang membuta aku gi bagi salam kat blog orang.....sib baik kat blog....kalau betul2 kat rumah orang aku bagi salam atau buat kunjungan balas balik....mahu aku kena hempuk atau kena bahasa barang sepatah dua perenggan.....huehuehue

Cerita panjang takder.....

Layan dulu syarat2 nak letak bloglist kat blog ben....

1 ) Banner - dah letak siap ada link lagi
2 ) Tajuk dan Link - Sila Klik
3 ) Kategori -Peribadi

Dah siap......harap2 masih ada tempat kosong untuk blog aku....peace...!!!

Saturday, August 14, 2010

Kenangan Ramadhan Bersama Ben Ashaari

Segmen ini ditaja khas oleh Blog Ben Ashaari

Salam kabare semua.....kay kali ni aku nak cerita plak kenangan ramadhan yang paling terindah paling takkan kulupakan buat seumur hidup aku....yuppp....yang ni takder sedih punya melainkan kenangan yang paling gembira dan paling terhebat yang aku alami....macam biasa segmen ini aku tahu dari blog ben sendiri dan ini adalah entry kedua aku dekat Kenangan Ramadhan Bersama Ben Ashaari

Perkara gembira ni berlaku pada tahun lepas 2009 yakni pada bulan Ramadhan yang ke-10......jatuhnya 10 Ramadhan itu bersamaan juga dengan tarikh 31 Ogos waktu malaysia merdeka untuk kali ke-52.....kenapa aku katakan itu adalah kenangan Ramadhan yang paling aku hargai dan mungkin akan berlaku sekali dalam seumur hidup aku.....?? sebab waktu itulah aku telah melahirkan seorang bayi perempuan pada bulan yang amat mulia dalam Islam dan bulan yang amat bersejarah dalam Malaysia....itupun sebab baby tak nak keluar pada 1Ramadhan....rupa2nya baby nak keluar pada 10 Ramadhan sekali merdeka  pada 31Ogos......

Perasaan memeng bangga lagi teruja sebab baby yang aku lahirkan itu adalah baby merdeka yang pertama dalam keluarga......jadi seluruh keluarga amat2lah berbangga.....dan kerana itu jugalah timbul pelbagai usul dalam penamaan baby.....macam2 nama ahli keluarga dan kawan cadangkan.....pada mulanya aku ingat baby yang akan lahir ni lelaki....jadi dah standby nama lelaki yang berkaitan dengan Ramadhan......sekali perempuan daaa.....hermmm jenuh jugak nak pikir......bapaknya si baby nak juga guna nama Ramadhan....aku pikir2 cadang2 sambung2 bagi bapaknya si baby pilih......akhirnya kata sepakat namakan baby sebagai Cahaya Cinta Ramadhan.....makna disebaliknya senang.....cahaya cinta dibulan ramadhan.....itupun ramai yang tak paham kenapa......??? bukannya susah nak translate.....dan tak perlu di translate pun.....ada sebab kenapa aku tak guna Cahaya sebagai Nur.....apapun maknanya tetap sama.......cuma pada bulan mei lepas aku telah tambah 1 huruf pada Ramadhan.....jadi Ramadhani.....secara rasmi sekali lagi aku dan somi namakan baby Ramadhan Merdeka sebagai Cahaya Cinta Ramadhani.....maksudnya cahaya cinta ramadhanku......

So apabila genap 10 Ramadhan nanti....genaplah umur Cinta 1tahun......doa2kanlah semoga 

1.Cinta akan menjadi anak yang solehah 

2.Menjadi Cahaya menerangi kegelapan

3.Menerangi Cinta Mama dan Ayah 

4.MenCintai bulan Ramadhan

5.MenCintai Allah Dan Rasul
                                         Cahaya Cinta Ramadhani - pada hari kelahiranya
                                                   10 Ramadhan 1430 / 31 Ogos 2009

Cinta - pada hari kedua
 
Cinta - setelah beberapa bulan
                                     Cahaya Cinta Ramadhani - kini menghampiri setahun.....

