Saturday, January 16, 2010

Finally Moved

Alhamdulillah syukur kepada allah swt yang telah mempermudahkan segala urusan penghijrahan aku sekeluarga...walaupun pada malam pertama pintu ditutup bersendalkan sofa secondhand.....pada malam kedua barulah si tukang itew datang memasang kunci handle dan selak....

Lupa plak nak mention.....aku sekeluarga dengan rasminya telah berpindah ke sijangkang pada tarikh 10.01.10 hari Ahad selepas waktu Asar petang yang indah dan cerah seolah-olah merestui dan menjemput serta menerima kehadiran aku sekeluarga ke sana.... ( perghhh ayat baik punya...) juga bersamaan pada 24 Muharram 1431 Hijrah.....pada petang itu juga mak abah serta adik beradik ipar duai serta anak2 buah somiku....aku takde keluarga jadi takdelah mana2 keluarga kandung belah aku yang datang....kalau dijemput pun keluarga angkat aku yang belah klang....memang takkan datang punya.....maklumlah rumah kecik kat dalam hutan....dan cukuplah sekali....aku jemput diorang semua ke majlis aqiqah anak aku yang ke-4....semua tak datang....yang datang cuma satu keluarga jer....dan paling best kawan ku iaitu nurul telah datang untuk bacaan yassin dan doa selamat.....kalu nak diikutkan aku ngan nurul ni sebenarnya ada bau2 taik ayam ehhh bau2 bacang gak ngan dia....nenek aku ngan nenek dia ada kena mengena lah tak silap aku....lepas baca yassin dan doa malam itu aku sekeluarga dapat tidur lena tanpa sebarang gangguan......hinggalah ke hari ini.....

Dek keran kat rumah tu belum ada kemudahan2 teknologi.....jadi hari ini aku balik ke puchong....selain melawat kedua orang tua dan adik beradik bolehlah aku layan blog aku yang dah lama terbengkalai....

Gambar memang aku malas nak tepek lagi.....malu betul....banyak tak siap....pastu hasil kerja situkang itew juga agak comot dan compang camping....sesia jer aku beli barang2 mahal....benda mahal jadi nampak murah dek kerana hasil kerjanya yang ikut sukahati dia.....nak ditegur dan dimarah....cam kurang ajar plak....tegur cara baik dah tapi ada jer jawapan yang situkang itew bagi.....malas arr nak gaduh2 kang putus sedara plak....Kesimpulannya kumpul duit lagi.... pastu kasi pecah balik.....cari tukang lain.....abih cerita....

Next entry kang kalau rumah aku dah agak2 cun bolehlah tepek2 gambo sikit...... so bye yarrrr everyone
Post a Comment