Saturday, July 4, 2009

Resepi Masak-masak keluarga.....

assalamualaikum.....

Buat pertama kali saya ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengikuti blog saya ini ......kerana resepi2 yang ditulis banyak yang saya ambil dari sumber internet......bukan takde resepi sendiri.....cuma saya nak berkongsi resepi2 yang saya selalu buat dan menjadi.....kalau resepi sendiri kebanyakkannya resepi tak bersukat sebab dah terbiasa ambil apa yang ada tapi hasilnya memang sedap......dulu2 orang masak pun tak bersukat tapi jadi je.......( betul tak...? ) yang nak saya share kat sini adalah resepi yang bersukat tapi hasilnya tetap menjadi.....dulu kalau saya buat resepi2 xspecially kalau biskut ke kuih2 kek....selalu tak menjadi.....tu yang saya kadang2 menyampah nak ikut2 buku resepi ni........

Nowdays kita dah ada sumber resepi yang akan dikomen oleh orang2 yang dah mencubanya....jadi lebih yakin dan kadang tu tak semestinya seratus peratus kita kena ada bahan yang ditulis kat resepi tu baru nak cuba...kalau setakat satu atau dua bahan yang diperlukan kat resepi tu takde kat kita saya yakin resepi tu tetap menjadi gak......yang penting sukatan tidak mengikut timbang gram atau ml.....payah......saya lebih suka sukatan yang menggunakan cawan atau sudu.....itu lebih senang dan sememangnya kita ada cawan dan sudu.....

Saya taklah mengaku saya ni pakar dan pro dalam masakan.....tapi saya dah pernah masak untuk kenduri2 keluarga....memula dulu memang takut......takut tak sedap dan tak kena dengan selera orang.....tapi takpelah....kan ajinomoto ada.....walaupun sebenarnya dalam masakan harian untuk keluarga, saya tak pernah menggunakan perasa ajinomoto.....memang saya tak suka pun...tapi untuk kenduri kendara kenalah guna ........jangan tidak......agak2lah sekadar penyedap rasa masakan....

Apa Itu Forex....?

Pernahkah anda dengar atau baca tentang forex......kalau mengikut pemahaman saya ,forex adalah sejenis urusniaga matawang asing sedunia......maknanya kitalah yang berjual beli matawang asing mengikut harga pasaran.....kira macam sahamlah.....ada yang melabur dalam pelbagai jenis industri atau apa saja.....bezanya saham kita laburkan sejumlah wang pada apa2 syarikat...dan syarikat itulah yang menjalankan urusniaga itu.....kalau saham syarikat tu naik dan untung ..untunglah kita sebagai salah seorang pelabur.....tapi kalau berlaku sebaliknya......sendiri mau ingatlah......

Kalau forex......kita modalkan sejumlah wang mengikut kemampuan kita dan kita akan mula berjual beli matawang yang diniagakan .....tiada pihak ketiga dalam urusan niaga ini....hanya kita akan menggunakan platform/terminal perdagangan untuk melihat pergerakkan graf wang yang disediakan broker.....kita berjual beli mengikut analisa pasaran matawang sedunia serta mengikut keadaan semasa...banyak faktor yang boleh mempengaruhi matawang.....sebab itulah kenapa kadang2 kita terbaca kat berita ....matawang ini naik....matawang yang itu turun.....cerita, peristiwa dan apa2 sahaja yang berlaku didalam atau diluar negara akan mempengaruhi sesebuah nilai matawang itu.....

Itu adalah mengikut pemahaman saya...lain orang lain lah pulak fikirannya.....

Saya taklah pakar atau arif dalam menerangkan erti sebenar forex.....tetapi saya telah menceburinya secara tidak sengaja......takkan saya katakan ianya benar kalau saya tidak mengalaminya sendiri.....dan saya memang telah merasai hasilnya sendiri.....

Saya dan suami mula mengenali forex pada tahun 25 september 2007....yang ni tahu sikit2 dah terus buka akaun tapi oleh kerana kekurangan sumber2 pemahaman dan rujukan forex yang berbahasa melayu......jadi urus niaga pada tahun 2007 gagal sama sekali.......

Pada 8 september 2008......suami saya nak mencuba lagi berurusniaga pada matawang , so....saya sebagai isterinya tidaklah sampai hati melihat suami tersayang kecundang tanpa bertempur.....saya mula mencari maklumat2 yang penting pada internet .....memang banyak tapi banyak tak paham sebab in english.....saya malas nak baca ......last2 saya terjumpa satu broker yang memang ada menyediakan khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam bahasa melayu.....iaitu FXMALAY.......disana saya mula membaca thread2 dari forum yang majoritinya berbahasa melayu....finally saya buka akaun atas nama suami ......real akaun and real money......

Rupanya  bukan mudah nak berniaga matawang ni.....setakat tengok graf naik turun tanpa tahu kedudukkan market memang macam bunuh diri.....kalau salah entry buy/sell.....memang hancur.....tapi sebelum suami mula berjual/beli matawang ....terlebih dahulu dia lebih cenderung kepada jual/beli pasaran emas.....sedangkan nilai emas pun bergantung kepada matawang......

So...dari masuk campur sikit2 urusan suami tentang forex ni saya ambik keputusan untuk terlibat sepenuhnya .......saya bukanlah nak agung2kan broker yang satu ni......tapi disitu kita adalah pelanggan yang sentiasa akan dilayan dengan baik lebih 24jam......segala kemusykilan dan persoalan mengenai forex atau apa sahaja kita boleh bincangkan tanpa ada caj atau kos2 yang tersembunyi......banyak faedah yang kita perolehi dengan menjadi pelanggan dan ahli mesyuarat tetingkap fxmalay......kalau kita jatuh akan ditolong bangunkan tapi kalau kita berjaya akan diaminkan pula oleh ahli komuniti yang majoritinya adalah melayu.....tapi dalam fxmalay kaum cina dan india pun ada.....dan segalanya adalah percuma bila kita mula mengaku menjadi ahli fxmalay.....

Sebagai rujukan dan untuk membuktikkan apa yang saya tulis bukan setakat omong kosong....sila lawati link2 yang saya berikan ini.....antaranya adalah hasil tulisan saya sendiri dalam jurnal forexsaya yang bertajuk jurnal suamiku.......saidila79

yang ni link ke jurnal saya yang part 1......

yang ni part 2......


to be continued....

Assalamualaikum Dunia Baru

Assalamualaikum.......

Dalam dunia yang serba mencabar ini.....adakalanya buat saya terfikir.....kenapa kita mesti berubah mengikut keadaan dan bukannya keadaan yang mengikut kita......?? yang pasti tiada jawapan yang sesuai....kerana jawapannya hanyalah ada pada diri kita sendiri....

Setelah sekian lama saya menyimpan blog ini hanya untuk mencari masa yang sesuai untuk menambah dan cuba untuk meluahkan kata hati yang belum tentu dapat diluahkan kepada sesiapa walaupun pada yang tersayang....


**agak geli penggunaan saya disitu...entry ni aku jenguk balik pada 22 April 2015....sebab nak tengok tarikh sebenar aku mula blogging.....