Monday, August 2, 2010

The Cost......Help Us For Help Aisyah

Salam semua....skang ni aku banyak habiskan masa untuk cari maklumat mengenai rawatan penyakit aisyah......dan finally aku jumpa satu artikel dekat utusan online tentang Rawatan Jantung Berlubang Tanpa Pembedahan....punyalah happy aku dibuatnya.....sekali baca harrr amik ko.....25k hingga ke 30k......

Aku tak mampu....apatah lagi mama ngan ayahnya......tapi inilah kaedah yang terbaik untuk aisyah......tapi kosnya....."ya allah permudahkanlah......." aku terkedu tapi aku harap sangat aisyah dapat buat proses ni dengan secepatnya......satu2 penghalang hanyalah DUIT.....yer duit itu wang....yang sangat2 diperlukan oleh aisyah.....(siannya sayang moksu....)

Andai kata nak jumpa doktor tu jer nak register campur khidmat nasihatnya mahu cecah ratus2 jugak kan......itu belum campur bayaran lain2 macam pemeriksaaan ker ada ubat2 ker.....hurmmmm berapa nak kena bayar......???

Dia kata murah....?? mak aihhh......

Jadi tuan2 dan puan2 silalah baca yer......mana tau kot2 ada dapat ilham camner nak buat......aku memang nak mintak tolong.....tapi sudikah tuan2 dan puan2 semua tolong.....??bukan tolong aku tapi tolonglah aisyah....tolonglah sikecil itu....(arghhh aku dah nak jiwang plak......)

 

 

Rawat jantung berlubang yang pantas dan murah





STRUKTUR cakera yang anjal dan lembut sebagai implan bagi menutup lubang pada jantung pesakit.




Kecacatan septal atrial (ASD) atau lebih dikenali sebagai jantung berlubang merupakan kecacatan jantung sejak lahir di mana dinding yang memisahkan antara kebuk jantung atas (atria) tidak mampu tertutup sepenuhnya.
Sewaktu kitaran janin berlaku, lazimnya terdapat ruang antara atria kanan dan kiri untuk membolehkan darah memintas paru-paru. Ruang ini bagaimanapun akan tertutup dengan sendirinya apabila bayi dilahirkan.
Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Prof. Dr. Yap Yee Guan berkata, kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati, kira-kira 3,000 bayi dari sejumlah 300 juta penduduk dilahirkan dengan kecacatan itu setiap tahun.

Manakala di Malaysia, beliau menganggarkan hampir 300 bayi menghidap ASD sejak dilahirkan dalam tempoh yang sama.
Sekiranya disahkan menghidap penyakit berkenaan, jangka hayat pesakit kemungkinan mampu menjangkau sekitar 20 hingga 30 tahun sahaja sekiranya keadaan itu tidak dirawat.
Ia disebabkan tekanan darah ke paru-paru akan meningkat manakala paras oksigen semakin menurun, Eisenmenger iaitu bengkak paru-paru berlaku atau terlalu lewat menjalani pembedahan pemindahan organ.

Justeru, pesakit ASD perlu mengawasi tanda-tanda penting dan menjalani pemeriksaan berkala bagi mengelak serangan Eisenmenger atau angin ahmar apabila darah beku mula terbentuk di otak.
"Darah yang mengandungi banyak oksigen dari jantung kiri akan memasuki kebuk (jantung) kanan, mengakibatkan dua jenis darah ini bercampur dan berkitar dalam jantung.
"Lama kelamaan, tekanan darah pada jantung kanan semakin meningkat sehingga jantung membengkak dan jika dibiarkan boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru.
"Ketika ini, kulit pesakit menjadi kebiruan (sinosis) disebabkan kekurangan oksigen dalam darah dan pesakit menghadapi risiko meninggal dunia lebih awal jika keadaannya dibiarkan,'' jelas beliau.

Tanda-tanda dan simptom :

Yee Guan berkata, ciri-ciri simptom ASD bergantung kepada saiz lubang dan lokasinya pada jantung kanak-kanak berkenaan.
Malah kebanyakan kanak-kanak yang dilahirkan dengan ASD lazimnya kelihatan sihat dan tidak mengalami sebarang simptom. 

Ini kerana, kata beliau, kira-kira 50 peratus kes jantung berlubang berkenaan akan tertutup sendiri pada tahun pertama kelahiran bayi berkenaan.
Bagaimanapun keadaan bayi akan diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan saiz lubang tidak melebihi 7 milimeter (mm) atau terdapat bengkak pada jantung kanannya.

''Biasanya, saiz lubang yang kecil atau sederhana (kurang 7 mm) tidak akan memberi sebarang kesan kepada kesihatan pesakit sehingga usia remaja atau 30-an,'' jelasnya.

Bayi dan kanak-kanak yang mempunyai ASD yang lebih besar atau serius, kemungkinan mengalami simptom berkenaan;

- Sukar bernafas
- Senang letih apabila berjalan dan berlari
- Jantung berdebar
- Tiada stamina
- Kurang selera makan
- Pertumbuhan terbantut
- Masalah paru-paru dan jangkitan seperti pneumonia

Diagnosis (Mengesan) ASD :

Menurut Yee Guan, sekiranya saiz lubang pada dinding jantung pesakit terlalu kecil, ia sukar dikesan terutama di kalangan pesakit kanak-kanak walaupun menggunakan stetoskop sewaktu pemeriksaan kesihatan atau fizikal rutin.
Sebaliknya ASD pada pesakit dewasa boleh dikesan menerusi tekanan jantung yang meningkat, jantung membengkak, kerosakan paru-paru dan masalah pernafasan kronik.
''Peringkat terminal (maut) pula apabila warna kulit pesakit bertukar kebiruan.
''Justeru, lubang perlu ditutup jika ia cukup besar tetapi jika masih kecil, pesakit perlu menjalani pemantauan dan pemeriksaan dari setahun ke setahun sehinggalah tiba masanya untuk ditutup sebelum terlewat,'' katanya lagi.

Sebaik sahaja pakar kardiologi mengesyaki pesakit berkenaan menghidap ASD, beberapa ujian akan dijalankan seperti;

- Elektro kardiogram (EKG) untuk merakam aktiviti dan mengesan lebihan volum pada jantung kanan.
- Pemeriksaan x-ray untuk memeriksa imej/saiz jantung dan organ sekitarnya.
- Ultrabunyi eko kardiogram bagi mengukur saiz dan mengesan bengkak (jika ada) pada jantung serta visual aliran darah menerusi kebuk jantung.
Yee Guan menjelaskan, terdapat tiga jenis ASD iaitu;
- Secundum ASD - Dihidapi 70% pesakit dengan keadaan jantung berlubang di tengah dinding jantung atas.
- Premum ASD - (20%) Terletak di kebuk bawah jantung, hampir ke injap.
- Sinus Venosus - Melibatkan 10% pesakit, kekeringan abnormal arteri pulmonari. 

Prosedur rawatan :

Katanya, premum dan sinus venosus perlu melalui pembedahan pintasan jantung kerana kecacatan kedua-duanya lebih kompleks.
Sementara Secundum ASD yang berukuran antara 7 hingga 32 mm dahulunya juga perlu dibedah tetapi kini boleh dirawat dengan lebih berkesan menggunakan teknologi pembedahan kesan minimum (MIS) atau 'keyhole'.
"Sejak kira-kira 10 tahun lalu teknik pembedahan 'keyhole' dibangunkan untuk menutup jantung berlubang.

"Ia merupakan prosedur tanpa pembedahan ke atas ASD menggunakan sistem Amplatzer Septal Occluder (ASO), sejenis jaringan wayar diperbuat daripada nikel dan titanium (nitinol),'' katanya.
Wayar berkenaan mempunyai sistem yang direka khas untuk memudahkan doktor pakar memasuk dan melepaskan amplatzer di dalam jantung pesakit.

Kesesuaian prosedur ini bagaimanapun, jelas Yee Guan, bergantung kepada bentuk fizikal dan saiz lubang pada jantung penghidap ASD.

Sebelum pesakit boleh menjalani prosedur rawatan tersebut, saiz dan bentuk lubang jantungnya akan ditentukan menggunakan sejenis belon khas.
Seterusnya, prosedur yang mengambil masa kira-kira 45 minit di bawah panduan alat ultra bunyi atau eko kardiogram dan endoskopi serta memasukkan wayar logam panjang dipanggil 'loader' menerusi saluran makanan atau dubur ke jantung.

Kesan jangka panjang :

Jika dibandingkan dengan pembedahan pintasan jantung, prosedur berkenaan kurang memberi kesan sampingan termasuk tidak meninggalkan parut besar atau risiko seperti strok.
Pintasan jantung juga memerlukan kos perbelanjaan yang lebih besar iaitu antara RM35,000 dan RM40,000 sementara prosedur tanpa pembedahan memerlukan sekitar RM25,000 hingga RM30,000.

Tambahan pula, pesakit hanya perlu tinggal di hospital selama dua malam dan boleh menjalani aktiviti harian seperti normal berbanding lima hari sekiranya menjalani pembedahan dan tempoh pemulihan sehingga berminggu-minggu lamanya.

"Walaupun begitu, pesakit perlu mengambil ubat untuk mencairkan darah hingga enam bulan seterusnya untuk mengelak pembentukan darah beku.

"Kadar kejayaan untuk prosedur seumpama ini adalah hampir 90% kerana 10% pesakit lagi disebabkan lubang jantung terlalu besar dan ASO tidak sesuai untuk keadaan mereka itu,'' ujar beliau.
Di Malaysia terdapat lapan pakar kardiologi berpengalaman yang layak mengendalikan prosedur berkenaan termasuk Yee Guan sendiri.

Baru-baru ini beliau berjaya menjalankan prosedur penutupan ASD ke atas empat wanita sebagai usaha PCMC membantu golongan berpendapatan rendah menerusi program kebajikan sosialnya.
PCMC merupakan hospital swasta pertama yang berjaya melaksanakan prosedur berkenaan ke atas pesakit.

sumber dari utusan online

Entry Untuk Aisyah.....2nd Verse

Hari ini aku jumpa kakak ipar aku kat kedainya.....sambil2  tu aku tanya2 jugak apa yang doktor tu kata sebenarnya......ialah kakak aku pun bukanlah paham sangat pasal penyakit jantung berlubang ni walaupun dah diterangkan....apatah lagi aku....tapi akanz aku cuba berusaha untuk memahaminya demi aisyah.....terima kasih pada asz kerana coretan asz tentang ammar dalam blognya sedikit sebanyak dapat membantu aku memahami sekaligus menjadi pembekal maklumat untuk kakak ipar aku.....

Adapun kakak aku tak tahu yang aku telah publishkan kisah aisyah kat blog aku nih untuk tatapan umum.....kakak aku pun tak tahu aku ada blog......tapi tak kisahlah......yang penting aku dapat tolong sikit2 untuk meringankan beban keresahan dihati mama dan ayah aisyah.....
Menurut kakak aku....nama penyakit aisyah tu dipanggil PDA.....apa singkatan untuk PDA..??? aku tak tahu.....kalau tepon PDA aku taulah......kos rawatan masih belum dapat dipastikan.....aku pun cam pelik jer.....sebab kakak ipar aku kata......doktor kat Hospital Serdang tu cakap....kes PDA aisyah tu tak perlu rujuk atau transfer kat IJN...sebab Hospital Serdang yang akan lakukan proses tutup lubang dijantung aisyah....Dr kat situ pun kata yang kes aisyah adalah kes pertama yang akan diambil kat Hospital tu...buat masa skang kata doktor....machine2 yang akan digunakan ada kat Hospital Pulau Pinang dan akan dibawa ke Hospital Serdang bila tiba masanya.....

Hurmmmm.....aku tak kisah kalau betul kena cara dan berjaya....cuma disebabkan ini kes perama yang akan diambil oleh Hospital Serdang itu ....janganlah aisyah dijadikan eksperimen.....yelah sapa tak cuak.....atau mungkin hanya aku je kot yang cuak sendiri.....kesilapan selalu terjadi bila ianya adalah pengalaman pertama.....oh....mintak dijauhkan......

Lagi satu sebab mungkin kenapa rawatan untuk aisyah tak dapat dijadualkan lagi oleh doktor adalah kerana sebab berat badan aisyah yang tak berapa nak berat......bayangkanlah budak umur baru nak masuk 11 bulan hanya 5 ke 6 kilo jer beratnya.....kurang2 kata doktor nak capai berat aisyah 7kilo keatas baru boleh proceed......

Latest.....aisyah akan jumpa doktor lagi 2 bulan.....yelah kan orang nak puasa nak raya....malas nak ambik kes agaknya......

Adapun aku bukan nak kondem Dr kerajaan......dan bukan semua Dr ada sindrom mim alif lam sim.....aku cakap sebab aku sendiri dah ada pengalaman semasa aku disahkan ada tumor kat Hospital Serdang.....
Ingat nak dapat keputusan dari spital gomen cepat ker.....??Aku dah kena aku tahulah.......elok2 tmor aku kecik .....boleh jadi besar.....dek kerana menunggu prosedur nak MRI adalah setahun....pasut result plak 4bulan.....belum campur nak transfer kes aku kat GHKL......haiiii....macam nilah nasib rakyat malaysiatakder duit.....asyik kena tunggu punya tunggu punya tunggu.........banyak kena janji manis tiruan daaaa.....

Dalam kes aisyah pun aku risau yang macam tulah jugak.....lubang kecik kang boleh jadi besor....atau dari 1 lubang satu boleh jadi 2 3 lobang......sebab tunggu lama sangat.....lagi2 kalau takder sapa2 yang push......hurmmmm.....sedangkan kalau aku tengok orang lain susah pun aku selau doa dan mita kepada allah agar orang yang susah itu dipermudahkan kehidupan dan urusannnya.....apatah lagi aisyah... anak buah aku tu.....aku nak juga yang terbaik untuknya.....

Nampaknya aku dah mula fikir negatif......tapi dan sebabnya ialah aku dah kena.....itu sebab aku berani cakap......apa tumor tu tak serius ker.....tumor dalam kepala tau......sampai2kan ada satu Dr tu cakap kat aku kalau aku lambat buat rawatan dan aku tunggu lagi setahun mau tumor tu melekat kat otak aku.......

Nak diungkit pun tak guna.....aku dah sihat dan sembuh....cuma simpton kerana kelewatan Dr kat spital gomen itu telah menyebabkan aku kehilangan sebelah pendengaran......cuma aku doa mohon dalam kes aisyah ni....janganlah sampai camtu.....maksud aku janganlah sampai sengaja dilewat-lewatkan.....

Ada gak aku terfikir nak mintak second opinion dari Hospital lain.....atau terus refer kat IJN ker.....agak2 berapa kosnya yer.....takkan nak tunggu 2 bulan tu berlalu begitu sahaja tanpa lain2 usaha.......

Apapun aku akan tunggu feed back dari mana2 blogger......lagi dari asz sebab dia lebih arif kerana dia telah dan sedang melaluinya......

Tq asz Tq semua kawan2 yang prihatin pada aisyah.......Asz memang tabah.....super mom yang berjuang untuk kesejahteraan ammar dan keluarga.......ammar mesti bangga dengan asz.....

Aku Cuma Seorang Blogger Kampung